Bersumpah pun pun dia dah lakukan. Semasa PRK Permatang Pauh. Dia kata dia tak kenal wanita monggolia itu. jadi pasal lain lagi dia tak heran. Kalau boleh ambil yahudi sebagai penasihat inikan pula berbohong. Dalam parlimen atau diluar parlimen sama saja. Selain sumpah fitnah juga dia buat. ke atas tok guru Nik aziz masa PRK Hulu Selangor dulu.
Biarlah dia mengumpulkan pembohongan dan fitnah serta sumpahnya.
Najib berbohong pasal hutang negara? http://www.malaysiawaves.com |
Najib Tun Razak telah dilaporkan oleh Utusan Melayu sebagai berkata:
Dalam pada itu, Najib berkata, jumlah hutang negara pada 2009 telah berkurangan kepada RM233.92 bilion daripada RM236.18 bilion pada 2008. Bagaimanapun, katanya, peratus hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sedikit kepada 34.3 peratus pada 2009, berbanding 31.9 peratus pada 2008.
"Pengurangan ini adalah disebabkan bayaran balik bersih hutang jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan," katanya.
Namun, saya telah memeriksa Laman Web Bank Negara dan angka yang diberi oleh Najib Tun Razak itu tidak serupa dengan apa yang dilaporkan Bank Negara.
Mengikut angka Bank Negara Malaysia, jumlah hutang negara adalah RM 378,302 juta . Manakala, Najib cuma mengatakan RM233.92 bilion sahaja.
Soalan saya kepada Najib Tun Razak, di mana beliau mendapat maklumat beliau? Hakikatnya, hutang Malaysia pada waktu ini berada di tahap 53% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
Ertinya, setiap ringgit yang dikumpul kerajaan, 52 sen harus dibelanjakan untuk membayar hutang. Hanya 48 sen sahaja yang boleh digunakan untuk membantu rakyat. Itu kalau kerajaan BN nak bayar hutang. Kalau duit tu diguna untuk mengkayakan kroni, bertambah lagi lah hutang kita tahun depan.
Kita semua tahu, maklumat Perbendaharaan Malaysia yang sedang digunakan oleh Najib telah disanggah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (KPI), Tan Sri Koh Tsu Koon. Di dalam kenyataan beliau yang terbaru, Koh berkata:
However, Koh said the discrepancy in the subsidy figures given by the Treasury and Pemandu is due to the differences in the definition and classification of expenditure and their sources. "The Treasury's figures refer only to direct subsidies, involving only the Treasury, while those of Pemandu's include all indirect subsidies and from public sources," he explained.
(Tan Sri Koh adalah Pengerusi PEMANDU manakala Idris Jala adalah CEO PEMANDU, yakni sebuah badan yang memantau prestasi ekonomi negara dan kerajaan)
Jelas, Koh menafikan data-data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia yang jelas tidak lengkap, tidak seperti yang dikeluarkan oleh PEMANDU.
Kita lihat Najib kerap menipu untuk menutup kelemahan pentadbiran ekonomi Barisan Nasional.
Najib telah menipu dalam isu peratus GDP negara pada Suku Pertama 2010, pemberian lesen judi pada Vinsetan dan sekarang nak menipu berkenaan kadar hutang negara pula.
Lepas ni kita tak tau apa lagi bohong yang akan dinyatakan oleh Najib Tun Razak? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan