Hakim yang bicara kes tuntutan baju besi Saidina Ali dengan seorang yahudi sangat baik menjadi rujukan. Saidana tak dapat mengemukakan saksi selain dari keluarganya. Lantas permohonan/pendakwaan dia ditolak oleh hakim.
Dalam kes DSAI ini sesuatu yang amat-amat terbalik berlaku. Senarai saksi tak diberi, bahan bukti tak diberi. kertas report juga tak diberi. Apalah teruk sangat jadinya.
Dalam sistem kewarasan yang bagaimana di ambil kira. Perbicaraan keatas presiden yahudi sebelum Ariel sharon juga mendapat pembilaan yang adil pada kaca mata mereka.
Jika tidak mematuhi sistem kehakiman yahudi kelihatan prinsip yang dipakai berteraskan kepada kehakiman fir aun dan namrud. Fir aun mendak dia boleh menghidupkan dan mematikan manusia dengan cara
1. menghidupkan orang secara memberi ampun orang yang dihumum mati.
2. Mematikan orang dengan menjatuhkan hukuman mati kepada orang tertentu.
Jika mengikut kehakiman yahudi maka jadilah sebagai yangdi dan bersama yahudi dari sekarang sehingga akhirat nanti.
Jika mengikut kehakiman firaun akan bersama kemegahan firaun dari sekarang hingga akhir zaman.
Celaka dan laknat Allah bagi orang yang dalam sistem kehakiman yahudi dan kehakiman firaun.
sistem kehakiman yahudi dan kehakiman firaun berteraskan kezaliman dan mengikut hawa nafsu yang diasuh oleh syaitan laknatullah.
Hanya orang yang beriman sahaja yang mengerti erti ketakutan atas dosa.
Mahkamah wajar terima permohonan Karpal - Anwar
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mahkamah seharusnya menerima permohonan peguam bela, Karpal Singh supaya menangguhkan prosiding kerana Mohd Saiful ternyata memberikan keterangan yang tidak konsisten. Anwar berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa saksi utama kes liwat itu membuat dakwaan yang salah terhadapnya dan bercanggah antara satu sama lain. "Kita ada bukti. Saiful buat dakwaan yang salah dan tidak konsisten dalam keterangannya di mahkamah dan laporan polis yang dibuat. Ternyata dia menipu," katanya kepada pemberita di luar mahkamah selepas prosiding ditangguhkan untuk makan tengah hari, tadi. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penangguhan prosiding yang dikemukakan Karpal sementara menunggu keputusan rayuan. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, atas alasan tidak ada alasan istimewa bagi menangguhkan prosiding berkenaan. Beliau juga berkata keputusannya semalam adalah mengikut prosedur dan tidak boleh dirayu. Semalam, mahkamah menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikan kepada polis. Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar. Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui. Anwar juga berkata, sukar untuk pihaknya mendapatkan kepercayaan hakim walaupun mereka mempunyai bukti mengenai penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bersama pembantu khas masing-masing. Khairul Anas adalah pembantu khas Najib, manakala Datuk Mumtaz Jaafar pula pegawai khas kepada Rosmah. "Kita tidak berjaya untuk menangguhkan prosiding dan sangat susah untuk membuatkan hakim bersetuju dengan kita. "Saya tidak fikir dengan senang kita dapat melalui prosiding ini walaupun kita tahu penglibatan Najib, isterinya, Rosmah dan pembantu khas mereka. Ini dinyatakan sendiri oleh Saiful," katanya. Saiful dalam keterangannya semalam mendedahkan nama-nama berkenaan yang pernah ditemuinya selepas mendakwa diliwat. Sementara itu, dalam prosiding hari ini, Karpal menunjukkan kepada Saiful sebuah artikel di dalam portal berita Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'. Saiful berkata, beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada itu kali pertama dia diliwat. Karpal juga memohon prosiding petang ini diadakan secara tertutup dan dipersetujui oleh hakim Dengan meneliti berita berikut ini kita akan boleh baca macam-macam.Friday, May 14, 2010APE SPRM NAK BUAT KAT SAKSI YANG BERPALING TADAH?PUTRAJAYA, 14 Mei: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius berhubung perbuatan saksi-saksi yang berpaling tadah dengan memberi keterangan bercanggah di mahkamah berbanding dengan pernyataan yang telah diberikan kepada pegawai SPRM semasa siasatan dijalankan. Ini ekoran kebelakangan ini, SPRM mendapati beberapa individu yang dipertuduh kerana kesalahan melakukan jenayah rasuah dilepas dan dibebaskan disebabkan terdapat saksi memberi keterangan yang bercanggah berbanding pernyataan yang diberikan kepada pegawai SPRM semasa proses siasatan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, sesuatu kertas siasatan bagi kes kesalahan jenayah rasuah akan dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk keputusan pendakwaan. “Bahagian ini akan membuat keputusan sama ada untuk menuduh atau tidak individu yang telah disiasat itu berpandukan kepada keterangan yang terkumpul dalam siasatan,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, petang semalam. Katanya, keterangan yang dikumpul itu adalah melalui pernyataan yang dirakam daripada saksi-saksi yang terlibat dalam siasatan sesuatu kes berkenaan. Jelasnya, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hanya akan mengeluarkan izin untuk mendakwa sebagaimana peruntukan Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan bahawa ”pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya”. Tambahnya, pertuduhan hanya akan dijalankan setelah keterangan yang diperoleh melalui rakaman pernyataan saksi-saksi dan lain-lain keterangan adalah mencukupi. Justeru, katanya setiap individu yang dikehendaki untuk membantu sesuatu siasatan jenayah rasuah adalah dikehendaki memberi pernyataan yang benar semasa memberi pernyataan kepada pegawai SPRM. Ini, ujarnya lagi selaras dengan kehendak peruntukan Seksyen 27(1) Akta SPRM 2009. Peruntukan itu menyatakan: ”Jika mana-mana orang membuat atau menyebabkan manamana orang lain membuat kepada seseorang pegawai suruhanjaya atau pendakwa raya, semasa pegawai itu atau pendakwa raya menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh Akta ini, apa-apa pernyataan yang diketahui oleh orang yang membuat pernyataan itu, atau yang menyebabkan pernyataan itu dibuat: (a) adalah palsu atau dimaksudkan untuk mengelirukan; atau (b) tidak selaras dengan apa-apa pernyataan lain yang dibuat sebelum itu oleh orang itu kepada mana-mana orang yang mempunyai kuasa atau wenang di bawah mana-mana undang-undang, atau selainnya, untuk menerima, atau menghendaki supaya dibuat, pernyataan lain itu tidak kira sama ada atau tidak orang yang membuat pernyataan itu mempunyai apa-apa obligasi di sisi undang-undang atau obligasi lain untuk menyatakan yang benar, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.” “SPRM berasa kesal dengan kejadian seumpama ini kerana ia telah menyusahkan banyak pihak termasuk orang yang dituduh, mahkamah, saksi-saksi yang benar-benar hendak membanteras jenayah rasuah dan juga pihak SPRM sendiri,” ujarnya lagi. Sehubungan itu, katanya keterangan yang benar perlu diberi oleh semua individu yang dikehendaki membantu dalam sesuatu siasatan jenayah rasuah dan seterusnya semasa memberi keterangan di mahkamah. SPRM, menurutnya lagi ingin menarik perhatian saksi-saksi bahawa barang siapa dengan sengaja memberi keterangan palsu kepada mana-mana peringkat perbicaraan kehakiman, atau dengan sengaja mereka eterangan palsu bagi maksud digunakan pada mana-mana peringkat perbicaraan kehakiman adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang jika disabit, boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan boleh juga dikenakan denda. Sehubungan itu, katanya SPRM telah mencadangkan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan supaya tindakan yang sewajarnya diambil ke atas saksi-saksi seumpama itu dengan membuat pertuduhan ke atas mereka. Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar bukan sahaja tampil untuk memberi maklumat atau membuat aduan, tetapi juga bersedia untuk memberi keterangan yang benar dalam mahkamah apabila diperlukan. “Dalam hal ini, tidak bercakap benar di mahkamah walau atas apa jua alasan atau faktor tidak akan membantu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang bebas dari jenayah rasuah,” katanya. Beliau menambah, semua pihak harus bersama memerangi perbuatan rasuah kerana tanggungjawab pembanterasan rasuah adalah tanggungjawab bersama. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan