Dan juga boleh meruntuhkan. Kerana itu PAS komited dengan dasar berbaik dengan media yang bersikap jujur dan ikhlas. PAS dan PR bersikap amat berhati-hati terhadap media yang berserampang yang bermata. Anggota media berserampang perlu berlapang dada kerana PAS dan PR tidak memiliki senjata untuk menghukum kelian yang berniat jahat lagi busuk. Rakyat amat bijak dalam penelitian mereka. Media yang berniat jahat pasti akan terhukum.
Kekal dengan dasar dan berbaik dengan media - Presiden PAS Mohd Nor Yahya dan Sazali M Noor |
KOTA BHARU, 11 Jun: Di samping akan terus dengan dasar Islamnya, PAS juga akan terus berbaik-baik dengan media, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika meraikan petugas media dan tetamu luar yang menyertai muktamar PAS malam tadi.
Antara yang diraikan adalah rakan-rakan PAS dari luar negara iaitu dari Hizbollah Lubnan, Menteri Maldiev, Penasihat Bangsa Moro Filipina dan Hamas. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut sama makan bersama petugas media.
Presiden Abdul Hadi Awang berkata PAS sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada seluruh media cetak dan elektronik walaupun ada sesetengah media sering melaporkan perkara yang negatif maupun berunsur fitnah terhadap PAS.
"Kita amat berpengalaman dalam hal berkaitan dengan media, PAS sudah masak dengan keadaan susah senang semasa menghadapi pilihanraya, ketika itu ada media yang menyerang PAS, namun itu semua dapat ditangani dengan baik dan adil,"ujar beliau lagi.
Abdul Hadi juga berharap hubungan antara media dengan PAS akan sentiasa berada dalam keadaan mesra dan petugas media boleh mendampingi pemimpin PAS tanpa protokol dan ini bagi memberi keselesaan kepada semua.
Lebih 50 wakil media cetak dan elektronik serta laman web menyertai majlis ini. “PAS setia dengan perjuangan dan terus berada diatas landasan menyertai pilihanraya, sejak tahun 1955, sebelum merdeka sehingga hari ini.
“Kita (PAS) mengalami pasang surut, pernah dikalahkan pernah ditumbangkan pernah menyertai kerajaan pusat, ditendang keluar, terus berpilihanraya tanpa mengira penat dan lelah,”ujarnya.
Tegasnya, walaupun tidak berpuas hati dalam banyak perkara, PAS terus bersabar dalam sistem demokrasi kerana yakin, perubahan akan berlaku bila tiba masanya.
Katanya, apa yang penting adalah, PAS memilih saluran pilihanraya untuk berdepan dengan rakyat.
“Tetapi pilihanraya adalah saluran yang kita pilih untuk berdepan dengan rakyat, itu yang penting, kita yakin dan percaya prubahan akan berlaku bila tiba masnya.
“Kerana Allah ta’ala mengajar kita tidak ada kuasa yang kekal melainkan kuasa Allah sahaja,”tambahnya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan