Posted on Thursday, June 10 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: pemudagombak
"Kronologi Peristiwa Penahanan 4 Pimpinan Pemuda
[links] Berita ini teleh mendapat liputan di dalam Malaysiakini dengan tajuk 4 ditahan sebelum ceramah ‘Yahudi & Judi’ dan di Harakahdaily dengan tajuk Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang.
Inilah lokasi dan ceramah yang ditakuti itu…
Kebetulan, petugas-petugas Pemuda Gombak bertugas di ceramah berkenaan malam semalam dan bergegas bertolak ke Kelantan untuk menghadiri Muktamar PAS Pusat di Kelantan, menyebabkan berita tersebut tidak sempat untuk dilaporkan di laman web rasmi kami www.PemudaGombak.com.
Namun, ia sempat dilaporkan secara lansung di Facebook rasmi kami dihttp://www.facebook.com/pages/PemudaGombakcom/265133725593.
Berikut kronologi dan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika detik-detik cemas kejadian tersebut…
06:15 petang
- Beberapa buah kereta polis mula kelihatan di sekitar Dewan Muhibbah Taman Bolton, tempat ceramah 3 Pimpinan PR bakal berlansung.
- Gerai-gerai jualan sudah mula berjalan seawal jam 3 petang lagi.
6:30 petang
- Beberapa pegawai polis mula memasuki pintu pagar dewan dan bertindak untuk mengepung dewan.
- Ketua Pemuda Gombak, Ustza Syarhan Humaizi Abdul Halim mula mengerahkan para pemuda Gombak untuk turun awal bertugas bagi menghadapi sebarang kemungkinan tidak diingini.
7:00 petang
- Polis mula membuat sekatan jalan raya di jalan masuk utama ke Taman Bolton.
- Beberapa pegawai polis mula masuk untuk mengawal beberapa pintu masuk ke dalam kawasan premis tertutup.
- Para peniaga mula bersungut kerana tindakan tersebut akan menjejaskan periuk nasi mereka.
7:15 petang
- Polis mula mengarahkan program dihentikan.
- Orang ramai di dalam dewan menunaikan solat fardhu Maghrib, diimamkan oleh Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan.
- Pegawai polsi yang hadir hanya memerhatikan orang ramai menunaikan solat tanpa menunaikan solat.
- Selepas solat maghrib, imam berwirid zikir ma’thurat dan kemudian menunaikan solat hajat agar Allah memudahkan urusan program hari itu.
7:50 malam
- Jemaah selesai menunaikan solat.
- Anjing-anjing mula menyalak tidak tentu pasal
- Polis mula mendekati para jemaah dan mengarahkan untuk bersurai.
- Timbalan OCPD mengarahkan Ust Hasbullah bersurai atau mendapatkan lokasi ceramah yang tertutup.
- Ustaz Hasbullah bersetuju dan cuba mendapatkan Stadium Selayang.
Pihak polis mengarahkan Ustaz Hasbullah untuk bersurai biarpun ceramah masih belum bermula.
8:00 malam
- Suasana agak kecoh ketika para hadirin mula bersurai apabila polis cuba menangkap Ustaz Hasbullah sekalipun beliau cuba untuk bersurai dan memindahkan lokasi ceramah.
- Anjing-anjing mula menyalak tidak tentu pasal
- Beberapa pimpinan pemuda Gombak ditangkap tanpa sebarang makluman penangkapan termasuk Ustaz Hasbullah sendiri, Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Gombak dan dua lagi pimpinan Pemuda PAS Gombak; Setiausaha dan Ketua Penerangan.
- Mereka dibawa menggunakan van polis untuk ke IPD Gombak.
(Gambar agak kabur kerana diambil daripada video amatur. Nantikan video tersebut)
8:30 malam
- Keempat-empat pimpinan Pemuda Gombak tadi dibawa ke ibu pajabat polis (IPD) Gombak untuk diambil keterangan.
- Sementara itu, ceramah di Dewan Muhibbah Taman Bolton dipindahkan ke Stadium Selayang.
- Orang ramai mula bergerak selepas dimaklumkan tentang perpindahan lokasi.
- Begitu juga para peniaga yang sudah membuka gerai jualan mereka semenjak petang tadi terpaksa mengangkut barang jualan mereka ke sana.
- Pihak polis masih berkawal untuk memastikan ceramah di dewan itu gagal.
- Petugas Unit Amal mula bertugas di sepanjangjalan masuk ke dewan untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan lokasi.
9:00 malam
- Peralatan-peralatan ceramah mula dipindahkan ke lokasi baru; Stadium Selayang.
- Orang ramai mula berpusu-pusu ke Stadium Selayang.
- Sementara itu, di IPD Gombak, peguam Tuan Khairuddin Othman yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Selanor hadir untuk memberi nasihat guaman kepada keempat-empat tahanan.
- Keempat-empat pimpinan Pemuda Gombak yang ditahan mula diambil keterangan.
10:00 malam
- Ceramah dimulakan dan berjalan lancar tanpa gangguan.
- Ketiga-tiga pimpinan PR hadir kecuali YB Lim Kit Siang yang diwakili oleh YB Tan Seng Giaw.
- Tuan Guru Dato’ Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan dan mengutuk sikap polis yang tidak profesional pada malam itu.
11.00 malam
- Keempat-empat tahan dibebaskan dengan jaminan polis.
- Mereka bergerak ke Stadium Selayang dan disambut meriah di luar stadium.
- Ceramah tamat kira-kira jam 11.30 malam.
- Keesokan harinya peristiwa tersebut telah mendapat liputan di Harakahdaily dan Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan