Sememangnya pekerjaan polis begitu. Sesiapa sahaja boleh mendapat khidmat polis tetapi dengan syarat memohon. PR nak buat ceramah minta permit bila polis beri permit kita tak jemput merekapun tetapi mereka tetap bersama dalam ceramah tersebut. Kalau PR buat ceramah tiada permit pun polis tadang tetapi ditangkap yang berceramah tu. sedangkan yang ada permit juga kadangkala kena tangkap macam saudara Mazlan Aliman.
Jadi SPRM atau Pejabat Hutan Perak barangkali tak mintak bantuan polis. barangkali juga kegiatan itu bersifat halal mana tahu. Rampas kerajaan Negeri pun jadi halal dan sah. inikan ratus ekar balak. Yang rampas negeri, mufti sendiri jadi iman solat hajat minta Allah kabulkan doa mereka supaya yang merampas negeri menang kes mahkamah. Kalau dah mufti yang buat begitu apa sangat dengan curi balak. Mufti pastinya tahu akan dosa mencuri pun berdoa agar pencuri negeri menang inikan yang mencuri balak yang sikit tu. Mana lebih bersalah curi satu negeri lebih bedosa atau curi balak seratus ekar?
Hanipa Maidin berhujah membela Mat Sabu tanya soalan seperti ini " mana lebih salah curi RM1.00 atau curi RM1,000.00 " letih bagi orang yang berkepentingan untuk menjawabnya. Bagi yang ikhlas pastinya akan memberi jawapan yang tegas. Yang salah bukan nilai tetapi perbuatan itu. Jadi bagi yang berkepentingan maka akan ada curi balak halal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan