ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Jumaat, 5 Mac 2010
Antara sifat munafik
1. Bercakap dusta
2. Diberi amanah dikhianati
3. Bila berjanji mungkiri
4. Berbalah nak menang walau salah.
dapat duit dari mengkhianat terhadap amanah itu haram.
Kalau duit jual babi haram berdosa dengan Allah
Tapi duit menipu haram dengan Allah dan manusia yang ditipu.
sesiapa yang berdaya dan terdaya memikulnya ?? melaikan orang yang munafik sahaja.
Hasil haram
Anak Sengat
Beberapa hari ini semakin banyak katak melompat. Mungkin kerana hujan dah mula turun. Penang dan Perak mula menerima hujan setelah beberapa panas melanda. Katak katak mula melompat di negeri tersebut. Segala alasan yang dibuat oleh katak tersebut ialah hilang kepercayaan kerana Pakatan Rakyat gagal mempertahankan agama kononnya. Sebahagiannya kerana alasan gagal mempertahan kan bangsa.Dalam ramai ramai yang keluar kerana kecewa PR gagal mempertahankan agama dan bangsa, terselit seekor katak cina di Penang yang juga kecewa dengan ketua menteri. Mungkin katak cina ini berjiwa melayu dan islam agaknya.Terakhir ialah MP yang tak pernah dikenal namanya melainkan kulaan di Bagan Serai. Saya pernah berkempen dalam pilihan raya lalu di Bagan Serai tapi saya tidak berkempen untuknya kerana saya tidak mengenal beliau yang ketika itu datang dengan kereta besar dan tak pedulikan orang selain hanya bersalam setelah bercakap beberapa patah perkataan. Saya tak tahu kereta sendiri atau dipinjamkan kepadanya. Saya datang atas tanggungjawab tugas di bawah Penerangan pemuda PAS Negeri Perak.Aalasannya juga sama kerana hilang kepercayaan kepada PR kerana gagal mempertahankan nama Allah. Pimpinan PAs telah menjelaskan dalil yang kukuh alasan penggunamaan Allah serta batasnya. Beliau hilang kepercayaan kepada parti lalu meninggalkan parti. Apakah beliau lupa bahawa beliau mewakili parti yang sepatutnya apabila beliau hilang kepercayan kepada parti, pengundi juga hilang kepercayaan kepadanya. Sepatutnya bukan meninggalkan parti tetapi meninggalkan kerusi.Inilah masalahnya golongan yang tak sedar diri, Merasa sokongan yang diterima adalah atas kapasiti peribadi . Seorang yang sayang kepada nama Allah tentulah juga sayang kepada hukum Allah. Seorang yang sayang kepada hukum Allah tahu jika dia mendapat gaji dari hasil sokongan orang ramai yang dikhianati adalah hasil haram, melainkan sememangnya hasil haram itulah yang dicari,maka tentu dia sanggup melakukan apa sahaja demi hasil haram yang diburunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan