ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 30 Jun 2010

Diiktiraf sebagai Ulama'

Imam Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Al Ghazali merupakan ulama tersohor. Ramai lagi para ulama'. Manakala tokoh seperti contoh Ibnu Khaldum, Abu Ali Al Hussain, Al Razi dan lain lagi lebih dikenali sebagai ilmuan atau intelek. Dalam apa keadaan pun kedua-dua kumpulan di atas keilmuan mereka amat disegani.
Ramai lagi yang kalau dibariskan pastinya berkajang-kajang kertas diperlukan untuk menyenaraikan kedua-dua kumpulan tersebut. Sepatutnya kedua-dua kumpulan tersebut menjadi rujukan sebagai panduan kepada umat islam. Kerana itu tidak semestinya memiliki ijazah dari luar negara sahaja boleh digelar ulama. Sesiapa sahaja yang diberi Allah akan pengetahuan tentang apa yang Allah turunkan dalam al quran dan perkara yang dilakukan dan disebut oleh Nabi serta bersedia mendahwahkan ilmu tersebut maka itulah yang disebut ulama. Walaupun orang itu keluar dari sebuah pondok yang tidak tersohor.
Kalau yang dikatakan ulama muda yang terdahulu dikatakan 100 orang kemudiannya menjadi 40 orang yang dalam pada itu mengaku tertipu memasuki umno bagi mengembalikan kekuatan umno supaya diterima rakyat itu ulama' maka yang dah lama duduk dalam umno ada ilmu agama pasti jadi ulama tua. Contoh yang tua seperti Abdullah Mat Zain diani MP Hulu besut tapi tak dipercayai untuk dijadikan menteri. YB yang ini pun ada PhD. Apakah YB yang ni bukan ulama' . Jamil Khir Guru Kagat saja dinaik pangkat ikut tentera dibagi dato apakah diani layak di sebut ulama? . Kalau guru agama yang berada di sekolah yang keluar universiti samada dalam dan luar negeri tentu berada dalam gred profesional dengan tangga gaji lebih dari 44 atau boleh mencapai kepada 52. contoh untuk yang bertugas dikemterian Pelajaran. Apakah layak mereka ini digelar sebagai ulama? Barangkali gementar guru lepasan universiti semada dalam dan luanr negeri jika dipanggil ulama? sedangkan ada setengahnya memiliki ke ilmuan yang tinggi. Kita boleh tanya mereka pelbagai soalan dan mereka boleh memberi jawapan yang tepat.
Masalahnya mereka tak mampu untuk memberi hukum. Tetapi mereka tahu akan hukum. Bagi ulama pula ialah mereka berani menyatakan hukum bagi sesuatu permasalahan dan mereka akan beramal dengan hukum yang mereka ketahui. Hukum berjudi ulama tahu ianya haram. Dan ulama akan mengatakan ianya haram. Ulama yang ikhlas tidak akan menanti orang lain desak untuk mengatakan judi itu haram. Ulama yang ikhlas akan tahu kedudukan dan kekuatan masing dalam mencegah kemungkaran dan mengajak kepada yang maarof.
Kita boleh baca ketabahan ulama terdahulu dalam menghadapi kezaliman dari pemerintah yang zalim. Sebenarnya yang ada ilmu agama, yang ada menggelar atau digelar sebagai ulama, tetapi tak mahu memparkatakan yang hak atas keilmuan agama merupakan orang-orang yang berkepentingan.
40 orang yang baru mendaftar menjadi ahli umno yang dikatakan ulama muda itu memasukkan diri dalam politik yang tak ketahuan hala arah tuju agama. seolah-olah tiada orang agama dalam umno sebelum ini sehingga angka 40 orang disohorkan. Dikhabarkan ahli umno ada berjuta orang adakah mampu 40 orang ini memberi pendidikan kepada berjuta ahli umno seluruh negara. Hishamudin kata tiada tempat istimewa kepada yang 40 orang tu. Habis itu mereka akan disumbat ke biro agama barangkali.
Kalau Tok guru kata mereka ini cetek politik mereka marah. Shahidan kasim juga marah. Tetapi kenapalah anak bekas mufti perlis tu baru sekarang nak masuk umno. Setelah shahidan tiada taring baru masuk umno bertujuan barangkali untuk mengembalikan shahidan ke arena politik negara.
Ramai orang memiliki persepsi yang berlainan. Raihan kata dalam nasyid iman tidak boleh diwarisi. Sepatutnya Anak bekas mufti dilantik jadi mufti tetapi kenapa dilantik Dr Asri menjadi mufti perlis. Adakah bekas mufti perlis juga ahli umno? Kalau dak anak masuk umno barangkali pasal shahidan. Senang bacaan orang sekarang.
Mufti Perak dikatakan ulama. Tetapi dia tak masuk apa-apa pun. Bila umno dan bn tak boleh tubuh kerajaan di perak dia yang berkecah kaih kononnya berjumpa Tok Guru Nik Aziz dan telefon Ust Hadi dan ustaz Ahmad Awang. Dia kata dia bukan ahli umno tapi dia buat kerja umno. Dia tak minta adun umno masuk PAS. Lepas tu dia kata maccam-macam kepada Ust Ahmad Awang. Dia menghina Sultan Perak. Dia kata dia baca ayat qur an kepada ust Ahmad tapi ustaz Ahmad Awang kata dia tak kata pun yang Sultan Perak setuju. Ust Ahmad Awang kata dia hanya menalifon sahaja. Tapi tak ada pula Harussani baca ayat. Malah macam-macam lagi.
Itu satu contoh yang digelar ulama yang menyokong umno tapi tak menjadi ahli umno. yang 40 orang + yang sedia ada dalam umno yang tak tahu berapa pecahannya akan jadi macammana sedangkan flatform tidak disediakan. Barangkali selepas ini akan ada rancangan dalam tv mencari ulama muda selepas rancangan imam muda, dulu mencari jodoh dan mencari qari. Semua rancangan tersebut copy paste dari akademi fantasia atau mentor dan lain-lain lagi. Program bercorak diciplak ddari program yang mungkar. Ulama dalam program itu diam dan seronok sungguh mereka itu. ulama seperti bangga mereka menghina institusi ulama sendiri. dan 40 orang akanterus menyokong program seperti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan