ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 7 Jun 2010

Pemimpin Sebanar tidak mengangkat diri sendiri.

Membaca catatan berikut kelihatan ketiga-tiga pemimpin ini saling memuji yang lain. tak ada seorang yang mengangkat yang hebat ialah diri sendiri. Tetapi yang hebatnya yang yang lain. Sebenarnya bila membaca catatan itu boleh dikatakan bahawa mereka sebenarnya memiliki qualiti kepimpinan yang sebenar.

Siapa paling suka melawak?
Li Fook Gao

Kolum mingguan baru “MINDA NAIB PRESIDEN PAS” akan memaparkan

komen-komen esklusif daripada tiga Naib Presiden PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar

Setiap minggu, dua hingga tiga soalan akan ditanya kepada

3 ahli berhormat PAS yang merangkumi semua aspek termasuk isu semasa,

isu politik, isu dalaman PAS, prediksi, isu keluarga, agama dan juga

soalan-soalan terpilih daripada pembaca supaya kita dapat mengenali

ketiga-tiga Naib Presiden PAS secara lebih dekat.

Jika saudara mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya kepada

ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila hantarkan

soalan saudara ke sembangnaibpresidenPAS@gmail.com.

Pemilihan soalan pembaca adalah bergantung keistimewaan

soalan dan juga budi bicara pengelola kolum ini.

Selamat membaca!

MARI KITA SEMBANG BERSAMA…Datuk Tuan Ibrahim (TITM),
Salahuddin Ayub (SA) dan Datuk Mahfuz Omar (MO)


Soalan 1:

Pada pendapat Naib Presiden, siapakah antara 3

Naib Presiden PAS…

a. Yang paling berlawak dalam PAS?

TITM: Yang paling lucu ana rasa Salahuddin terutama apabila dia

bawa cerita Salehuddin al Ayubi, pejuang Islam yang hebat;

macam betul-betul dialah orangnya - macamlah Salehuddin alAyubi tu orang Johor.

Mahfuz pun tak kurang juga apabila pekenakan UMNO.

SA:
Saya rasa yang paling pandai berlawak ialah Datuk Tuan Ibrahim,

yang kedua mungkin YB Mahfuz. Kalau saya tengok di ceramah,

orang suka ketawa pada ucapan mereka.


MO: Ketiga-tiga kami sebenarnya suka melawak dan

berlawak - cuma lebih dan kurang saja. Setiap orang ada kebolehan

berlawak tersendiri,tapi tak lah sampai hebat macam Nabil dan Apek Saiful.

Kalau pandai berlawak macam Nabil dan saiful tak ceramah lah kami.

b. Yang paling pandai memukau hadirin ceramah?

TITM: Yang paling memukau hadirin ialah YB Mahfuz lah,

mana boleh lawan dengan idea yang bernas dan pandangan politik yang tajam,

beliau sangat berjaya mengemukakan idea nak kata muda rambut uban,

nak kata tua gaya muda.

SA: Sudah tentu Yang Berhormat Pokok Sena… sebab dia macam hero filem

Hindustan…dia pandai….

MO: Tak dapat di nafikan Dato' Tuan Ibrahim memang mampu memukau

penonton yg mengikuti ceramah dia. Sifat tawaduk dan kebolehan membawa perumpamaan-perumpamaan dari kisah-kisah dalam al-Quran memang

menarik perhatian pendengar.

c. Yang paling khusyuk dalam mendengar ucapan perbahasan semasa muktamar?

MO:
Yang paling khusyuk mendengar perbahasan ialah YB Salahuddin.

Ini pengalaman saya bersama dia dalam pemuda sekian lama.

Dia bukan saja tekun mendengar tapi mencatit setiap penghujahan

yg diucap oleh pembahas.

TITM:
Yang paling khusyuk memang tak lawan YB Salahuddin,

dia memang teliti setiap perbahasan, siap buat catatan; dan menjawab

dengan penuh confident. Bahkan dalam perbahasan sejak dari Ketua Pemuda lagi,

beliau mempunyai bakat yang besar - bakal MB Johor.

SA:
Saya rasa ini biasanya ulamak sebab ulamak mesti khusyuk.

Jadi Tuan Ibrahim ini ulamak, jadi saya rasa dialah yang paling fokus (masa perbahasan).

(Saya perhatikan) Tuan Ibrahim selalu senyum dan selalu pejam mata

ketika mendengar perbahasan…


d. Yang nampak paling muda?


TITM: Yang nampak paling muda… kalau YB Mahfuz boleh tukar warna rambut,

memang dialah orangnya. Tapi buat masa ni YB Salahuddin memang

nampak lebih muda, sebab mak dia lahir lewat sikit berbanding yang lain.

Kebetulan Mak Ana dan YB Mahfuz beranak kami awal sikit..

SA: Sudah tentu saya-lah yang paling muda. Saya orang kata macam Jacky Chan…

hero filem Hong Kong…

MO: Bukan setakat nampak muda tapi Salahuddin dilihat ada baby face.

Saya pula, orang nampak mungkin lebih tua dari Presiden PAS.

Rambut saya dah putih kan!

e. Yang paling cerewet dalam memilih makanan?


TITM: Bab makanan ini ana rasa sama saja. Saya jarang jumpa pimpinan

PAS yang cerewet bab makanan; jumpa sapu. YB Mahfuz lebih hebat…

apabila dia jumpa durian; durian Belanda pun habis…

SA: Sudah pasti YB Pokok Sena, Mahfuz… memang betul dia semua sapu,

tapi dia mesti yang paling sedap. Macam contoh makan nasi beriyani,

dia kena cari yang paling sedap sekali… termasuklah nasi lemak,

nasi goreng masak chempedak , dia mesti cari yang special.

Dialah paling cerewet dengan makan…

MO: Pasal makan ini… ketiga-tiga kami ni pantang jumpa saja,

tolak batu semua sapu.

f. Yang paling digeruni BN?

TITM:
YB yang paling digeruni… ana rasa ialah YB Mahfuz dan Salehuddin

(kerana mereka) memang hebat (ber)hujah dalam parlimen dan

cadangan yang dibuat (serta) idea yang dikemukakan memang

sangat mengerunkan BN. Musuh takut kalau kita mempunyai

kesatuan dalam tindakan dan fikrah ( Wehdatul fiar dan wehdatul amal) -

kita punya kekuatan untuk menumbangkan UMNO/BN.

SA: Pokok Sena juga sebab dia terkenal dengan nyanyian UMNO-APCO,

APCO-UMNO, UMNO-APCO, APCO-UMNO... Dia telah mencipta satu

irama yang cukup mengerunkan UMNO dan BN di Parlimen.

MO: Kedua dua rakan saya memang digeruni BN. Salahuddin dilihat oleh BN

(sebagai seorang yang) sanggup (bertanggungjawab) apa saja untuk perjuangan.

Terbukti apabila beliau memilih penjara daripada membayar denda.

Datuk Tuan Ibrahim pula umpama kecil kecil cili api. Dia dilihat sebagai

penggerak gelombang baru di Pahang yang menggugat Najib dan Umno.Soalan 2:

Jika pilihanraya umum diadakan dalam bulan ini, apa pendapat

Naib Presiden sekalian, siapa yang akan menang, Pakatan Rakyat

atau Barisan Nasional? Mengapa?

TITM: Kalau pilihanraya diadakan bulan ini, ana rasa PR boleh buat kejutan.

Kita mampu mengekalkan kemenangan di negeri yang telah kita berjaya,

dan membuat kejutan di beberapa buah negeri lain.

Sokongan kaum Tionghua memang membanggakan, (tapi) kita perlu

tumpu kepada kawasan pengundi Melayu dan India. Dengan pencapaian baik

yang ditunjukkan oleh kerajaan kita di negeri yang kita menangi; serta pengiktirafan

oleh Ketua Audit negara dan ketelusan yang ditunjukkan; saya yakin PR mampu

membuat lonjakan besar.

PAS khususnya seluruh pimpinan mesti menjaga hubungan dengan Allah, tingkatkan keikhlasan dalam perjuangan; dan lakukan yang berbeza dari kebiasaan; kerana kalau kita buat kerja yang sama; kita akan dapat hasil yang sama. Jangan lupa munajat dengan Allah berterusan.

SA: Mesti Pakatan. Saya yakin ialah Pakatan kerana kita mendapati

BN sudah menjadi parti yang serba tak kena. Dan BN banyak membuat

program-program yang rakyat begitu marah sekarang.

Saya rasa kita akan bekerja lebih kuat dan kita akan menggunakan

muktamar yang akan datang ini sebagai pentas melonjakkan sokongan

kita untuk kita terus bergerak maju dan mengambil inisiatif

“to win the heart and the mind of the people” untuk membawa sokongan

kepada Pakatan Rakyat.

Untuk Sarawak, kita akan bekerja kuat dan menubuhkan pasukan kita

secepat mungkin kerana kita yakin pilihanraya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi.

Begitu juga dengan Sabah, kita akan fokus beberapa tempat untuk kita bertanding.

MO: Tahap kemarahan dan kebencian rakyat pada Umno/BN begitu tinggi

(sekarang) sehinggakan kapal selam tak boleh menyelam pun rakyat kata

Umno/BN punya pasal.

Saya ingat satu hari kalau kata hilang sifat melompat pun orang akan

kata ini umno/bn punya kerja… Begitulah tahap kebencian rakyat pada Umno/BN.

Persoalannya sekarang ialah macam mana PAS dan PR boleh memberikan

keyakinan kepada rakyat untuk memindahkan kemarahan dan kebencian

mereka kedalam peti undi dengan mengundi PAS dan rakan-rakan lain dalam PR.

Dengan isu yang banyak menekan rakyat jadi kita perlu ambil peluang

untuk strategize (mengatur) langkah-langkah dan tindakan yang berkesan

untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS dan PR ada pilihan terbaik untuk

masa depan Malaysia baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan