Berita dibawah ini sebagai rujukan.
Orang yang beriman yang mengerjakan ibadah misalnya solat diajar bagaimana menegur seseorang imam yang barangkali tersalah semasa menjadi imam. Tak kena ( tak mengerti-orang yang nak menegur itu) kalau membetulkan imam selepas imam beri salam. Begitulah juga dalam hal si zahid yang membuat dakwaan terhadap Dato Hasan Ali. Kalau si zahid hamidi menjadi makmum pada hari itu sepatutnya dia telah bangun dan memberitahu apa yang didakwanya. Kalau dia jadi makmum dan dia diam saja sembahyang jumaatnya juga tak sah. itulah hakikat yang sebenarnya. Tapi disebabkan bbbbbbbnya dia dan beberapa pengikut tttttttnya itu mengatakan sembahyang mereka tak sah.
Bila nak menegur imam dalam solat pulak tu kita diajar menyebut subhanallah dalam niat berzikir bukan niat nak perbetul imam. Kalau niat nak betul imam batal solat si penegur tadi. Semuanya itu tiada dalam diri si zahid hamidi. tambahan pula tangannya telah bersentuh dengan yahudi laknatullah. Telinganya telah mendengar kalimat kata yahudi laknatullah. Hudungnya telah menghirup udara nafasan yahudilaknatullah. Matanya telah melihat wajah manusia laknatillah secara yakazah. Kerana itu Khatamallah Hu ala Qulubihim.
Barangkali dia membaca Qur an tetapi quran melaknat bagi dirinya. Contonya dia membaca ayat "LAKNATULLAH HU ALA ZZALIMUN" Sediangkan dirinya sendiri memzalimi diri sendiri.
Sumber MalaysiaKini
Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.
Dr Hasan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut
Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.
"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.
"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.
Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.
Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.
"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.
Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.
Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.
"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Zainal Abidin Sakom," katanya.
"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.
"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.
"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.
Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.
"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.
Oleh Salman K Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan