Dia tu yang jaga hal kehakiman,
Dia tu lulusan undang-undang,
memang boleh bercakap pun.
Nazri: Hak bumiputera tidak dihapus dalam model ekonomi baru
KUALA LUMPUR, 17 Mac — Model ekonomi baru (NEM) yang akan diperkenalkan tidak akan menghapuskan hak istimewa bumiputera tetapi akan memfokuskan kepada kerjasama dengan bukan bumiputera, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata antara bentuk kerjasama yang diharapkan adalah dalam aspek politik dan promosi dalam perniagaan.
“Kita mahu supaya ada kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang bukan sahaja menguntungkan bumiputera, tetapi juga bukan bumiputera,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di Dewan Rakyat hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan