ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Sabtu, 31 Julai 2010

DSAI Di Kuala Kangsar Semalam

Semalam DSAI berceramah di Markas PAS Bukit Candan Kuala Kangsar. Ceramah yang diadakan berhampiran Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Banyak pengertian dalam ceramah itu. Sekurang-kurangnya ceramah itu sebagai titik mula secara resmi gerakan ke Putrajaya dengan restu Istana.
Walau dalam hujan yang berpanjangan sejak petang, Kehadiran ahli dan penyokong menyebabkan penceramah menjadi terkedu.
Turut berceramah pada malam semalam ialah YB Nya Kor Meng, Dr Khairudin, Mustafa Kamil Ayob.
Antara yang menarik ialah ceramah Dr Khairudin. Beliau menyebut pembatalan permit judi suatu pembohongan kerana pengumuman itu dibuat dalam majlis umno. Kecualilah perlembagaan telah menetapkan dimana saja cakap PM maka ianya akan jadi undang-undang.
Jadi adakah sebarang warta peristiharan resmi pembatalan judi itu?
Pendedahan itu sama seperti cerita felda bayar cukai. Felda bayar cukai pasal apa. Yang kena bayar cukai ialah syarikat. jadi bila felda bayar cukai maknanya ianya syarikat. kok dah jadi begitu weh.
Agak teman Dr Khairudin nanti nak kena saman dari syarikat judi pulak. Atau umno akan saman Dr Khairudin kerana mendakwa pengumuman di majlis umno tiada locus standy.
Balik cerita felda bayar cukai kenapa agaknya tabung haji tak bayar cukai? Sedangkan kerajaan mengatakan memberi kepada jemaah haji subsidi macam tahun lalu RM2000.00.
Barangkali penyimpan tabung yang nak pergi menunaikan haji juga kena temberang oleh pemimpin umno.
RM2000.00 subsidi yang dikatakan itu barangkali bukan dari kerajaan tetapi duit tabung sendiri. Nanti PAS Lenggong pulak TH saman nanti.Kita ada mata dan telinga. Kita jangan biarkan kita ditipu .


Rakyat Perak Diseru Buka Mata, Minda Terhadap Kebobrokon Umno-BN

Posted on Tuesday, August 03 @ 06:41:59 PDT by paktam
Oleh mamak

"KUALA KANGSAR - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh rakyat Perak buka mata dan minda serta menilai kegagalan pentadbiran Umno-Barisan Nasional selepas mereka merampas kerajaan negeri pakatan Rakyat Perak secara kotor dan keji.


Anwar menyeru rakyat Perak supaya menimbang dan melihat sendiri bagaimana setelah rampasan kuasa yang melanggar lunas Perlembagaan Negara, Umno-BN telah merosak ekonomi dan memiskinkan negeri itu.

"Buka mata dan minda serta lihat kegagalan pemerintahan BN di Perak ini, kita tidak boleh membiarkan mereka terus menekan rakyat dengan segala permasalahan. Kita kena tahu rakyat di negeri ini akan lebih selamat berada di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak mahu Perak menjadi negeri yang miskin disebabkan kegagalan Umno-BN memerintah.

"Saya katakan perjuangan Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan Umno amat jauh bezanya, sehinggakan dasar yang kita laksanakan hanya meletak kepentingan rakyat bukannya kepentingan siapa yang memegang tampuk pemerintahan. Kita patut lihat negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, adakah Menteri Besar mahupun Ketua Menteri mempunyai kepentingan individu atau mengambil saham serta tanah rakyat?" tanya Anwar kepada penyokong pada ceramah perdana di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala kangsar Jumaat lalu.

Anwar menegaskan Pakatan Rakyat berkonsepkan kepelbagaian kaum serta menjaga hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau warna kulit.

"Ini sahaja yang boleh membezakan Pakatan Rakyat dengan Umno, kita berjuang untuk semua rakyat tidak kira kaum atau agama. Kita tidak pernah meletakkan kaum itu untuk sesebuah parti, dalam KEADILAN, DAP dan PAS semua kaum boleh menyertainya. PAS dengan kelab bukan Islam, tetapi Umno hanya untuk orang Melayu maka masalah Melayu Umno yang urus manakala MIC dan juga MCA untuk kaum Cina serta India, jadi hanya parti mereka sahaja boleh uruskan masalah mereka.

"Pemerintahan yang dilakukan oleh Umno jelas bersikap kuku besi, mereka akan melakukan apa sahaja jika mendapati tindakan yang kita lakukan mengugat kedudukan mereka. Sekarang lihat kebebasan media serta maklumat, sepatutnya BN tampil untuk beri penjelasan tentang isu Felda bukannya menutup kepincangan dengan membatalkan permit penerbitan Suara Keadilan serta mengambil tindakan saman.

"Umno takut untuk tampil berikan penjelasan kerana kita cukup bukti mengesahkan apa yang disiarkan itu dan kerana terlalu takutlah mereka bertindak sedemikian," jelas beliau lagi.

Menyentuh mengenai kenaikan barangan keperluan dan penarikan subsidi, Ketua Pembangkang berkata langkah menaikkan harga adalah disebabkan kesilapan Umno mengurus tadbir negara ini.

Justeru mereka hanya tahu mengurangkan subsidi rakyat tanpa mengambil langkah pertama meneliti terlebih dahulu subsidi yang telah diberikan kepada syarikat kroni yang kaya raya.

"Umno-BN bila terdesak dengan soal kewangan negara, mereka hanya tahu mengambil duit rakyat dengan alasan mengurangkan subsidi. Rakyat sepatutnya sedar bahawa subsidi itu adalah milik rakyat dan duit rakyat. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan Umno-BN mengambil duit kita.

"Sepatutnya Umno-BN mengambil langkah pertama mengkaji subsidi yang diberikan kepada syarikat besar seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP). Sepatutnya subsidi mereka dikurangkan terlebih dahulu, ini tidak untuk melindungi orang kaya dan kroni maka rakyat menjadi mangsa.

"Negara ini bukannya miskin, kita memiliki telaga minyak yang banyak dan bernilai untuk menampung pembangunan negara tetapi sikap bodoh pemimpin Umno menyebabkan kita kehilangan dua telaga minyak yang bernilai tinggi, apa yang pasti pemberian dua telaga blok L dan M tersebut kepada Brunei tanpa kita mendapat keuntungan mahupun konsep kerjasama.

"Kejadian yang sama berlaku di Singapura apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melawat Singapura hanya satu hari dapat menyerahkan tanah milik kita di Tanjung Pagar kepada Singapura. Ini apa punya Perdana Menteri yang tidak tahu menilai aset negara serta dengan mudah menyerahkan tanah tersebut.

"Saya ingin jelaskan perjanjian yang dibuat dengan Singapura dahulu menjelaskan selagi keretapi hak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjalan di atas landasannya hingga ke Tanjung Pagar maka tanah itu akan menjadi milik Malaysia. Umno tidak tahu berniaga mereka hentikan perkhidmatan atas sebab rugi kerana tiada penumpang tetapi mereka tidak tahu berapakah nilai tanah tersebut pada masa sekarang," kata Anwar lagi.

Mujur ada orang pandai yang ikhlas dan berani

Selepas ni barangkali Pakar ini akan disaman oleh Felda pula. Apapun pendedehan Dr ini mendedahkan penipuan umno-bn kepada rakyat. Betul juga kenapa bayar cukai kenapa tak bayar zakat. Tabung haji bayar zakat kepada negeri-negeri bergantung banyak mana simpanan anak negeri dalam tabung haji. Felda bayar cukai kepada siapa? Semoga ramai lagi akan berani menjelas yang Hak. Rakyat yang perihatin mendoakan kebahagian tuan.


Felda Tidak Perlu Bayar Cukai

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 31 Julai - Pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab menganggap tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar cukai sebanyak RM1.303 bilion sebagai tidak munasabah kerana Felda adalah agensi milik kerajaan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Justeru itu beliau mempersoalkan kesahihan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu yang tidak menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar isu tersebut.

Menurut Ahmad, pembayaran cukai pendapatan oleh Felda adalah untuk tempoh empat tahun iaitu sebanyak RM314.96 juta untuk, RM205.99 juta bagi 2005, RM151.94 juta bagi 2006 dan pada tahun 2007 sebanyak RM186.55 juta.

"Takkanlah sebuah badan yang sudahpun menjadi sebahagian daripada struktur kerajaan membayar cukai kembali kepada kerajaan? Saya rasakan itu tidak munasabah langsung," kata beliau dalam satu temubual dengan Suara Keadilan.

Tambah beliau, Felda merupakan satu badan kerajaan dan bukannya syarikat swasta ataupun syarikat berhad bagi memerlukannya diiktiraf sebagai entiti membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sehubungan itu Dr Samarudin mempertahankan artikel Suara Kesdilan bertjuk 'Felda Bankrap" yang menjadi begitu kontroversi sehingga menggamit tindakan gantirugi sebanyak RM200 juta daripada agensi tersebut.

"Yang menjadi pertikaian dan topik perbahasan ialah Felda itu sendiri, bukan anak syarikat Felda yang telahpun dikorporatkan seperti Felda Global Ventures Holdings dan sebagainya.

"Dalam kes ini syarikat berkait kerajaan seperti anak syarikat Felda yang berjumlah kira-kira 40 buah perlu membayar cukai pendapatan tetapi Felda yang merupakan satu agensi yang berada terus di bawah kerajaan tidak diperlukan untuk membayar cukai.

"Cukai tersebut mungkin daripada anak syarikat yang begitu banyak, maka tidak hairanlah jika dijumlahkan boleh mencapai jumlah mencecah ribuan juta ringgit," tegas beliau lagi.

TV3 Hina Tengku Mahkota Pahang

Iklan Buletin utama tv3 jam 4.05(lebihkurang) memaparkan yang Tengku Abdullah telah kembali sebagai Timbalan Presiden FAM. Selanjutnya suara itu menyebut "apakah perancangan beliau selepas ini" Tengku Abdullah itu Tengku Mahkota Pahang Kata nama pengganti diri yang berhaknya ialah Baginda" Mengapakah TV3 biadap menggunakan kalimat beliau kepada Baginda.
Kalau orang lain pastinya telah gempita negaranya.

Pelancaran kemerdekaan selalunya 16hb.ogos

Kenapa tahunni dimualai 1.8.10
Nak buat juga kalau buat 16hb 8 dalam bulan puasa. Itulah pasalnya

Khamis, 29 Julai 2010

Harussani yang memberokkan diri untuk umno

Kalau bukan Hassan Ali, siapa lagi? mengapa dia nak berahsia sangatkah? Dia rasa dia besar sangatkah? Mengapa dia terus mengundang kutukan dan penghinaan orang. Kalau dia rasa dia besar dia perlu tegur kerajaan umno yang buat berbagai kemungkaran. Tapi mengapa tak berani menegur najib. Mengapa tak berani menegur zamri. Mengapa tak berani menegur (nasihat) DYMM sultan? Dan sekarang bersungguh-sungguh untuk satukan umno dengan PAS. Dalam ramai mufti di Malaysia Harussani merupakan mufti yang paling kaya. kenapa dia boleh jadi kaya. Dia jadi penasihat Amanah Raya berhad dan amanah raya melabur dalam kilang arak dan dia tak tegur.
Kalau dia betul-betul nak jadi jugak sila buat appointment dengan Ust Ahmad Awang secara terbuka jemput orang perak siar dalam TV terus menerus. Ust Ahmad Awang ada beberapasoalan kepadanya. Persembahkan kepada DYMM Sultan Perak untuk merasmikan majlis itu. Boleh.
Dia marah orang menggelarkan dia macam-macam. tetapi dia tidak marah umno menzalimi rakyat dan orang melayu. Royalty minyak kelantan dinafikan. ISA yang ditahan tanpa bicara menyalahi agama dia diam. Kalau dia kata betul tindakan kerajaan terhadap isa sedangkan PAS kata IAS itu haram disisi agama bagaimana dia nak satukan umno dan PAS.
Orang PAS berdoa untuk menangkan DS Nizar dalam perbicaraan MB Sah Perak. Si sang mufti yang dilabelkan bagai jadi iman kepada solat hajat yang diadakan di rumah mb haram zambry.
lepas sekarang nak suruh umno bersatu dengan PAS. Buruk lagi beruk perangai mufti perak ni.


Satukan Umno-PAS: Mufti Perak Harussani Zakaria tidak layak jadi orang tengah

Posted on Wednesday, July 28 @ 20:47:47 PDT by paktam
Mufti Perak yang kontroversi, Dato' Seri Harussani Zakaria tidak layak untuk menjadi orang tengah dalam isu menyatupadukan dua parti utama negara, PAS dan Umno seperti yang sedang rancak diperkatakan sekarang.

Menurut bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Harussani sejak 8 Mac 2008, tidak pernah berkecuali tetapi terus berada di pihak Umno dan mempertahankan parti itu dengan pelbagai cara bagi mempastikan ia berkuasa semula di Perak sehinggalah sekarang, BN berkuasa semula di negeri itu.



Tegasnya kepada Harakah dalam satu sesi wawancara eksklusif mendedahkan siapakah Mufti Perak itu yang dikenalinya sejak di Kolej Islam Malaya hingga kini, yang sering menimbulkan kontroversi dan mengganggu PAS dengan menggunakan kedudukannya sebagai seorang mufti. Wawancara dilanusngkan oleh Tarmizi Mohd Jam dan Intan Abdullah.

"Beliau (Harussani) tidak layak jadi orang tengah dalam hal ini sebab awal-awal lagi telah menunjukkan sifat berat sebelah dan menyokong Umno," katanya.

Ustaz Ahmad yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia membongkarkan beberapa kes yang melibatkan mufti itu yang sanggup mengeluarkan kenyataan bohong, kecaman terhadap PAS di masjid-masjid secara terbuka, malah sanggup mempertikaikan kesetiaan orang-orang Islam bukan Melayu di negara ini, jika sesuatu terjadi kepada bangsa mereka, mereka akan menyokong bangsa bukanya agama Islam.

Kenyataan itu diucapkan oleh Harussani dalam satu pertemuan tertutup dengan pelajar-pelajar Malaysia di Australia baru-baru sewaktu menggambarkan kepentingan PAS-Umno bersatu, walaupun dalam masa yang sama beliau terus memburuk-buruk dan menyalahkan PAS sehingga wujudnya perpecahan di negara ini.

"Saya lihat sekarang mufti (merujuk kepada kes Harussani) telah diperalatkan oleh Umno untuk kepentingan politik mereka sahaja," ujarnya, berikutan kegagalan Pegawai JASA, Lokman Noor Adam yang mencetuskan idea penyatuan Umno-PAS dalam satu wacana di Lundang, Kelantan baru-baru ini.

Setelah syor Lokman itu tidak mendapat respon meluas, maka Mufti Perak menyambung idea itu hingga tercetusnya kontroversi yang sarat dengan agenda 'nakal' Umno-BN di belakangnya.

Ustaz Ahmad mendakwa Harussani juga bertanggungjawab mengheret institusi kesultanan Perak terlibat dengan kemelut politik yang melanda Perak semasa Umno Perak berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Februari 2009 lalu.

"Tindakan Mufti Perak yang mengheret pihak Istana ke kancah politik ketika Umno hendak merampas kuasa di negeri Perak telah mencemarkan imej sultan dan mufti itu sendiri," katanya lagi.

Beliau juga mendedahkan terdapat banyak kes yang menunjukkan Umno-BN sebenarnya tidak berminat untuk melaksanakan Islam sebenar, tetapi hanya menjadikan Islam sebagai topeng untuk menghadapi PAS dalam kancah politik negara.

Katanya, ketika beliau berada dalam Majlis Keselamatan Negara mewakili Jabatan Perdana Menteri (Pusat Islam) Perdana Menteri waktu ti, Tun Husein Onn pernah mencadangkan agar diharamkan ABIM kerana terlalu lantang menentang kerajaan pada waktu itu.

Malah jelasnya, PAS mula dicurigai dalam BN, apabila terlalu banyak memperkatakan soal Islam termasuk menjayakan Bulan Islam, anjuran Pusat Islam dengan melibatkan semua pimpinan PAS (ketika PAS dalam BN) berceramah, tetapi setelah ulama Umno seperti Dato' Dasuki Ahmad, Dato; Hamid Othman, Yusuf Noor dan lain-lain enggan bersama.

"Perkara ini diketahui oleh Mufti Perak. Dia tahu Umno tak mahu Islam. Malah dia sendiri pernah tunjukkan surat larangan ceramah oleh kerajaan Umno-BN Selangor. Dia sendiri walaupun baik 'abang-adik' dengan Pak Lah (PM) waktu itu, ketika mencetuskan isu murtad, dia pun tak boleh pengaruhi PM untuk berbuat sesuatu," dakwa Ustaz Ahmad.

"Pengalaman panjang saya dengan Umno (sewaktu berada dalam kerajaan) membuktikan parti Melayu itu tidak mahukan Islam. Sekadar untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Dulu semasa saya jadi pengarah (Pusat Islam), mereka beri amaran kalau hendak berpolitik, masuk saja PAS kerana waktu itu banyak program Islam dibuat, hingga mencetuskan anggapan Pusat Islam sudah jadi markas PAS," dakwanya.

Tegas Ustaz Ahmad, beliau tidak percaya sama sekali kehendak penyatuan PAS-Umno itu datangnya dari Mufti Perak, tetapi Harussani telah dipergunakan untuk tujuan itu setelah Umno-BN lemas. Ini kerana apabila mereka kuat, PAS dipandang sebelah mata. Lihat setelah mereka menang besar pada PRU ke-11 pada 2004, ujarnya

Serupa L**** 1

Liwat satu saksi utama si azizan kena tangkap basah dengan ratu yang Dato Ishak Baharum tangkap.
Tapi Liwat 2 lagi hebat. Saksi utama ada hubungan romentis ( orang kampong akan kata beromen) dengan salah seorang pendakwa ( nak tulis pangkat sebenar tak tahu).
Kalau yang pertama Dato Ishak Baharum tak dilanjutkan kontrak.
Yang sekarang bagaimana?
Tapi yang pasti DSAI tetap sukar.
Yang 1 dulu pun hakim tak nampak yang si azizan itu saksi yang fasik.
Yang sekarang bolehkah hakim nampak kefasikan pada si say fool?

Dalam filem hindi hakim digambar sebagai buta
dalam filem melayu hakim digambar sebagai yang arif.

Rakyat memiliki kekuatan iaitu doa.
Doakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada DSAI dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Doakan semoga Allah melaknat jenis-jenis yang haramjadah serta yang bersekongkol dengannya. sesiapa sahaja yang menjauhi dari lunas-lunas keadilan yang hakiki. Keadilan itu hak Allah. Dan Allah amat menyukai orang yang berlaku adil. Dan laknat Allah adalah pasti kepada yang zalim. Tak kira sesiapa. Sama ada dia seorang hakim atau peguam.

Sungguh seperti Liwat 1 tapi kalini lagi hebat.

Azizan Abu Bakar dengan Ratu. Sayfool ni pulak dengan ahli pasukan pendakwa. Letihlah Anwar kali. YB karpal Singh dapat surat cuti pulak tu.
Azizan Abubakar haritu dengan ratu yang miskin tak boleh beli baju sempurna. Yang sayfool ini pulak aduhai bertutup lingkup pun boleh dikepuknya. Tunang dia yang dulu masa bertunang tak pakai tudung pun cun juga. Haruslah sayfool nak pakai 2. bukan tak boleh. Buat fitnah dapat banyak mana duit. Tak basuh anu tentu kena bayar. Tak sembahyang pasal nak jaga barang kes.
Kalau tunang yang dulu simpan seluar dalam yang laaani pulak simpan apa lak dan kita tau tahu.
Kerana fitnah maka terundanglah kehinaan. Sesiapa yang bersimpati dan berkompromi dengan yang zalim (seperti pemfitnah) sebenarnya mengundang penghinaan. Paling hebat penghinaan di akhirat kelak. Ketika itu tak ada siapa yang boleh menolong. Kalau semasa didunia dia seorang hakim yang berkompromi dengan kezaliman pastinya juga kehinaan yang amat keji kerana dia memegang amanah Allah dan dia khianati. Hakim yang mengendali kes DSAI anda tak akan terkecuali. Doa penyokong PR dan DSAI kepada anda jika anda zalim dan menginayai DSAI.
Berlaku adillah terhadap DSAI supaya doa penyokong DSAI laknat keatas anda tidak di angkatkan oleh penyokong DSAI. Begitu juga dengan puak-puak pendakwa jika anda ada keimanan.


Farah Azlina Membatalkan Perkahwinannya?

edyesdotcom.blogspot.com

1. Dua hari lalu, Abdul Gani Patail, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar.

Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin?

2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi di bawa kemudiannya selepas seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan.

Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa Timbalan Pendakwa Raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan?

3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui.

Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ?

4. Difahamkan, sumber daripada Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan?

Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah.

Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain.

Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya.

Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya?

Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan.Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang.

Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma.

Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah laknat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan.

Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya.

Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah.

Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah laknat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu?

Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan.

Di Global

Anwar trial prosecutor dropped amid affair claims

Mohamad Saiful Bukhari Azlan, the man who has accused Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim of sodomising him, is seen in Kuala Lumpur. In a sensational twist in the ongoing sodomy trial of Anwar, a prosecutor has been dropped after being accused of having an affair with Saiful.

KUALA LUMPUR (AFP) - – In a sensational twist in Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim's sodomy trial, a prosecutor has been dropped after being accused of having an affair with the star witness.

Defence lawyers said the surprise move bolstered its claim that Anwar, a former deputy premier who was sacked and jailed on separate sex and corruption counts a decade ago, is the victim of a political conspiracy.

The prosecution said it was dropping Farah Azlina Latif from its team in the ongoing trial, following claims she was romantically involved with Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 25, who has accused Anwar of sodomising him.

"This can be very difficult for us but any personal matter, if it can have any implication in whatever form... will be handled very seriously," attorney-general Abdul Gani Patail told state media late Tuesday.

"This move is also to ensure that the smooth running of the case is not affected," the government's top lawyer said, without specifying whether or not the claims were true.

An official at the attorney-general's office confirmed his comments to AFP, and said that Farah Azlina would also be transferred to another department.

The defence said it had sought an official explanation from the prosecution after a leading Malaysian political blogger said on his website that the lawyer was in a sexual relationship with Saiful, who has a fiancee.

"The implications are serious," Anwar's lawyer Sankara Nair told AFP Wednesday.

"There is a perception that Saiful could have been given access to confidential information of the trial and that would compromise the integrity of the prosecution," he said.

Sankara said the development strengthened claims that there was a conspiracy against Anwar, after Saiful testified that he met with high-profile individuals including Prime Minister Najib Razak before lodging his complaint.

The attorney-general however said that Farah Azlina, one of eight prosecutors in the Anwar case, had no access to confidential information.

The sodomy trial, which began in February and has been punctuated by lengthy delays, is set to resume on August 2 for a one-month session.

Saiful, who was an aide in Anwar's office, has accused the 62-year-old of sodomising him in 2008. If convicted, Anwar could face up to 20 years imprisonment.

Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Muslim-majority Malaysia.

Anwar has said he is the victim of a plot to prevent him from taking power, after the opposition made huge strides in 2008 elections, stunning the ruling Barisan Nasional coalition which has been in power for half a century

Rabu, 28 Julai 2010

Apa makna katani

AG Kata“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan".
apa tafsiran yang boleh dibuat ?
Macam saja-sajakah dia ditempatkan disitu?
Tak buat apa weh
saja nak peramai
macam-macam jadinya.

Ketawalah lagi

Bila agaknya RPK dapat berita tersebut. Kenapa RPK boleg dapat dan AG taktahu?
banyak sangat soalannih
tengok betapa kelam kabut buat keputusan
baca berikut.


DPP Farah Di Dakwa Bercinta Dengan Saiful Bukhari Di Gugurkan
Posted on Tuesday, July 27 @ 17:29:41 PDT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Oleh: addin_77

"Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut. Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa. “Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini. “Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya. Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut. “Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu. Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008. Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini. “Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof. Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu. Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain. “Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi. Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dunia senyum perli kehakiman kita- Tak malukah

Laporan media The Malaysian Insider:

Dakwaan ‘cinta’ Saiful bersama Farah Azlina Latif hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dunia senyum perli kehakiman kita- Tak malukah

Laporan media The Malaysian Insider:

Dakwaan ‘cinta’ Saiful bersama Farah Azlina Latif hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dunia senyum perli kehakiman kita- Tak malukah

Laporan media The Malaysian Insider:

Dakwaan ‘cinta’ Saiful bersama Farah Azlina Latif hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dah terkalih berita

Dua minggu sudah dengan berita Harussani kata ada pemimpin PAS berjumpa dia. Dia tak mahu beritahu namanya. Orang kata dia pembohong. Dia kata " Saya mufti, takkan saya berbohong" dia lupa hanya Nabi dan Rasul yang maksum dari berbohong. Bloggers hentam dia berselerak tabak dia marah sampai baca ayat qur an.
Dia sepatutnya cakap hal hukum-hukum dok sebok pasal politik kenapa.
Orang buat judi dia tegur sekali selepas orang yang tunjukkan perasaan di masjid negeri perak. sekali sahaja lepas tu dia diam. Orang sebok pasal ESQ dia kata muzakarah dah buat keputusan. Dia tak tahu yang mufti wilayah tu juga orang perak. Payah benar orang perak yang jadi mufti nak berjumpa sehingga kedua-duanya berbalah pendapat. Mufti wilayah keluar hujah ilmiah manaklala mufti yang jadi imam solat hajat minta yang merampas negeri perak sekadar pakai hujah yang dimuzakarahkan.
budak-budak termengandung dan buang bayi dia juga diam.
sekarang ketua menteri melaka nak buat sekolah untuk betina yang mengandung dia diam juga. Barangkali itu dimelaka.
Yang besar macam tuduh liwat DSAI langsung sunyi sepi.
tambah yang loyar pendakwa raya kenatonyoh rela nak kata apa setuju sajalah.
jadi macam dah terkalih berita perpaduan PAS-umno kepada
Budak sayfool tonyoh suka dengan anu-anunya.
Yang reti agama dalam kumpulah harus dua akan kata - biarkan.

Tengok kat dahi si sayfool

I ingat anda nampak apa yang i nak tunjukkan. Udah beritam dahi. tahun 2008 dulu tak sembahyang pasal tak mahu basuh j****. Tapi loyar dia di balun juga . yang lame udah bunting harus di tinggalkan.
Carilah lagu P Ramlee dalam filem Sabardin tukang kasut.

Gambar lagi besar

Malang perangai buruk.

Lama dan baru

Yang baru di atas
yang lama dibawah


Patut baca

Bolehkah dipercayai akan si menangkai pengotor tu.


Setelah Janna Syariza Gugur, Farah Azlina Juga Gugur?

edyesdotcom.blogspot.com

Masihkah anda ingat lagi dengan nama Janna Syariza Mohd Zaki? Nama yang sebelum ini meletup kerana menyimpan salah satu bahan bukti terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung di Jalan Duta.

Janna Syariza ialah tunangannya Saiful Bukhari Azlan, dan bahan bukti yang pernah disimpannya ialah seluar dalam tunangnya yang berjenama Levis berwarna biru tua. Ironinya seluar dalam tersebut, merupakan seluar dalam yang digunapakai oleh Saiful Bukhari sejurus sebelum dara duburnya dirobek.

Mengapa bahan bukti tersebut berada dalam mesin basuh di rumah Janna tidak di rumah Saiful bukanlah perkara yang ingin dipersoalkan.

Status pertunangan antara Saiful dan Janna juga tidak akan diperkatakan di sini samada masih lagi dijalin atau sudah gugur talak tayapawaunya.

Terdapat juga khabar angin bahawa hubungan tunang ini telah terputus dek kerana Saiful tidak mahu bertanggungjawab di atas kandungan yang terhasil sebelum ikatan perkahwinan, dan terdapat juga khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Saiful mahukan kandungan tersebut digugurkan dan akhirnya menyebabkan hubungan tunang itu terputus di tengah jalan.

Namun khabar angin tetap berstatus khabar angin selagi ia tidak dibuktikan sahih. Politik persepsi begitu kejam untuk diharungi walaupun khabar angin tidak mungkin dijadikan asas bukti atau saksi. Maka saya menganggap hubungan tunang di antara Janna dan Saiful masih terjalin.

Jika saudara pembaca semua masih ingat, kata-kata Janna bahawa dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang.

Itulah tekadnya seorang tunang menanti kebenaran menyebelahi sang tunang. Begitu hebatnya cinta seorang pengamal media terhadap seorang coffee boy, yang sebelum ini gagal menghabiskan pengajiannya walaupun mendapat biasiswa dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Apakah agaknya perasaan Janna bila mengetahui tunangan kesayangan berlaku curang? Masihkah utuh keteguhan Janna di belakang tunangnya apabila kebenaran yang dicari, dicurahkan dengan kepahitan sebuah perselingkuhan?

Hari ini, perjalanan perbicaraan kes Anwar sekali lagi menimbulkan gempar. Tidak cukup dengan kegemparan yang disahut ketawa guling-guling apabila mangsa mendakwa dua hari berturut-turut tidak membasuh dubur dan tidak berak semata-mata untuk menjaga bahan bukti yang bersifat cecair.

Tidak cukup dengan kegemparan sespontan ayat can I f... you today? Tidak cukup dengan kegemparan seorang mangsa liwat bergender lelaki 20an tidak berdaya menolak asakkan warga emas yang umurnya mencecah 60an.

Kegemparan kali ini berlaku di luar mahkamah, iaitu hubungan romantis di antara seorang mangsa liwat dengan si penyambung nyawa iaitu timbalan pendakwa rayanya sendiri - Farah Azlina Latif.

Berikut adalah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Janna dalam blognya yang kini hanya telah ditutup untuk tatapan umum.

“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama.

Kebenaran akan terbukti jua….,”

Maka kebenaran yang dicari oleh Janna telah terbukti jua apabila Saiful digosip-hangat sedang menjalinkan hubungan romantis dengan seorang timbalan pendakwa raya.

Gosip atau khabar angin adalah tidak manis untuk dibicarakan secara terbuka kerana ia akan menggerakkan penyebaran fitnah, namun jika 'madunya' si Janna Syariza yang bernama Farah Azlina telah digugurkan serta merta dari pasukan pendakwa raya, maka saya melihat tuduhan Raja Petra adalah berasas.

Mengapa begitu terburu-buru menggugurkan seorang timbalan pendakwa raya, dan dengan pantas menafikan peranan seorang timbalan pendakwa raya dalam sebuah kes yang berprofil tinggi?

Farah Azlina telah gugur di medan mahkamah bagi mengelakkan kredebiliti pasukan pendakwa raya tercalar, dan ia juga bertujuan untuk menyelamatkan perjalanan kes yang semakin songsang pada bacaan umum.

Apakah persepsi yang bakal timbul sekiranya seorang mangsa liwat didapati meliwat timbalan pendakwa rayanya sendiri?

Oleh demikian, sebelum episod tidak mustahil ini menjadi kenyataan, adalah lebih baik Farah Azlina digugurkan dan Saiful pula dinasihatkan supaya tidak lagi menambah beban kepada sebuah pasukan yang mempunyai misi besar - menyumbat Anwar Ibrahim kembali ke Sungai Buluh.

Rakyat melihat perjalanan kes ini, rakyat membaca selok-belok dan segala cornering yang berlaku di dalam dan di luar perbicaraan mahkamah yang melibatkan seorang Ketua Pembangkang.

Sedikit demi sedikit cacat-cela di pihak pendakwaan telah terbit membentuk kebenaran di pihak yang didakwa.

Mahukah rakyat percaya kepada seorang kasanova yang melempar tuduhan menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim?

Mahukah rakyat percaya kepada seorang pro-aspirasi yang gagal dalam pembelajaran universiti?

Mahukah rakyat percaya terhadap seorang pengotor yang sanggup tidak membasuh duburnya untuk tempoh dua hari demi sebuah bukti?

Keperibadian Saiful tidak mahu tidak, menjadi pertaruhan besar dalam mendepani pandangan rakyat dan juga pasukan peguambela Anwar kerana susuk pejuang ratyat ini bukanlah mudah untuk ditewaskan selagi mendapat sokongan rakyat kebanyakkan.

Menyumbat Anwar ke penjara tanpa asas yang kukuh bakal menyebabkan kebangkitan rakyat yang diterjemah di jalan raya pada tahun 98 kembali berulang.

Oleh itu juga, keperibadian Saiful direka-cipta apabila penampilan terbaru menunjukkan Saiful mempunyai 'lebam sujud' di dahinya.

Sedangkan sembahyang berbelas tahun belum tentu ada tanda di dahi.

Kekalahan dari sudut keperibadian akan menyebabkan Saiful kalah lebih awal dalam bicara awam walaupun akhirnya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara.

Memenangi kes mahkamah dengan jualan persepsi yang tidak laku akan menyebabkan kebangkitan, malah kebangkitan kali ini tidak dapat dijangka hebatnya.

Inilah yang mahu dielakkan oleh pihak pengatur konspirasi, namun sehebat mana pun perancangan mereka nescaya perancangan Allah itu Maha hebat.

Berbalik kepada soal Janna Syariza yang tidak diketahui apakah nasib yang menimpa dirinya ketika ini, jika ditakdirkan Janna membaca artikel blog ini, ingin saya nasihatkan kepada Janna betapa Allah masih menyayangi diri Janna apabila memberikan hidayah serta petunjuk yang jelas akan wajah-wajah sebenar Saiful Bukhari disebalik dahi legamnya.

Maaf jika kebenaran itu amat pahit untuk ditelan oleh yang empunya badan, kehidupan harus diteruskan dan harapan agar ia membangkit keinsafan lantas satu keberanian untuk mendedahkan sesuatu adalah dituntut.

Sebagai tunang atau bekas tunang kepada Saiful, Janna pastinya mempunyai sesuatu untuk didedahkan demi sebuah kebenaran terpendam.

Semoga Janna berjaya mengadaptasi apa jua kebenaran yang telah terserlah.

Kepada rakyat yang mengikuti perbicaraan Fitnah Liwat II dengan tabah dan sabar, anda juga berhak menghakimi perbicaraan yang penuh songsang lagi meragukan.

Berjanjilah jika keadilan itu dinafikan oleh penghakiman yang berat sebelah, yang menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara, ayuh kembali ke jalanraya!!

Anda semua terpanggil untuk sekali lagi mengharungi air gatal water cannon oleh pasukan bomba berbelantan.

Di sinilah manisnya berjuang, demi masa depan ugama, anak bangsa dan tanah air.

Jika tahun 1998 dulu saya tidak berkesempatan bersama pejuang jalanan (kerana ketika itu di bawah pengaruh Tun Dr Mahathir), kini saya bersedia di atas medan mana pun, mencari keadilan untuk pejuang keadilan !! Ayuh kita kembali ke jalanan, demi sebuah keadilan yang dinafikan!!

Hubungan romantis setakat mana?

Bukankah RPK berada di England? tapi dia tahu berita yang orang lain tak tahu. Berita itu tepat pula. You are very-very good RPK. Congratulation. Bertambahlah keyakinan rakyat terhadap dakwaan RPK akan penglibatan VVVVIP dalam altantuya.


Saiful Akan Berkahwin Dengan Farah?

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 28 Julai - Setelah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, desas desus timbul Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan akan berkahwin saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam masa terdekat.

Menurut sumber badan kehakiman yang memberitahu Suara Keadilan, Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

Hubungan romantik antara mereka terbongkar apabila penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan dalam portal berita beliau, MalaysiaToday mengenai hubungan sulit Saiful dengan seorang timbalan pendakwaraya wanita.

Bagaimana pun hubungan cinta yang dirahsiakan itu mendapat kritikan hebat daripada pengamal undang-undang yang melihat pegawai Pejabat Peguam Negara itu telah meletakkan perjalanan pendakwaan terhadap Anwar dalam keadaan yang meragukan.

Ini kerana maklumat kertas siasatan pihak pendakwaan berkemungkinan mampu dibocorkan kepada Saiful yang mempuunyai kepentingan dalam kes tersebut sebagai pengadu.

Menurut laman web Pejabat Peguam Negara, Farah Azlina merupakan Timbalan Pendakwa Raya pada Gred L44.

Sebelum ditukar sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan pada 16 Februari 2010 lalu, Farah Azlina yang dipercayai berusia awal 30an bertugas di Bahagian Perbicaraan dan Rayuan dalam jawatan yang sama.

Dalam sidang media yang diadakan semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Farah Azlina juga digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan, kurang enam bulan pertukaran beliau, atas alasan mengadakan hubungan romantis dengan Saiful.

Bagaimanapun Abdul Gani tidak menyatakan apakah status Farah Azlina di Pejabat Peguam Negara setelah beliau digugurkan.

Sebelum hubungan dengan Timbalan Pendakwa Raya ini, Saiful dikatakan mengikat tali pertunangan dengan Janna Syariza Mohd Zaki.

Agenda tersembunyi media yang memerlukan waspada 2

Bacalah dan anda akan nampak dengan jelas.
"Injaakum Fasikum Binabain Fatabaiyanu"


Khalid Samad: Bodoh bukan jenayah
Abdul Rahim Sabri
Jul 27, 10
7:14pm

Kongsi 36
Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad terus mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya menyaman Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno.

Khalid berkata, tindakan itu perlu diambil supaya "keikhlasan dan ketelusan" exco kerajaan Selangor itu tidak dipersoalkan oleh ahli PAS.

"Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Datuk Pesuruhjaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reda ditipu sebegini rupa oleh Umno dan konco-konconya," katanya.

Khalid mengulas keputusan PAS Selangor yang berpendapat tidak perlu menyaman Harussani berhubung isu kerjasama PAS-Umno kerana kontroversi pertemuan itu "tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu".

Desakan agar Hasan mengambil tindakan undang-undang ditimbulkan dalam munaqasyah (perbincangan) PAS negeri di Shah Alam, Ahad lalu.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid berharap ahli-ahli parti Islam itu tidak mempertikaikan tindakan Hasan kerana "sebagai ahli, tuntutan wala (kesetiaan) dan thiqah (kepercayaan) mesti dipertahankan".

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam turut menolak dakwaan Hasan "ingin melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan disiplin".

"Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang pesuruhjaya yang menipu.

"Berdasarkan tarbiah (didikan) dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya pesuruhjaya negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil!

"Ianya satu kemungkinan yang perlu ditolak mentah-mentah. Tidak mungkin Datuk Pesuruhjaya menipu kepada ahli dan pimpinan PAS serta rakyat jelata. Tidak mungkin!" tegas Khalid.

Bagaimanapun, Khalid mendakwa Hasan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS telah melakukan "kesilapan" kerana "membenarkan dirinya ditipu oleh seorang mufti Umno/BN yang tegar".

"Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan.

"Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, stupidity is not a crime (kebodohan bukanlah jenayah)," katanya.

Agenda tersembunyi media yang memerlukan waspada

Bacalah dengan bijak.

Sekutu paling tadah, usaha guling MB digiatkan
Hazlan Zakaria
Jul 28, 10
12:52pm

Kongsi 0
Walaupun pemimpin PKR diarahkan 'menutup mulut' berhubung kandungan perbincangan dalam pemukiman parti itu di Port Dickson minggu lalu, maklumat daripada sumber dalaman memberi gambaran bahawa usaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi menteri besar Selangor masih berterusan.

Rungutan ke atas Khalid kian kedengaran. Namun keadaan ini, yang dirintis oleh perasaan tidak puas hati oleh seorang ahli parlimen yang diketahui tidak sehaluan denganya, dilihat semakin bertambah buruk.

Dalam latar ini, satu lagi drama berlangsung dalam pertemuan itu apabila seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu.

"Saya sayang MB, tapi saya lebih sayang Selangor," kata wakil rakyat itu, seperti didakwa, dalam ucapannya yang mengkritik pentadbiran Selangor.Exco belum dirombak

Beliau juga didakwa telah mempersoalkan mengapa barisan exco Selangor masih belum dirombak, sedangkan negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat seperti Kedan dan Pulau Pinang telah melakukan perubahan besar dalam pentadbirannya.

Segelintir anggota PKR menyifatkan tindakan wakil rakyat berkenaan ibarat ungkapan oleh Brutus yang bangun menentang Caesar dalam karya agung William Shakespeare, "Bukanlah saya kurang menyayangi Caesar, tapi saya lebih sayangkan Rom."

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi di sebalik kelantangan wakil rakyat berkenaan.

Khabar angin menyatakan, ADUN berkenaan kini berubah haluan untuk berada dalam barisan pimpinan timbalan presiden parti Azmin Ali -- berikutan pelantikan ahli parlimen Gombak itu ke jawatan pengerusi pimpinan PKR negeri.

Khabar yang lain pula menjangkakan, tindakan itu pula berikutan tekanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menjalankan siasatan ke atas wakil rakyat itu.

"Saya mengenali Khalid sejak tahun 2006, tapi ia menjadi tugas saya untuk menimbulkan isu mengenai Selangor, seperti yang berlaku di Hulu Selangor," kata wakil rakyat itu ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan perkara tersebut denan alasan ia merupakan isu dalaman yang ditimbulkan dalam perbincangan tersebut.

“Saya mesti ikut disiplin parti. Ada perkara yang kita boleh cakap di dalam (mesyuarat), ada yang kita tidak boleh cakap di luar (kepada media),"

Media mengalih kepada Tok guru

Dalam isu perpaduan yang dimulai oleh loknan nor adam disahut oleh muhyiddin, Tok Guru sebut mula perbincangan atas dasar kerajaan dengan kerajaan. Harussani kata dia sanggup jadi orang tengah. Tok guru kata tak perlu orang tengah. Harussani kata ada pemimpin PAS bertemu dengan dia (baru-baruni- dalam masa 2 minggu) Pemimpin PAS minta dia beri nama. dia tak mahu beri. Pemimpin PAS kata dia pembohong. Bloggers mengecam dia dan menggelar macam-macam gelaran. Dia marah maknanya dia baca tulisan bloggers.
Hasan Ali mengaku ada berjumpa harussani tapi tak rahsia dan tak bincang soal umno-PAS. Harussani mengaku. Sah dan nyata harussani penipu sebab dia kata baru-baruni. dan kedua ialah minta tolong dia. Sedang Hasan Ali bincang pasal lain.
Akhbar melapur akar umbi sokong perpaduan. Dalam PAS tiada akar umbi digunakan sebagai istilah. NGO mula senyap. Pemimpin umno ahmad maslan dan jamil khir dah bercakap naib ketua pemuda juga bercakap.
Pemimpin PAS meneruskan kritikan kepada harussani yang mengaku dia mufti dan tak akan berbohong. Keadaan kelihatan semakin kendur. media tanya pula kepada Tok Guru. Media tv memperlihatkan dan cuba nak menyalahkan kepada tok guru.
angkara kini ialah mainan jahat media dengan mufti yang tidak meletak jawatan sebagai SB.

Nik Aziz: Tak perlu orang tengah bincang perpaduan
Jul 27, 10 3:50pm
Kongsi 27
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, lapor Berita Harian Online.

Nik Aziz berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan.

Sehubungan itu, katanya tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.

"Saya berasakan Harussani sudah tidak senang diri atau berasa tidak betul sekiranya beliau tidak campur tangan dalam politik dan tindakannya untuk terbabit dalam isu ini dilihat sebagai satu tindakan betul.

"Setiap orang alim (mufti) mesti campur tangan dalam politik, bukan hanya dihadkan kepada perkara agama seperti nikah kahwin saja, malah mereka perlu campur tangan juga dalam politik, maka betul tindakan Harussani (kanan) itu.

"Namun begitu, disebabkan dia (Harussani) tidak biasa dengan politik, maka dia sanggup menjadi orang tengah antara parti terbabit (PAS dan UMNO), di sini silapnya, mana boleh jadi orang tengah (bagi isu ini).

"Kalau saya hendak mengadakan rundingan dengan UMNO, saya akan berunding terus dengan Presidennya, Najib (Datuk Seri Najib Razak). Salahnya (Harussani) sebab cuba jadi orang tengah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di Kota Bharu, hari ini.

Beliau memberitahu demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Harussani yang sanggup menjadi orang tengah bagi menyatukan PAS dan UMNO

Catatan Anakanda Tok Guru

Tan sri hj harussani hj zakaria; kenapa dia berbeza dengan kita

Posted on Tuesday, July 27 @ 06:12:10 PDT by paktam

Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz

Wujudnya ulama yang menyokong kerajaan sekular yang beragama Islam bukanlah suatu yang pelik dan baru. Sejak aliran pemeritahan sekular di negara umat Islam pasca penjajahan barat ke atas negara Islam bertapak, golongan ulama penyokong inilah yang banyak membantu ke arah ketahanan dan penerusan aliran ini sehingga hari ini, walau pun wujud faktor – faktor lain yang mungkin lebih besar.



Di negara – negara Arab, kebangkitan perjuangan ke arah Islam yang syumul yang dipelopori oleh gerakan al Ikhwan al Muslimun dan jamaah – jamaah Islam yang lain banyak direncat kemajuannya oleh fatwa, hukum, pandangan dan penentangan daripada segolongan ulama yang terus menyokong pemerintahan sekular di negara mereka.

Mereka menjadi sebab besar kekeliruan umat dan rakyat di dalam memahami perjuangan Islam, bahkan di dalam memahami agama Islam yang benar dan asli.

Sebelum rakyat tewas, ulama ini telah tewas lebih awal. Mereka gagal berperanan kerana mereka sendiri memiliki tubuh yang cacat dan terencat di sana sini. Era penjajahan yang panjang mewariskan Islam yang semakin terpinggir daripada arus depan dan atas. Pengajaran dan pendidikan Islam yang merupakan nadi kekuatan umat telah menjadi mangsa serangan musuh yang dirancang rapi untuk dirosakkan sehingga ke akar umbinya.

Maka lahirlah di muka depan umat sebuah Islam dalam maknanya yang tidak asli, layu dan jauh daripada pejuang dan pendukungnya yang benar. Inilah Islam yang didokong oleh ulama jenis tadi dan merekalah yang mendodoinya sehingga para pemerintah sekular muslim menjadikan mereka sebagai tongkat yang memeberi mereka kekuatan untuk terus menjadi penguasa yang batil ke atas umat Islam sehingga kini.

Mereka ini cukup untuk digolongkan dalam dua aliran;

Pertama, aliran nifaq dan penipu yang hidup untuk dunia. Inilah golongan yang menjual agama dengan kehidupan dunia. Apabila didesak dan ditanya mengapa mereka sanggup membelakangi kebenaran, mereka tidak segan untuk menjawab bahawa kami hanya mahu cari makan, kami mahu keselesaan sebagaimana orang lain, kami memilih untuk menjauhi pertembungan dan kemudharatan dan kami sudah diberi kedudukan baik untuk menyebarkan Islam (Islam yang cacat)!

Ulama al su’. Ulama jahat. Inilah nama yang dilabelkan ugama ke atas golongan ulama jenis ini yang sering diperingatkan oleh Allah dan rasulNya sallaLlahu alaihi wasallam dengan azab yan pedih daripada sisi Allah kerana menyembunyikan kebenaran dan meredhai kemungkaran di hadapan mereka.

Kedua, aliran lemah dan jahil mengenai perjuangan Islam dan dakwah. Dalam denyut dan nada yang ikhlas untuk ugama, mereka menyeru kepada Islam sedangkan mereka sebenarnya memimpin dan menunjuk kepada kesamaran dan kekeliruan. Ia bermula daripada kefahaman mereka sendiri terhadap Islam, dakwah dan perjuangan yang cetek dan lemah.

Mereka mengenali Islam dan mempelajarinya di luar lingkungan praktikal perjuangan, sedang ugama ini mestilah difahami dan dihidupkan di dalam dunianya, acuannya yang ditetapkan Allah. Acuan Allah.

Aliran kedua ini bukanlah seburuk aliran pertama yang telah rosak keikhlasan dan telah membesar kerakusan mereka terhadap habuan duniawi yang diterima. Aliran ini walau bagaimanapun adalah penyakit yang perlu dirawati dan rawatannya adalah rumit kerana ia melibatkan kumpulan pemuka ugama yang kepada merekalah tergadai kepercayaan umat dan ke atas merekalah tanggung jawab memimpin umat ini.

Sekarang saya perturunkan beberapa inti dan persoalan, yang menjadikan aliran ini terus gagal untuk bersama dalam kelompok perjuangan Islam yang syumul yang berjalan di atas sunnah al Rasul yang jelas dan terang benderang;

1) Perihal sekularisme: Aliran ini walaupun memahami bahaya sekularisme tetapi masih meladeninya dan menganggap ia bukan bahana besar umat dan boleh diubati dengan mudah melalui nasihat dan teguran terhadap pemerintah. Justeru mereka kekal mendukung pemerintah sekular dengan harapan mampu mengislamkan mereka.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam memutuskan bahawa sekularisme adalah punca utama kejatuhan umat Islam dan ia menjadi senjata ampuh musuh untuk menghancurkan tamadun Islam dan umatnya. Justeru gerakan Islam melihat bahawa kebangkitan Islam dan kemajuannya tidak mungkin tercapai sehinggalah faham sekularisme ini dicabut dari akar umbinya dengan menukar pemerintahan negara kepada pemerintah Islam yang tulen dan syumul.

2) Perihal faham kebangsaan: Aliran ini melihat semangat kebangsaan adalah tidak bertentangan dengan Islam. Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Maka kedua – duanya berkepentingan bersama. Justeru apabila pemerintah menjadikan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, mereka mempertahankannya dan melihatnya sebagai kemenangan untuk Islam.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam yang syumul melihat faham nasionalisme adalah umpan penjajah yang dilepaskan ke seluruh dunia Islam untuk menjauhkan mereka daripada Islam yang bersifat sejagat dan juga untuk memecah – belahkan kesatuan umat Islam sedunia agar menjadi lumpuh dan kekal tewas selama – lamanya. Justeru memerangi fahaman ini dengan menukarkannya dengan fahaman Islam yang menyeluruh, sejagat dan sederhana di sisi perjuangan Islam adalah kewajiban yang mesti dilaksanakan. Oleh kerana pemerintahan semasa umat mendukung dan membenih fahaman ini, maka mereka wajar ditukar dengan pemerintahan Islam yang sebenar.

3) Perihal teguran dan jihad terhadap pemerintah: Aliran ini melihat pemerintahan umat Islam hari ini mestilah ditaati sebagaimana arahan Allah dan rasulNya. Sebarang perlanggaran terhadap ugama seperti kezaliman, rasuah dan sebagainya hendaklah diselesaikan melalui nasihat dan teguran yang tidak menjejaskan tiang pemerintahan. Gerakan menjatuh dan menukar pemerintahan dengan apa cara sekalipun adalah bertentangan dengan Islam dan disifatkan sebagai penderhakaan terhadap ugama.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam melihat bahawa pemerintahan Islam yang zalim dan keluar daripada tuntutan agama berhak dan mesti ditukar jika mereka terus dan enggan berubah. Kesalahan hanya berlaku jika usaha itu membawa kepada pertumpahan darah yang disengajakan seperti menghalakan senjata ke arah pemerintah. Islam mengharamkan pertumpahan darah sesama ummat syahadah.

Dalam konteks sistem demokrasi negara, jatuh bangun pemerintahan adalah tanpa pertumpahan darah, bahkan hanya melalui undi dan suara majoriti. Justeru menukar kerajaan zalim seperti kerajaan negara Malaysia yang sekular dan penuh penjarahan terhadap hak rakyat adalah jihad yang syar’ie dan wajib.

4) Perihal dakwah dan perjuangan Islam: Aliran ini menafsirkan kalimah ‘hikmah’ dalam berdakwah dengan tafsiran yang berbeza dengan aliran perjuangan Islam. Mereka dilihat lebih memilih jalan kompromi demi menjaga hati pemerintah dan demi memperolehi tempat dan jawatan yang mengekalkan mereka dalam enjin pemerintahan. Bagi mereka, kekal dalam kerajaan dan mengelak pertembungan dengan mereka adalah hikmah besar untuk kebaikan Islam.

Ini di sisi aliran perjuangan Islam adalah tafsiran yang mencacatkan pengertian hikmah dan perlaksanaannya. Di sinilah kedua – dua aliran tersebut bertembung.

5) Perihal jamaah Islam: Aliran ini melihat bahawa jamaah Islam adalah setiap umat yang menyeru kepada al makruf dan menegah kemungkaran walaupun mereka tidak terikat dengan mana – mana kumpulan Islam yang terikat dengan peraturan dan syarat jama’ie. Justeru keperluan untuk menyokong atau mendukung jamaah – jamaah Islam adalah tidak perlu selagi mereka berkerja untuk Islam juga. Taat kepada pemerintah adalah kerana pemerintah adalah jamaah Islam juga.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam terlalu mementingkan kewujudan jamaah Islam yang dilengkapi peraturan, ciri, syarat dan visi perjuangan yang membawa umat Islam yang hanyut tanpa khilafah yang menaungi mereka hari ini ke arah kehidupan Islami yang tunduk dan wala’ kepada pemimpin Islam di dalam jamaah sehinggalah kelahiran khilafah yang baru. Kesempurnaan Islam adalah pada mengikat diri pada jamaah Islam yang syumul.

Inilah 5 inti dan isu terpilih yang memisahkan dan membezakan ulama aliran ini dengan aliran perjuangan Islam yang dipelopori gerakan – gerakan Islam di serata dunia. Ia bermula dan berpunca daripada kefahaman yang berbeza terhadap Islam dan tuntutannya selain perbezaan pada kedalaman dan keluasan lingkaran praktikal Islami yang dilalui oleh kedua – dua aliran tersebut.

Tan Sri Hj Harussani Hj Zakaria mewakili golongan ini. Beliau aliran kedua daripada aliran ulama yang sentiasa memberikan ketaatan dan mendukung pemerintahan sedia ada walaupun beliau tahu betapa sekularnya pemerintahan kerajaan Malaysia.

Di Mesir misalnya, anda akan sentiasa menemui ulama jenis ini dengan ilmu dan sumbangan yang tidak kecil dan tidak boleh diketepikan untuk kemajuan Islam, tetapi mereka sering menjadi penghalang kepada gerakan Islam yang syumul di dalam membina keyakinan dan kefahaman terhadap ummah ke arah kemenangan Islam yang diimpikan.

Beliau bukan aliran pertama yang jelas kerosakan dan kejahatannya. Tumpukan senjata tajam anda pada ulama UMNO yang mengangguk dan sujud pada ketua mereka di dalam UMNO walaupun sampai mengharuskan judi, rasuah dan kezaliman yang berleluasa.

Gagal membezakan di antara dua aliran inilah yang akhirnya mencetuskan kata nista, hukuman dan terjahan yang salah dan tidak boleh diterima akibatnya. Islam sentiasa diawasi oleh ilmu, disiplin, adab dan hak yang mesti dijaga dan diraikan. Jika tidak, perjuangan Islam akan sentiasa dimasuki unsur yang akan mencemari sifatnya yang qudwah dan sederhana.

Selepas anda memahami pada tahap ini, anda boleh dengan mudah untuk memahami mengapa orang yang turut menyumbang kepada kemajuan Islam di Malaysia seperti Tan Sri Hj Harussani Hj Zakaria dan seumpamanya sering berbeza dengan aliran perjuangan Islam dalam beberapa isu pokok seperti;

1- Pendiriannya untuk menyokong rampasan kuasa di Perak.

2- Sikapnya untuk melihat perpaduan Melayu tanpa syarat di antara PAS dan UMNO.

3- Ketegasannya dalam beberapa isu yang menyentuh pemerintah dan kekendurannya di dalam beberapa isu yang lain.

4- Kejelasannya di dalam menganggap kesultanan mesti ditaati kerana peranannya sebagai ulul amri minkum.

5- Sikapnya yang lebih meraikan kerajaan pusat walaupun melihat kebaikan pemerintahan Islam di Kelantan dan negeri – negeri Pakatan Rakyat.

6- Ketakutannya terhadap terhapusnya Islam dengan terhapusnya ketuanan Melayu ( Melayu adalah UMNO dan UMNO adalah Melayu. PAS? )

Teruskanlah dengan isu – isu lain yang akan sentiasa lahir. Anda akan melihat perbezaan pendapat yang mengelirukan umat Islam melalui pandangan ulama seperti beliau yang akan menyanggah pandangan perjuangan Islam.

Sudah pasti, kefahaman Islam yang jelas daripada tafsiran dan pengajaran ulama Islam yang muktabar yang menyeru kepada Islam yang syumul akan menolak pandangan aliran kedua ulama kerajaan di atas yang berpunca daripada kecetekan memahami Islam dan tuntutan semasanya.

Tan Sri Hj Harussani mestilah diingatkan dengan kesilapannya, memasuki ruang yang bukan dalam bidang dan kepakarannya yang telah menjebakkan beliau ke dalam kancah pertentangan yang merosakkan reputasinya sebagai ulama yang pernah cemerlang dan dihormati kerana ketegasannya dalam isu – isu tertentu walaupun tidak disenangi pemerintah.

Beliau harus malu untuk memikul tanggung jawab yang telah mengelirukan umat Islam yang di luar kemampuannya, selain mengheret perdebatan sesama ulama dan umat Islam yang tidak perlu ke arah pembinaan sebuah negara yang lebih baik.

PAS ada hak yang jelas dalam politik Islam. Ia lahir sejak sebelum merdeka dalam dunia politik tanah air. Berikan laluan untuk PAS mendapat sokongan umat tanpa menambahkan kekeliruan yang menguntungkan musuh perjuangan. Inilah bahasa saya untuk Tan Sri. WaLlahu a’lam.

Berita MalaysiaToday benar.

Berita tersebut benar, Bagaimana pula yang lain seperti dalam kes Altantuya.

PUTRAJAYA 27 Julai - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail Selasa mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

"Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

"Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius," katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

"Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

"Beliau sama sekali tidak terlibat dalam sebarang perbincangan atau persediaan kes termasuk penyusunan strategi pasukan pendakwa," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Gani berkata pasukan pendakwa untuk semua kes berprofil tinggi telah menetapkan peraturan bahawa kertas siasatan dan dokumen kes hanya boleh disimpan oleh Ketua Pendakwa atau Pendakwa Kanan.

"Pendakwa baru hanya membantu kami dalam menjalankan beberapa tugas yang sama sekali tidak melibatkan perbincangan, penyusunan strategi dan pembentangan hujah di dalam mahkamah," katanya.

Pasukan pendakwa untuk kes berkenaan diketuai oleh Peguam Cara Negara 2, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Noorin Badaruddin, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azman dan Farah Azlina.

"Tugas menyoal saksi dilakukan oleh Mohd Yusof, Mohamed Hanafiah, Datuk Nordin dan Noorin manakala Chiang Kiat bertugas membantu aspek perundangan berhubung rayuan dan semakan kes.

"Farah Azlina, Naidatul Athirah dan Mira Mirna hanya dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan mencatatkan segala nota perbicaraan," katanya.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Bernama