Pembuangan bayi yang berleluasa sekarang ini menjatuh maruah negara di mata dunia. Apa jadi siapa yang berusaha secara gigih mencari pelakunya. Kehilangan kanak shalini sampai hari ini sang ibu itu menangis dan mungkin telah kering air matanya siapa yang terus mencari. Adik nurin yang hilang dan ditemui mati tetapi penjenayahnya tidak ditemui. Sedang polis terengganu dapat mengenal pasti orang yang membakar bendera malaysia. menunjukkan kecekapan polis terengganu. Polis selangor juga cekap. dapat tangkap yang membawa kepala lembu. tapi menganggap teoh beng hok mati bunuh diri. Siapa yang berani kata TBH dibunuh akan disiasat. Dunia tak percaya apa yang dikatakan itu merupakan menghina negara.
Jadi kalau DYMM Sultan Perak menegor kalangan yang menghina negara di pentas antarabangsa maka semua rakyat hendaklah mengambilnya sebagai peringatan seperti peringatan Khatib di atas mimbar pada hari jumaat. Ada khatib yang berwibawa dalam membaca khutbahnya berkata sedemikian bunyinya. " sidang jemaah sekelian Khatib berpesan kepada dirinya dan sekelian jemaah bahawa sebaik-baik bekalan dihari akhirat ialah taqwa. Dengan taqwa kita akan selamat dari segala bala Allah"
Jadi sesiapa saja boleh memalukan negara. Bukan sahaja rakyat malah pemerintah juga akan terdedah kepada menghina negara. Chua Soi Lek letak jawatan kerana skendal sek dan mengaku. tapi pemimpin melayu yang dengan budak melaka tak mengaku dia. yang dengan adik ipar senyap sampai la ni. perbuatan yang dilakukan ini bukan di luar negara tapi dalam negara.
Sekarangni Dato Zaid di asak dengan arak sedangkan ramai lagi pemimpin umno yang begitu. Manaperginya mufti perak yang tersohor itu untuk menegur peminum arak yang tegar baik dalam negeri perak atau dalam malaysia. Mana dia pergi. Kenapa beliau senyap sahaja. barangkali ada-ada seperti burung tempua yang bersarang rendah.
Mana mufti perak pergi. bila najib bawak yahudi laknatullah masuk dalam negara jadi penasihat di Polis DIRAJA MALAYSIA. Makna yahudi sudah berada dalam polis DIRAJA Malaysia. Kalau yahudi sudah berada dalam polis maka apakah yahudi sudah masuk dalam DIRAJA. kalau begitu polis kena buang taraf diraja itu. bagi mengelakkan yahudi menguasai Diraja malaysia.
Sesiapa sahaja yang membuat sesuatu yang melanggar norma sejagat pasti menghina negara.
Menuduh DSA dengan liwat dengan penghakiman yang amat bersangka merupakan sesuatu yang menghina negara.
Menolak Qazaf juga menghina hukum Allah sendiri- kalau dah menghina hukum islam itu bagaimana ? Berani mufti harussani kata tak beriman hakim tu.
Mesyuarat DUN bawah pokok. ini mufti ada kata
Rebut jubah speker.
lantik speaker tak betul ,
malah mufti jadi imam solat hajat supaya perompak menang kerana perompak bukan pencuri. mencuri haram dalam islam. merompak dalam islah harus kerana kerajaan melayu. dia telah menghalalkan yang haram. apa macamtu. mau dia bertaubat. dia kena cerita yang dia dah taubat baru boleh.
Banyak lagi kes mahkamah termasuk kes MB perak yang dipertikai seluruh dunia bagaimana dunia melihat sistem kehakiman negara. semuanya menghina negara.
DYMM Sultan menyebut penghina negara itu ditalakan kepada semua rakyat dan manusia yang berada dibumi malaysia termasuk diri baginda. Hanya puak umno yang merasakan ucapan Sultan Perak itu dituju kepada sesuatu pihak. Sememangnya mereka merupakan yang tak pemalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan