ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Rabu, 3 Mac 2010
Serangan umno yang berbagai dan tak ketahuan
Mula tahun 2008 lalu mereka serang dengan,
1. kes liwat DS Anwar,
2. Tangkapan rasuah 2 exco
3. Rampasan kerajaan PR Perak
4. Tekanan ke atas bekas adun bukit selambau
5. mambangkitkan pelbagai isu di selangor
6. Pusat sembelihan babi di kedah
7. Kes YB Ely
8. Kes kuil dan kepala babi
9. Kes TBH
10. Sogokan adun lunas
11. Adun Pelabuhan kelang
12. Serangan kepada Tok Guru dan kelantan - banyak bulan juga.
13. Serangan ke atas pulau pinang sekarangni sedang rancak dan kelihatan semakin berkurang.
14. Isu lompat sekarang ini sedang memonopoli suasana negara.
Banyak lagi isu/serangan yang boleh disenaraikan dan akan di masukkan dalam senarai ini. Perkara yang penting kepada kepimpinan PR ialah kena study pola atau pattern serangan tersebut dan apakah yang mereka targetkan. Secara kesimpulan awal semua serangan mereka itu ialah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Tujuan mereka supaya kepimpinan PR bertelagah. Tujuan mereka supaya rakyat menyaksikan kerapuhan Pakatan Rakyat. Tujuan mereka ialah untuk menunjukkan kononnya pemimpin PR tidak boleh dipercayai.
terakhir isu lompat mereka menggunakan peluru baru untuk menembak. Jiad bila mereka menyebut sebilangan AP akan keluar ianya akan menyebabkan timbul rasa sangsi dikalangan ahli kepada AP yang tersenarai. Demikian jahatnya mereka ini. Jadi pemimpin dan media PR yang terpengaruh menjadi talibarut umno-bn.
03 March 2010
Terjawab..Kemunculan 10 Ahli Parlimen PKR Pagi ini Menafikan Mereka Akan Melompat..!!
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Di sebalik desas-desus lebih ramai akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kumpulan 10 Ahli Parlimen parti itu, yang dikategorikan antara mereka dijangka meninggalkan PKR, akan muncul pagi ini untuk menafikan spekulasi mahu berbuat demikian.
Kumpulan 10 ini dijadual membuat penjelasan tentang pendirian dan ikrar setia kepada pucuk kepimpinan PKR pagi ini.
Desas-desus mereka akan keluar PKR kedengaran sejak awal bulan lalu.
The Malaysian Insider difahamkan di antara mereka yang akan menghadiri sidang media pagi ini ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.
Edaran media PKR awal pagi tadi juga mengesahkan satu sidang media akan diadakan berhubung isu tersebut.
Seramai 10 Ahli Parlimen PKR akan hadir pada satu sidang media yang akan diadakan hari ini, kata kenyataan tersebut.
“Sidang media ini bertujuan menjelaskan spekulasi bahawa lebih ramai lagi ahli Parlimen dari Keadilan akan meninggalkan parti,” kata kenyataan media itu.
Pertemuan dengan media ini diadakan tiga hari selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan