ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 20 Mei 2010

Dr Pornthip

Permohonan Sidang Video Dr Pornthip 11 Jun

SHAH ALAM 20 Mei - Koroner inkues kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock, Azmil Muntapha Abas menetapkan 11 Jun depan bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Selangor yang mahu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand diberi kebenaran memberi keterangan menerusi sidang video.

Azmil berkata mahkamah perlu tahu sebab sebenar Pornthip tidak boleh hadir itu sebelum menangguhkan inkues hari ini.

Mahkamah diberitahu Dr Pornthip tidak dapat hadir bagi memberi keterangan menerusi sepucuk surat Isnin lalu tetapi bersedia memberi keterangan menerusi sidang video menurut peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor.

Koroner berkata inkues akan memanggil dua lagi saksi iaitu ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M Manoharan untuk memberi keterangan bulan depan apabila inkues bersambung.

Tan Hock Chuan, peguam pejabat peguam negara pula mahu permohonan dibuat secara teratur dengan sokongan affidavit.

Dr.Pornthip KETAKUTAN Diugut Nazri, Tak Hadir Inkues Esok Tapi..
Posted on Wednesday, May 19 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh brucekk

Oleh: dewa

"Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mengesahkan bahawa Dr.Pornthip yang ketakutan selepas diugut Nazri Aziz dan UMNO tidak akan hadir ke prosiding inkues esok tetapi permohonan sedang dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor kalau-kalau keterangan boleh dibuat secara webcam atau persidangan video. Bayangkan, Dr.Pornthip lebih rela tinggal di Thailand yang sedang huru-hara dengan kematian Red Shirts dan rusuhan dari datang ke Malaysia. Apakah Nazri akan disabit kesalahan?? Artikel lengkap disertakan:

Berita Harian:

Inkues Teoh: Dr Pornthip tidak datang esok


2010/05/19

KUALA LUMPUR: Pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan memberi keterangan dalam prosiding inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini esok.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu kerana belum menerima jawapan rasmi dari Dr Pornthip mengenai kehadirannya esok.Katanya kerajaan negeri Selangor masih berurusan dengan Kementerian Kehakiman Thailand dalam membuat aturan supaya Dr Pornthip dapat memberi keterangan melalui persidangan video."Kami akan memohon kepada Koroner esok supaya kemungkinan Dr Pornthip memberi keterangan tanpa hadir di mahkamah.

"Kami juga akan menunggu arahan Koroner sebelum membuat aturan susulan jika semua pihak bersetuju dengan cadangan itu," kata Gobind.

Sementara itu, Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa, memberitahu bahawa beliau menerima surat daripada peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, pada Isnin lalu dengan memaklumkan bahawa Dr Pornthip tidak dapat menghadiri inkues itu.

Bagaimanapun, Malik, dalam surat itu menyatakan bahawa dia akan memfailkan permohonan untuk Dr Pornthip memberi keterangan menerusi persidangan video, katanya.
Difahamkan selain Dr Pornthip, dua lagi saksi dijangka memberi keterangan pada inkues itu.

Seorang daripada mereka ialah ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang disoal oleh pegawai penyiasat SPRM bersama Teoh dan merupakan orang terakhir dilihat bersama mendiang sebelum dia ditemui mati.

Seorang lagi saksi ialah pegawai penyiasat kes berkenaan.

Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan esok untuk mendengar pandangan Dr Pornthip, yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor, selepas mendengar keterangan pakar forensik Britain, Prof Dr Peter Vanezis, bagi pihak SPRM, pada 26 dan 27 April lalu.

Azmil menetapkan Jumaat ini untuk keputusan sama membenarkan atau tidak kebenarkan kepada abang mendiang Teoh, Meng Kee, agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Teoh, 30, yang juga setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM Selangor di bangunan yang sama. - Bernama -TAMAT-

MENGULAS samada Nazri Aziz akan dikenakan hukuman kerana mengugut Dr.Pornthip sehingga ketakutan, penulis yakin Nazri akan terlepas.

TETAPI, malangnya Bung Mukhtar yang kawin dua pula disabitkan penjara sebulan. Ha ha..

Sekiranya Nazri Aziz masuk penjara kerana mengugut Dr.Pornthip, nescaya penulis akan sunat sekali lagi.. Begitulah yakinnya penulis bahawa Nazri Aziz akan terlepas seperti biasa. Bak kata Tun M, Nazri Aziz ni 'tukang pukul' aje..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan