ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 9 Mac 2010

Jamil Khir dari guru Kagat ke Menteri

Kalau tak kerana forum perdana ehwal islam.
kalau forum perdana ehwal islam tak di sohorkan oleh
1. Almarhum Dato Ishak Baharom
2. Dato Dr Hasan Ali
3. Prof Mahmud Saedon
4. Dato Dr Haron Din
5. Tuan Ibrahim Tuan Man
6. Dato Ismail Kamus
7. Dan ramai lagi
Diatas ialah antara pemuka yang mensohorkan forum agama ehwal islam yang rata telah mengikuti atau menyertai PAS.
ada juga yang kemudian setelah pemuka awal tersohor di gam muncul pula yang kemudian yang selepas itu destinasi akhir mereka ialah umno. dalam senarai panjang itu Jamil Khir adalah yang terakhir. Semua orang tahu dia dari guru kagat yang hanya membimbing agama kepada anggota tentera. popularitinya melonjak kerana forum agama ehwal islam. Sebagai guru agama di tentera apakah syibus hukum-hakam yang di ajar tidak diketahui. Tetapi yang pasti mengurus kematian anggota tentera. Tak ramai yang telah dilantik jadi menteri dari kagat. Dulu hamid zainal abidin, yang terkini jamil khir.
Yang di lantik dari panel forum perdana ehwal islam agak ramai juga. antaranya
1. Hamid zainal abidin
2. Abdullah matzin
3.Mashitah
4. Jamil khir
5. Hamid osman dulupun juga pernah keluar sebagai ahli panel ehwal islam.
Kesemua yang menjadi menteri ini dalam jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya menjalan tugas melibat ke agamaan tetapi tugasan mereka yang utama ialah pergi haji ke Makkah. Ada cerita macam-macam lagi ketika mereka disana. Negara lain yang islam banyak tak hantar menteri untuk mengurus jemaah haji tetapi 1malaysia hantar menteri untuk urus jemaah haji.
Semua menteri buat begitu. Zahid hamidi yang bukan belajar agama (bukan ustaz) juga pergi jaga orang kerja haji. Kalau dah menteri yang pergi jaga orang haji kos perbelanjaan akan pastinya ditanggung oleh jemaah haji. Dalam tahun 90an dahulu kos mengerjakan haji sekitar $6,500.00 ( masa tu tak ada tanda RM) sekarang katanya RM13,000.00. tahun katanya RM12,000.00 jemaah RM10,000.00 dan kerajaan RM2,000.00. ( RM2,000.00 dari kerajaan atai tabung haji pastinya tabunghaji) duit kerajaan dan duit tabung haji lain tak sama.
Jadi bila si Jamil Khir kritik Tok Guru sebenarnya dia bangang banyak. Dia tu takat guru kagat saja mana dia tahu tugas mufti. Bila dia kritik tok guru dia sendiri telah kritik tugas menteri sendiri. Dia sendiri tak tahu tugasnya. dia kata tugas dia jaga orang haji saja. tapi yang besar dia juga tak baca
Maksud Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al Hujuraat:6)
dia juga tak baca apa yang Tok Guru Tulis.
Jadi dalam ayat di atas Allah sebutkan Wahai Orang yang beriman,
disebabkan jamil khir tak baca ayat itu apakah dia tidak termasuk kedalam ayat yang dimaksudkan. Kerana itulah jamil khir dikatakan merendahkan tugas menteri yang beliau sandang. nak komen boleh tapi baca dulu. you baca ayat diatas so if you beriman you have to siasat dulu. but you yang celupar macam zulkifli nordin juga.
itulah taraf menteri umno dari kagat merendahkan institusi kagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan