Begitu juga bagi Kugan,
Begitu juga bagi Teoh Beng Hock
Sedangkan Nyawa Mat Sabu pun polis tak kesah
Sedangkan Nyawa Tok Guru nik Aziz mereka tak kesah.
Tetapi mereka amat risau kepada keselamatan saiful
Lihat berita berikut.
ANTARA DUA DARJAT
Tuan Guru Nik Aziz secara jelas diugut untuk dibunuh. Sebagai Menteri Besar, keselamatan beliau sangat penting. Ugutan dibuat di Facebook. Banyak laporang polis dibuat...tindakan terhadap laporan polis itu diketahui umum tanpa perlu saya ulas.Saiful Bukhari juga mendakwa diugut.. sesiapa yang membaca ugutan itu tahu bahawa ia bukan ugutan tetapi ingatan! "DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."
Keadilan boleh dinilai antara kes dua darjat ini.Keselamatan Saiful budak terkandas belajar barangkali dilihat penting dari nyawa seorang Menteri Besar yang dikagumi dan dikenali seluruh dunia.
Saya hanya menulis... akal anda perlu menilainya
Thursday, May 20, 2010
Polis tak kisah bunuh Mat Sabu
Apa cerita perbicaraan Mat Sabu kat mahkamah Jawi semalam? Aku pun tak tau pasai aku pun tak pi. Nasib baik PakBakar Penarikbeca ada tulis sikit.Dalam perbicaraan Haji Mohamad Sabu bersama sembilan aktivis PAS hari ini di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan semalam, peguam Mohamed Hanipa Maidin bertanya kepada pegawai polis yang menangkap Mat Sabu adakah beliau bersetuju perbuatannya memecahkan kereta Mat Sabu dengan tukul besi boleh mengakibatkan maut kepada Mat Sabu.Kemarin dulu aku tak pi pasai taktau. Dah petang baru tau. Semalam pulak tak upaya nak pi semalam pasai ada meeting. Pagi satgi pun taktau lagi, memang hajat hati nak sangat pi. Insyaallah. Malam ni kena tidur awai. Bukan apa,aku yakin memang tak ramai yang pi mahkamah Jawi esok bagi sokongan.
Dia jawab, setuju. Saya juga diberitahu bahawa beliau berkata beliau tidak kisah orang yang hendak ditangkapnya itu mati demi melaksanakan arahan ketuanya.
Wow! (Saya akan laporkan lagi dengan lebih detail dan cerita beliau ditangkap dulu di sini). Penarikbeca
Masa hari Mat Sabu kena tangkap tu memang ramai. Penyokong Pas dan peminat Mat Sabu dari rata cerok sanggup turun, tunggu pulak sampai pukui 2,3 pagi. Memang cukup perihatin.
Geng dari Ipoh sanggup turun, geng dari Baling pun sanggup turun. Berpuluh ribu jugak la aku rasa. Tu pun pasai kena tipu dengan polis, sampai aku pun lajak pi sampai Balai Polis Seberang Jaya ka mana tah. Kalau semua dapat maklumat betui yang Bang Mat Sabu polis bawap pi Balai Jawi, aku rasa memang berpuluh ribu la orang berhimpun kat situ.
Tapi, macam biasa makan lama makin kurang orang yang perihatin. Masa perbicaraan kali pertama tu pun tak ramai mana. Aku ada pi sat tengok suasana. Memang tak ramai, tapimata ratus jugak la aku agak.
Masa perbicaraan kedua, aku terlepas pandang (baca: tak perihatin) tapi aku yakin tentu lagi kurang dari yang pertama.
Kali ni kali ketiga dan esok patutnya hari akhir. Maksudnya hari dijatuh hukuman. Aku harap kita pakat ramai-ramai turun pi bagi sokongan moral. Mana tau kut-kut ada apa-apa yangberlaku mungkin kita boleh jugak 'bagi bantuan'. Mana tau...
Polis trafik panggil kakak Aminul beri keterangan | |||
|
Tuty Shaniza tiba di cawangan trafik IPD Shah Alam di seksyen 11, pada kira-kira jam 6 petang ini dan beredar dari stu kira-kira 15 minit kemudiannya.
Beliau hadir memberi keterangan tersebut dengan ditemani peguamnya Farhana Abdul Halim.
Ketika ditemui Malaysiakini, Farhana berkata, anak guamnya hari ini hanya disiasat berhubung kesalahan trafik melibatkan keretanya itu.
Katanya, ini kerana terdapat laporan sebelum ini bahawa pada malam kejadian itu, sebelum Aminulrasyid mati ditembak polis, kereta tersebut telah bergesel dengan kereta dan sebuah motosikal.
"anak guam saya ditanya soalan-soalan berkaitan trafik, contohnya, siapa tuan punya kereta dan adakah dia tahu keretanya digunakan oleh Aminulrasyid pada malam kejadian," katanya.
Menurut Farhana, proses merekod kenyataan hari ini berjalan lancar dan pantas.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada anak guamnya akan dipanggil lagi selepas ini.
Katanya, beliau ada bersama Tuty Shaniza sepanjang anak guamnya memberi keterangan kepada pihak polis.
Tuty Shaniza, 36, adalah seorang pembantu eksekutif di sebuah syarikat swasta.
'Ancaman' Facebook: 5 hari merengkok di penjara | |||
|
Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.
(Ayat tersebut sekadar tanya samada dia pasti hidup untuk atau tidak. Hanya yang dalam ketakutan sahaja menganggap sebagai ancaman bunuh)
Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya.
Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu.
"Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok.
"Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya berpendapat yang saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan pergi ke balai polis Klang pada Jumaat.
"Sarjan yang bertugas berkata dia perlu menyemak sebuah fail berhubung kes itu. Dia kemudiannya memberitahu bahawa saya ditahan,” kata Badrul.
Dia bagaimanapun mengakui bahawa polis melayannya dengan baik sepanjang penahanan itu tetapi tidak faham mengapa masa yang begitu panjang diperlukan bagi merakamkan kenyataannya itu.
Badrul dibebaskan petang semalam.
Menurutnya, keluarganya juga tidak diberitahu berhubung penahanannya sepanjang lima hari itu.
Lagi 'mangsa' tembakan lapor polis | |||
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan