ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 9 Jun 2010

Yahudi + Judi = Ngap 4 orang

Demonstrasi anti yahudi jumaat lalu dikatakan lebih 20,000 kerperkarangan kedutaan Amerika. Polis pada awalnya nak halang tak berbuat demikian. Kenapa dan mengapa setiap orang boleh membuat andaian sendiri.
Bila ceramah Yahudi + Judi berita dibawah menjadi kenyataan. Mengapa demikian jadinya? sedangkan tiada kaitan antara Yahud, Judi, Polis secara zahirnya. Mungkin ada yang tersirat. Tapi yang telah lama diketahui iaitu Tun Hanif Omar bekas KPN kata dia tak jumpa ayat judi dalam Qur an. dan beliau juga ada saham dalam genting. Jika begitu mungkin secara indirect ada kaitan antara Polis dan Judi. baca seterusnya.


4 ditahan sebelum ceramah 'Yahudi & Judi'

Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Hasbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.

"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.

"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.

"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.

Di stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.

Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.

Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Kronologi Peristiwa Penahanan 4 Pimpinan Pemuda Gombak
Posted on Thursday, June 10 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Oleh: pemudagombak

"Kronologi Peristiwa Penahanan 4 Pimpinan Pemuda

[links] Berita ini teleh mendapat liputan di dalam Malaysiakini dengan tajuk 4 ditahan sebelum ceramah ‘Yahudi & Judi’ dan di Harakahdaily dengan tajuk Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang.

Inilah lokasi dan ceramah yang ditakuti itu…

Kebetulan, petugas-petugas Pemuda Gombak bertugas di ceramah berkenaan malam semalam dan bergegas bertolak ke Kelantan untuk menghadiri Muktamar PAS Pusat di Kelantan, menyebabkan berita tersebut tidak sempat untuk dilaporkan di laman web rasmi kami www.PemudaGombak.com.

Namun, ia sempat dilaporkan secara lansung di Facebook rasmi kami dihttp://www.facebook.com/pages/PemudaGombakcom/265133725593.

Berikut kronologi dan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika detik-detik cemas kejadian tersebut…

06:15 petang

  • Beberapa buah kereta polis mula kelihatan di sekitar Dewan Muhibbah Taman Bolton, tempat ceramah 3 Pimpinan PR bakal berlansung.
  • Gerai-gerai jualan sudah mula berjalan seawal jam 3 petang lagi.

6:30 petang

  • Beberapa pegawai polis mula memasuki pintu pagar dewan dan bertindak untuk mengepung dewan.
  • Ketua Pemuda Gombak, Ustza Syarhan Humaizi Abdul Halim mula mengerahkan para pemuda Gombak untuk turun awal bertugas bagi menghadapi sebarang kemungkinan tidak diingini.

7:00 petang

  • Polis mula membuat sekatan jalan raya di jalan masuk utama ke Taman Bolton.
  • Beberapa pegawai polis mula masuk untuk mengawal beberapa pintu masuk ke dalam kawasan premis tertutup.
  • Para peniaga mula bersungut kerana tindakan tersebut akan menjejaskan periuk nasi mereka.

7:15 petang

  • Polis mula mengarahkan program dihentikan.
  • Orang ramai di dalam dewan menunaikan solat fardhu Maghrib, diimamkan oleh Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan.
  • Pegawai polsi yang hadir hanya memerhatikan orang ramai menunaikan solat tanpa menunaikan solat.
  • Selepas solat maghrib, imam berwirid zikir ma’thurat dan kemudian menunaikan solat hajat agar Allah memudahkan urusan program hari itu.

7:50 malam

  • Jemaah selesai menunaikan solat.
  • Anjing-anjing mula menyalak tidak tentu pasal
  • Polis mula mendekati para jemaah dan mengarahkan untuk bersurai.
  • Timbalan OCPD mengarahkan Ust Hasbullah bersurai atau mendapatkan lokasi ceramah yang tertutup.
  • Ustaz Hasbullah bersetuju dan cuba mendapatkan Stadium Selayang.

Pihak polis mengarahkan Ustaz Hasbullah untuk bersurai biarpun ceramah masih belum bermula.

8:00 malam

  • Suasana agak kecoh ketika para hadirin mula bersurai apabila polis cuba menangkap Ustaz Hasbullah sekalipun beliau cuba untuk bersurai dan memindahkan lokasi ceramah.
  • Anjing-anjing mula menyalak tidak tentu pasal
  • Beberapa pimpinan pemuda Gombak ditangkap tanpa sebarang makluman penangkapan termasuk Ustaz Hasbullah sendiri, Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Gombak dan dua lagi pimpinan Pemuda PAS Gombak; Setiausaha dan Ketua Penerangan.
  • Mereka dibawa menggunakan van polis untuk ke IPD Gombak.

Detik-detik penangkapan!

(Gambar agak kabur kerana diambil daripada video amatur. Nantikan video tersebut)

8:30 malam

  • Keempat-empat pimpinan Pemuda Gombak tadi dibawa ke ibu pajabat polis (IPD) Gombak untuk diambil keterangan.
  • Sementara itu, ceramah di Dewan Muhibbah Taman Bolton dipindahkan ke Stadium Selayang.
  • Orang ramai mula bergerak selepas dimaklumkan tentang perpindahan lokasi.
  • Begitu juga para peniaga yang sudah membuka gerai jualan mereka semenjak petang tadi terpaksa mengangkut barang jualan mereka ke sana.
  • Pihak polis masih berkawal untuk memastikan ceramah di dewan itu gagal.
  • Petugas Unit Amal mula bertugas di sepanjangjalan masuk ke dewan untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan lokasi.

9:00 malam

  • Peralatan-peralatan ceramah mula dipindahkan ke lokasi baru; Stadium Selayang.
  • Orang ramai mula berpusu-pusu ke Stadium Selayang.
  • Sementara itu, di IPD Gombak, peguam Tuan Khairuddin Othman yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Selanor hadir untuk memberi nasihat guaman kepada keempat-empat tahanan.
  • Keempat-empat pimpinan Pemuda Gombak yang ditahan mula diambil keterangan.


10:00 malam

  • Ceramah dimulakan dan berjalan lancar tanpa gangguan.
  • Ketiga-tiga pimpinan PR hadir kecuali YB Lim Kit Siang yang diwakili oleh YB Tan Seng Giaw.
  • Tuan Guru Dato’ Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan dan mengutuk sikap polis yang tidak profesional pada malam itu.

11.00 malam

  • Keempat-empat tahan dibebaskan dengan jaminan polis.
  • Mereka bergerak ke Stadium Selayang dan disambut meriah di luar stadium.
  • Ceramah tamat kira-kira jam 11.30 malam.
  • Keesokan harinya peristiwa tersebut telah mendapat liputan di Harakahdaily dan Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan