SPRM boleh soal siasat luar waktu pejabat | ||
|
Dalam keputusan sebulat suara oleh tiga hakim yang bersidang, mereka mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan kos kepada SPRM dalam saman yang difailkan oleh ahli majlis perbandaran Kajang, Ytan Boon Wah.
Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira' | ||
|
"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.
"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.
Lau bagaimanapun tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti tipis 398.
Katanya, beliau "tidak mahu membuat spekulasi” berhubung mengenai perkara itu.
Para penganalisis, antara lainnya menyebut, pengundi daripada masyarakat Cina di situ tidak menggemari corak pentadbiran Abdul Taib.
Wajah ketua menteri itu juga tidak banyak dipaparkan dalam bahan-bahan kempen seperti poster di kawasan bandar Sibu, semasa kempen berlangsung.
Thursday, May 20, 2010
Polis tak kisah bunuh Mat Sabu
Apa cerita perbicaraan Mat Sabu kat mahkamah Jawi semalam? Aku pun tak tau pasai aku pun tak pi. Nasib baik PakBakar Penarikbeca ada tulis sikit.Dalam perbicaraan Haji Mohamad Sabu bersama sembilan aktivis PAS hari ini di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan semalam, peguam Mohamed Hanipa Maidin bertanya kepada pegawai polis yang menangkap Mat Sabu adakah beliau bersetuju perbuatannya memecahkan kereta Mat Sabu dengan tukul besi boleh mengakibatkan maut kepada Mat Sabu.Kemarin dulu aku tak pi pasai taktau. Dah petang baru tau. Semalam pulak tak upaya nak pi semalam pasai ada meeting. Pagi satgi pun taktau lagi, memang hajat hati nak sangat pi. Insyaallah. Malam ni kena tidur awai. Bukan apa,aku yakin memang tak ramai yang pi mahkamah Jawi esok bagi sokongan.
Dia jawab, setuju. Saya juga diberitahu bahawa beliau berkata beliau tidak kisah orang yang hendak ditangkapnya itu mati demi melaksanakan arahan ketuanya.
Wow! (Saya akan laporkan lagi dengan lebih detail dan cerita beliau ditangkap dulu di sini). Penarikbeca
Masa hari Mat Sabu kena tangkap tu memang ramai. Penyokong Pas dan peminat Mat Sabu dari rata cerok sanggup turun, tunggu pulak sampai pukui 2,3 pagi. Memang cukup perihatin.
Geng dari Ipoh sanggup turun, geng dari Baling pun sanggup turun. Berpuluh ribu jugak la aku rasa. Tu pun pasai kena tipu dengan polis, sampai aku pun lajak pi sampai Balai Polis Seberang Jaya ka mana tah. Kalau semua dapat maklumat betui yang Bang Mat Sabu polis bawap pi Balai Jawi, aku rasa memang berpuluh ribu la orang berhimpun kat situ.
Tapi, macam biasa makan lama makin kurang orang yang perihatin. Masa perbicaraan kali pertama tu pun tak ramai mana. Aku ada pi sat tengok suasana. Memang tak ramai, tapimata ratus jugak la aku agak.
Masa perbicaraan kedua, aku terlepas pandang (baca: tak perihatin) tapi aku yakin tentu lagi kurang dari yang pertama.
Kali ni kali ketiga dan esok patutnya hari akhir. Maksudnya hari dijatuh hukuman. Aku harap kita pakat ramai-ramai turun pi bagi sokongan moral. Mana tau kut-kut ada apa-apa yangberlaku mungkin kita boleh jugak 'bagi bantuan'. Mana tau...
Umno kerah polis lindungi judi bola sepak berlesen
Abdul Aziz Mustafa | ||
KUALA LUMPUR, 20 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengucapkan tahniah kepada polis kerana kesungguhannya untuk melindungi judi bola sepak berlesen milik Tan Sri Vincent Tan yang diluluskan kerajaan yang dilihat menguntungkan Umno. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebelum ini berkata, pihak polis akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia. Mahfuz berkata, kenyataan Mohd Bakri itu sekaligus membuktikan kerajaan dan parti Umno Barisan Nasional tidak dapat apa-apa sumbangan dari sindiket perjudian tanpa lesen. "Dengan mengeluarkan lesen kepada syarikat milik Vincent Tan sudah pasti rundingan telah dibuat untuk pastikan bukan saja pulangan cukai yang diperolehi oleh kerajaan tetapi sudah pasti ada bahagian yang akan diperolehi untuk dana politik Umno BN. "Jadi polis dikerah untuk membanteras sindiket tanpa lesen yang tak menguntungkan Umno BN untuk menjayakan dana politik Umno BN melalui perjudian bola sepak piala dunia yang dikendalikan oleh tauke judi negara, Vincent Tan. "Maknanya polis bekerja untuk politik Umno dan Vincent Tan. Tahniah polis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Beliau juga melihat kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah itu sebagai ikrar akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang mahu terlibat dengan pertaruhan perjudian sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hanya dibenarkan melakukannya dengan syarikat Ascot Sports Vincent Tan yang diberikan lesen oleh kerajaan BN. "Satu perkara yang pelik apabila polis boleh bersetuju dengan pemberian lesen judi bola sepak yang akan meninggalkan kesan buruk kepada masalah sosial dalam negara seperti jenayah rompak, ragut dan bunuh. "Dengan bertambahnya kegiatan judi melalui sukan bola sepak akan menyebabkan rakyat jadi malas hanya bergantung pada nasib dan akan lahir ramai penganggur yang hanya berharap dapat wang dari berjudi. "Keruntuhan institusi keluarga akan meningkat. Apakah pula langkah dan tindakan polis selepas ini?" Mahfuz mempersoalkan. Baginya, kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang malah menyatakan polis telah mengesan suspek dan lokasi perjudian membuktikan bahawa alasan kerajaan mengeluarkan lesen judi bola sepak kepada Vincent Tan untuk mengatasi perjudian haram ternyata tidak benar. Berhatilah Pemuda PAS terhadap ancaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dalam segala tindakan. Nasruddin arah pemuda PAS negeri adakan bantahan Jumaat ini
"Maknanya sindiket tanpa lesen akan terus wujud walaupun judi bola berlesen dikeluarkan. Ini menunjukkan kenyataan kerajaan sebelum ini meleset," kata Mahfuz. |
SPR: Kami Tiada Kuasa Siasat, Najib Berhak Buat Janji
Posted on Wednesday, May 19 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber TheMalaysianInsider
KUALA LUMPUR, 20 Mei Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu.Sebaliknya SPR berkata, dakwaan ke atas Najib itu, yang janji-janji pilihan raya kecil dibuat atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.
Selain itu SPR berpendapat, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.
Kalau ada pihak hendak mengemukakan aduan kepada kami boleh, kami akan terima dan akan memanjangkan kepada pihak berkaitan iaitu dalam kes ini SPRM Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).
Ada perkara yang polis boleh siasat dan ada perkara yang kami boleh siasat.
Tetapi perkara ini perlu disiasat oleh SPRM... terserah kepada SPRM menentukan tindakan susulan,kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Oleh itu kata Wan Ahmad, terserah kepada SPRM untuk menyiasat perkara yang didakwa oleh Pengerusi DAP Karpal Singh Isnin lalu berhubung janji yang Najib pada kempen malam terakhir di Sibu Sabtu lalu.
“Itu pandangan Karpal, tetapi isu ini memang tertakluk kepada bidang tugas SPRM... perkara ini memang di bawah bidang kuasa SPRM, SPRM yang boleh menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berkaitan, katanya.
Sehari selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu, peguam terkemuka itu mendakwa mendakwa Najib telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan menawarkan ganjaran bagi mendapatkan undi.
Isu memancing undi dengan peruntukan kewangan dan projek juga menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor tiga minggu lalu tetapi ia menjadi ketara apabila Najib menggunakan perkataan jika.
Karpal yang juga Ahli Parlimen mendakwa Najib melakukan kesalahan ketika kempen pilihan raya kecil Sibu apabila pada Sabtu lalu mengatakan saya membantu, anda membantu saya.
Karpal berkata kenyataan Najib itu sesuatu yang tidak wajar dan harus disiasat oleh SPRM.
Ia satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, dakwa Karpal sambil mendakwa ia telah mendorong pengundi pada malam menjelang hari pengundian, membuat perjanjian dengan mereka.
Najib membuat janji itu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) menang.
Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen pada hari Ahad, pada Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan. Boleh kita buat perjanjian? Kita buat! Anda mahukan RM5 juta, saya mahukan Robert Lau menang, kata Najib yang juga Pengerusi BN ketika kempen ceramahnya itu.
Karpal mendakwa kenyataan Najib itu sesuatu yang memalukan dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Saya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menyiasat Perdana Menteri. Ia satu kesalahan yang serius. Ia sangat jelas. Beliau berkatakita adakan perjanjian, jika Robert Lau menang, kami akan memberi anda RM5 juta” kata beliau dengan merujuk kepada peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Ketika mengulas lanjut mengenai Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, Wan Ahmad berkata, peruntukan itu lebih bersifat umum yang mana ia menjurus kepada calon yang bertanding atau ejen-ejen calon, tetapi bukannya mana-mana individu lain termasuk dalam kes semasa yang merujuk kepada Najib yang merupakan Menteri Kewangan.
;Ini bererti berkemungkinan tidak bermaksud bidang kuasa Menteri Kewangan, yang mempunyai kuasa untuk menjanjikan, mengagihkan sesuatu projek pembangunan, bajet pembangunan yang skopnya luas melibatkan pelbagai, sebagai contoh projek saliran (mitigasi banjir) dalam kes di Sibukatanya.
Kata beliau, selaku Menteri Kewangan Najib mempunyai kuasa untuk membuat pengumuman projek pembanguan dan peruntukan bagi projek-projek berkenaan.
Saya rasa itu yang dilakukan oleh kerajaan, katanya.
Seksyen 10 undang-undang itu secara khusus merujuk kepada elemen penyogokan.
Ia mempunyai sembilan subseksyen. Subseksyen 10(a) berbunyi: tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa; perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya.&
Seterusnya Wan Ahmad merujuk kepada kes rujukan yang diputuskan pada 1981 yang memutuskan bahawa bukan menjadi satu perbuatan rasuah dalam definisi Akta Kesalahan Pilihan Raya, sebaliknya selaras dengan tugas kerajaan semasa untuk membawa pembangunan, memberi peruntukkan tambahan dan sebagainya kepada setiap rakyat tidak kira waktunya.
Nas undang-undang yang dimaksudkan adalah kes membabitkan pilihan raya kecil Pengkalan Kota, melibatkan kes antara Teoh Teik Huat melawan Lim Kean Siew & Anor pada 1981.
Kes itu dibawa ekoran kenyataan Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Razaeligh Hamzah yang didakwa mengeluarkan kenyataan jika BN menang, beliau secara peribadi akan memberikan lebih banyak wang untuk pembangunan Pengkalan Kota.
Insiden lebih tiga dekad lalu dilihat mirip situasi yang disaksikan di Sibu Sabtu lalu.
[This is ini English: Tengku Razaleigh to the effect that if Barisan Nasional wins, he would personally give more money for the improvement of Pengkalan kota].
Dalam tulisa blognya dua hari sebelum pengundi Sibu keluar mengundi, penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, janji-janji pembangunan, peruntukkan tambahan dan projek pembangunan bukan merupakan “perbuatan rasuah.” “Itu adalah tugas kerajaan BN sebagai kerajaan Justeru itu, adalah diharapkan dengan penjelasan yang tidak seberapa ini, segala polemik yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang adalah hanya polemik yang tidak tepat dan menyimpang dan berbentuk memperlekehkan kebijaksanaan pengundi-pengundi terutamanya Hulu Selangor, Sibu dan pembaca-pembaca blog saya amnya, katanya.
Wan Ahmad juga menjelaskan, beliau juga pasti Najib menyedari risiko dan implikasi undang-undang jika membuat kenyataan sedemikian.
&Saya secara peribadi beliau (Najib) telah menerima nasihat daripada penasihat undang-undangnya sebelum membuat kenyataan itu,& katanya lagi.
Oleh itu kata Wan Ahmad, terserah kepada Karpal jika mahu membawa kes ini sama ada merujuk kepada SPR ataupun SPRM terus ataupun membawa terus ke mahkamah.
“Saya juga merasakan Karpal sebagai pakar undang-undang melihat kes ini dari perspektif beliau.
Dan, pakar undang-undang yang lain melihat dari sudut yang lain... ini tafsiran undang-undang,& katanya.
The Malaysian Insider headline “Understand cops, IGP tells public” sums up what the Inspector-General of Police, Tan Sri Musa Hassan has to say on TV3 last night.
Nota,
IGP kata orang ramai kena faham role polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan