ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Selasa, 9 Mac 2010
Apa boleh buat, Harussani mahu dia tidak dihormati itulah yang dia dapat sekarang.
-Drs Khalil Idham Lim,Adun Titi Serong.
http://idhamlim.blogspot.com
Berikutan dengan kenyataan Mufti Perak , Tan Sri Harussani Zakaria dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.
Namun perkara itu telah disanggah oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga pesuruhjaya PAS Perak pada masa itu , Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS.
Dalam bahasa lain Harussani telah berbohong.Selayaknya dan dalam bahasa yang paling mudah Hasussani sekarang ini bukan lagi berperanan sebagai Mufti Perak yang sebenarnya, namun dia adalah Penasit Agama kepada UMNO, malah semacam jurucakap pula dalam permasalah tersebut.
Satu lontaran persoalan awal, kenapa perkara ini dilontarkan kepada orang yang berada diluar Perak dan dihadapan kalangan ilmuan dan mereka yang saya kira tidak selayaknya mengetahui dengan jelas perkara itu.Atau adakah Harussani sudah tidak berani untuyk menghalalkan Kerajaan Perak yang ada sekarang di Perak , tetapi cuma berani untuk menghalalkannya diluar. kalau berani datanglah ke Parit Buntar untuk mengulangi ucapan tersebut.
Selain itu dalam pendedahan yang berlaku itu saya anggap satu rahmat kepada PAS dan Pakatan Rakyat Perak kerana ia menjadikan satu medan bagi menjelaskan betapa PAS ikhlas dan sangat konsisten dalam menegakkan prinsipnya untuk bersama dengan DAP dan PKR dalam menubuhkan kerajaan di Perak satu masa dulu.
Seperti yang didedahkan oleh Ust. Ahmad Awang bahawa Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam. Lalu disanggah olehnya dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian."(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," tegas Ust. Ahmad Awang.
Perkara ini mendedahkan bahawa kita bersama dengan DAP atas dasar mengenali lebih dekat dengan mereka dan tahu hati budi pimpinannya, sebaliknya Harussani walau seorang yang dipanggil mufti namun sengaja menegakkan hujah dan benang basahnya tanpa ada alasan yang kuat.Perkara ini menyerlahkan sikap kita yang sebenarnya dan saya yakin akan mendapat perhatian penghormatan yang tinggi dari DAP.
Kerana itu beberapa hari lepas dalam Mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat Perak, DAP bertegas dan telah dipersetujui sebulat suara bahawa jawatan Ketua Pembangkang di DUN Perak diserahkan kepada DS. Nizar. Walaupun diperingkat awal kita beralah dan menjelaskan kerusi PAS jauh lebih sedikit dari mereka tetapi DAP tetap bertegas menyerahkannya kepada PAS.Saya masih hairan dengan Harussani yang sangat dekat dengan perjuangan Melayu bersama UMNO sedangkan jelas perjungan Assobiyah yang dicanangkan oleh UMNO itu jelas bercanggah dengan Islam.
Sepatutunya persoalan assobiyah yang menghantui perjuangan UMNO sudah cukup untuk Harusssani berdiam diri dan jangan terlalu memihak.Sayangnya apa yang ditunjukkan oleh Harussani menyebabkan raputasi masyarakat Islam terhadapnya sudah sangat merosot. Ianya sangat dikesali oleh para "kulaan" . rungutan dari kawan-kawan sepengajian di Kolej Islam Kelang sering saya dengar.Apa boleh buat, Harussani mahu dia tidak dihormati itulah yang dia dapat sekarang.
Drs Khalil Idham Lim,Adun Titi Serong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan