Friday, May 07, 2010
APAKAH SANG MUFTI BOLEH BIARKAN JUDI HALAL DI MALAYSIA
Apakah Sang Mufti yang bijak bistari dalam segala kaedah hukum masih boleh berdiam diri dengan kemewahan dunia dan masih boleh menutup mata apabila seorang Melayu 'Muslim' dengan bangga mengatakan "Kita akan beri lesen kepada bookie (judi) haram ni," dengan cara tak lansung halallah bookie yang haram tadi di Malaysia.
Sang Mufti perlu lihat perkara ini sebagai satu mehnah kepada Ummat Islam apakah tidak cukup mereka merancang dengan halus membawa Yahudi Laknatullah masuk ke negara ini dengan tujuan 1 iaitu Islam hancur di seluruh pelusuk nusantara ini khususnya dengan tajuk cerita untuk meningkatkan kehebatan talian komunikasi di negara.
Mufti-mufti sekali cubalah buat sesuatu jangan hanya tahu menceritakan bab taharah dan ibadah sahaja..
KP - Khususnya Tun Dato' Seri Harussani Zakaria... cukuplah dengan bersesongkol dengan UMNO tu..
akibatnya dikatakan Sang
Bukan Islam minta had judi, Umno mahu tambah
Hashim Abdullah |
JERANTUT, 10 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) amat dukacita dan malu kerana hasrat mengadakan judi sukan datangnya daripada pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam sedangkan pemimpin bukan Islam termasuk daripada DAP menuntut supaya kegiatan perjudian dihadkan. Justeru, katanya PAS membantah keras sebarang usaha untuk meluluskan lesen perjudian walau apa bentuk sekali pun termasuk judi sukan sebagaimana yang dihasratkan pemimpin Umno. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata hasrat memperluaskan kegiatan perjudian di negara ini merupakan suatu pengkhianatan terhadap negara yang sedang bergelut dalam krisis moral yang sangat dahsyat. Tuan Ibrahim mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, baru-baru ini yang menyatakan kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengeluarkan lessen pertaruhan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kononnya bagi mengelak aktiviti perjudian haram. Menurutnya, alasan yang digunakan untuk menyekat kegiatan perjudian tanpa lessen adalah tidak logik malahan pemikiran sedemikian amat bertentangan dengan ajaran Islam. “Apa pun dalam Islam judi tetap haram. Tak ada istilah judi halal, kalau judi tetap haram. Nak guna alasan untuk sekat kegiatan judi haram bukan itu caranya. Selama ini pun kerajaan telah luluskan banyak lesen judi tetapi judi tanpa lesen tetap berlaku. Kita tak boleh terima itu, kita bantah keras,” katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan