Mavi Marmara: Suruh Zahid Marah Benjamin, Rahim Nor Tumbuk Ehud
Posted on Wednesday, June 09 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: umnopenipu
"Peristiwa komando Israel menawan kapal Mavi Marmara yang bersamanya ada 12 orang rakyat Malaysia yang menghantar bekalan dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 1 Jun lalu telah menjadi berita hangat diseluruh dunia. Seolah-olah dunia dan UMNO APCO baru tahu kekejaman Israel. Lalu UMNO APCO pun mengikut rentak negara-negara hipokrit dan secular kononnya mereka mengutuk keras perlakuan Israel tersebut.
Parti secular hipokrit Melayu ini mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politiknya yang dalam proses menemui ajalnya. Mereka pun membuka langkah dengan memukul canang kepada rakyat kononnya jalan penyelesaian untuk mengatasi isu ini sedang dicari. Para pemimpin UMNO mulalah mengeluarkan kenyataan kononnya Malaysia terpaksa menggunakan khidmat pihak ketiga bagi meminta Israel membebaskan 12 orang rakyat Malaysia yang ditawan itu. Ini adalah kerana Malaysia, katanya, tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel.
Kenyataan kononnya Malaysia tiada hubungan diplomatic dengan Israel diulang-ulang dengan kerapnya dalam televisyen agar rakyat jelas bahawa Malaysia tidak berurusan dengan negara haram Israel tersebut dalam apa jua keadaan. Hakikatnya, akhbar Parti Keadilan Rakyat pernah mendedahkan bahawa Kementerian Perdagangan pernah mengakui dalam buletinnya wujudnya hubungan dagang dengan Israel secara tidak rasmi. Beberapa tahun dahulu juga, UMNO pernah mengibarkanbendera Israel di bangunan PWTC yang mereka bina dengan merompak duit rakyat. Di bawah ini, kami perturunkan sedutan berita yang dipetik dari sumber UMNO Online dan BERNAMA.
Saya Beritahu Ehud Barak, Israel Zalim – Zahid
Mar 31st, 2010 | By administrator | Category: Dari Parlimen
KUALA LUMPUR 31 Mac. – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak bagi menegaskan pendirian Malaysia yang membantah tindak tanduk zalim Israel terhadap Palestin.
Menurut Menteri Pertahanan itu, perjumpaan atas permintaan Ehud Barak diadakan di Paris Air Show pada 16 Jun 2009. Ia bukan sebagai pengiktirafan atau menyokong regim Yahudi itu. Perjumpaan itu turut dihadiri menteri pertahanan daripada negara-negara lain....
Isu ini agak riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen pembangkang terus cuba mempertikaikan pertemuan berkenaan semasa beliau sedang memberi penjelasan.
Katanya, perjumpaan itu juga dibuatnya dengan beberapa syarat termasuk turut disertai Ketua Setiausaha kementerian dan dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selain tiada jurugambar.
Dalam pertemuan itu, Zahid menyatakan pendirian Malaysia dan negara-negara Islam yang tidak mengiktraf Israel serta tindak tanduk kezaliman terhadap umat Islam.
“Saya juga membangkitkan bagaimana tentera Mosad Israel banyak menceroboh negara Islam dan kerja-kerja perisikan yang akhirnya merosakkan negara Islam…ini tidak boleh diterima,” katanya.
Menurut Zahid, secara rasminya beliau menyatakan kepada Ehuk Barak bahawa pemimpin Israel itu double standard dalam tindakan dengan keganasan yang ditolak.- MediaUMNO
---------------------------
Begitulah beraninya pemimpin UMNO APCO yang dapat memarahi dan mengacu jari telunjuknya kea rah pemimpin pengganasa Israel. Hatta Presiden atau Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang merupakan kuasa terbesar duniapun tidak berani berbuat demikian. Kita patut berbangga mempunyai pemimpin seperti Zahid.Tetapi dalam isu Mavi Marmara ini, suara pemimpin berani dari parti hipokrit secular melayu ini tidak kedengaran langsung. Soalnya ialah kenapa UMNO/BN tidak menugaskan Zahid Hamidi sahaja untuk pergi ke Israel sebentar dan meludah atau melempang Ehud Barak atau Benjamin Netanyahu (BN) atas tindakan kurang ajar Israel ke atas kapal misi bantuan itu?!!
Kita percaya Zahid dengan diiringi (Rahim Nor – bekas Ketua Polis Negara, yang pernah memukul Anwar atas arahan Mahathir) dan Khairy Jamaluddin (yang pada 4hb Jun baru-baru ini mengugut akan pergi dan menyerang Israel jika kesan demonstrasi pemuda BN tidak memberi apa-apa makna kepada Israel) berupaya menyelesaikan kemelut ini. Sesampainya mereka di Israel, Zahid Hamidi akan memaki hamun dan menceca Benjamin Netanyahu (BN) sementara Rahim Nor akan terus pergi menumbuk muka Ehud Barak hingga lebam matnya. Khairy pula akan menjadi ‘bodyguard’ kepada Zahid dan Rahim.
Cadangan seteusnya ialah kita meminta anggota Polis Raja DiMalaysia saja yang pergi menghantar misi bantuan ke Gaza. Bukankah Polis Malaysia dikatakan antara polis terbaik di dunia??!! Bukankah polis Malaysia amat pantas bertindak pada ceramah-ceramah dan demonstrasi PAS dengan membelasah, memenjara, menyiksa, menghina dan menembak orang-orang PAS?? Jadi, lojiknya polis Malaysia adalah terdiri dari mereka yang berani kan?? Jadi, hantar je mereka ke Israel. Atau Polis UMNO ni hanya berani pada mereka yang tak bersenjata sahaja sebagaimana Israel juga??!! Dan kalau nak pastikan misi ini BETUL-BETUL berjaya, masukkan program misi ini menjadi salah satu item dalam NKRA (National Key Result Area). Pasti Berjaya sebab kita TIDAK PERNAH mendengar apa jua program yang dibuat oleh UMNO/BN gagal atau separuh berjaya. Betul kan??!!
Pada hari Isnin 7hb Jun 2010 baru-baru ini, Parlimen 1 Malaysia telah meluluskan resolusi mengutuk kekejaman Israel ke atas misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Lalu UMNO/BN pun berbanggalah kononnya mereka juara Islam atau rakyat Palestine. Tetapi dalam masa yang sama, APCO masih menjadi penasihat mereka tanpa rasa bersalah. Walaupun 12 rakyat Malaysia sudah pulang, di lain masa kita berharap Zahid dapat menjadi wakil rakyat sedunia untuk mengecam dan memarahi Israel jika Israel membuat kacau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan