Nik Aziz Sokong Timbalan Presiden
Posted on Monday, June 14 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: admin_ann
"

Sebelum itu, Nasharudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok telah memberikan cadangan beliau kepada muktamar untuk menjadikan bulan Rejab sebagai bulan untuk Palestin dan Masjid al-Aqsa. Cadangan yang sama juga telah beliau kemukakan di Parlimen dan kepada kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.
Di dalam ucapan penggulungannya juga, Nasharudin memberitahu kepada perwakilan bahawa beliau telah dihubungi oleh wakil Hamas di Palestin yang mengesyorkan supaya PAS dapat menghantar kapalnya sendiri ke Gaza untuk misi bantuan kemanusiaan. “Kapal itu nanti hendaklah diletakkan bendera PAS,” ujar Nasharudin disambut dengan laungan takbir daripada perwakilan.
Nasharudin seterusnya menyahut seruan yang dibuat oleh seorang perwakilan untuk berdebat dengan pemimpin UMNO mengenai isu judi. Beliau bertindak mencabar secara terbuka Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk berdebat dengannya mengenai isu judi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan