ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 29 Jun 2010

Siapa yang dikatakan ULAMA.

Bila tersiar 100 ulama muda nak sertai umno yang kemudiannya menjadi 40 yang kemudiannya ada yang kata mereka tertipu yang kemudiannya ada yang kata dia tu tak dijemput pun yang kemudiannya kata kalau dah tertipu kenapa tak pergi saja yang kemudiannya kata sebaliknya depa tu pi makan juga. yang kemudiannya ada banyak perkara yang boleh ditengok dan yang kemudiannya boleh ditafsir sendiri.
Yang kata depa tu tak dijemput tu kenal akan yang kata tertipu atau ditipu. Sepatutnya yang kata depa tak dijemput pi lah tanya awatnya hang pa mai sini ni . awat hangpa tak pergi ke sinun?. Bila depa kata depa ditipu dan tertipu awat pulak hang pa kata depa tak dijemput? dah tu pulak hangpa perhena pi kat depa pulak tu pasal makan bedal. Ni ka yang dikatakan ulama muda? tak dak horma. dahla hangpa bagi depa tu penat pusing-pusing depa makan pun hang pa dok kata?
Kalau begitu hang pa senarai yang 40 orang tu dan tunjukkan gambak depa tu.
Balik ke soal asal siapa yang dikatakan ulama' kita tengok yang dalam umno yang mana umno sendiri yang kata ulama.
1. Dato Dasuki
2.D Wan Mukhtar
3. Hamid Osman
4. Yusof Noor
5. Abdullah m Zain
6. Hamid Zainal Abidin
7. Zainal kadir
8. Jamil khair- pasal dilantik jadi menteri di jpm.

tapi umno tak kata abdullah badawi sebagai ulama walau datoknya ulama
jadi kalau ada orang tu lulusan agama dari dalam negeri barangkali bukan ulama agaknya.
begitulah kecetekan dalam fahaman ulama kapada umno.

Sebanarnya ulama ialah orang yang diberi Allah ilmu tentang agama yang mana orang itu merasai bertanggung jawab baginya mempertahankan ilmu itu dengan cara mengembangkan untuk dimakmur suburkan kepada manusia lain.
Biarpun seorang itu sekadar belajar di pondok Tok Kenali atau mana-mana pondok mereka tetap ulama selagi mana mereka menyampaikan ilmu Allah itu secara hak kepada orang lain.
Kalau orang itu ada ilmu agama dan duduk di jawatan mufti tetapi membiarkan orang yang hampir dengan minum arak macam mana? dengan keulamakannnya? Pasti orang akan pertikai.
Kalau orang yang dikatakan ulama bertaraf mufti berbohong dan memfitnah akan saudaranya yang juga kulaannya bagaimanakah nak dikatakan keulamakannya itu?

Banyak salah tafsir terhadap ulama. sebenarnya salah tafsir itu sebenarnya menghina institusi ulama itu sendiri. Yang dikatakan ulama muda ini sebenarnya membiarkan ulama dihina. sesungguhnya mereka lebih hina dari ulama su'

Golongan ini membenarkan diri mereka diperbodohkan.
tengok saja program imam muda begitukah caranya mengambil kaedah dari yang jahil dalam AF serta mentor dibawa dalam mencari imam muda. yang mengerti bahasa ugama diam bisu dan kelu. mufti dengan cara mufti senyap sepi.
Benarlah apa yang dikata oleh Tok Guru Nik Aziz yang ulama tidak akan tertipu. Yang tertipu ialah ulama jahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan