Walau dalam hujan yang berpanjangan sejak petang, Kehadiran ahli dan penyokong menyebabkan penceramah menjadi terkedu.
Turut berceramah pada malam semalam ialah YB Nya Kor Meng, Dr Khairudin, Mustafa Kamil Ayob.
Antara yang menarik ialah ceramah Dr Khairudin. Beliau menyebut pembatalan permit judi suatu pembohongan kerana pengumuman itu dibuat dalam majlis umno. Kecualilah perlembagaan telah menetapkan dimana saja cakap PM maka ianya akan jadi undang-undang.
Jadi adakah sebarang warta peristiharan resmi pembatalan judi itu?
Pendedahan itu sama seperti cerita felda bayar cukai. Felda bayar cukai pasal apa. Yang kena bayar cukai ialah syarikat. jadi bila felda bayar cukai maknanya ianya syarikat. kok dah jadi begitu weh.
Agak teman Dr Khairudin nanti nak kena saman dari syarikat judi pulak. Atau umno akan saman Dr Khairudin kerana mendakwa pengumuman di majlis umno tiada locus standy.
Balik cerita felda bayar cukai kenapa agaknya tabung haji tak bayar cukai? Sedangkan kerajaan mengatakan memberi kepada jemaah haji subsidi macam tahun lalu RM2000.00.
Barangkali penyimpan tabung yang nak pergi menunaikan haji juga kena temberang oleh pemimpin umno.
RM2000.00 subsidi yang dikatakan itu barangkali bukan dari kerajaan tetapi duit tabung sendiri. Nanti PAS Lenggong pulak TH saman nanti.Kita ada mata dan telinga. Kita jangan biarkan kita ditipu .
Rakyat Perak Diseru Buka Mata, Minda Terhadap Kebobrokon Umno-BN |
"KUALA KANGSAR - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh rakyat Perak buka mata dan minda serta menilai kegagalan pentadbiran Umno-Barisan Nasional selepas mereka merampas kerajaan negeri pakatan Rakyat Perak secara kotor dan keji.
Anwar menyeru rakyat Perak supaya menimbang dan melihat sendiri bagaimana setelah rampasan kuasa yang melanggar lunas Perlembagaan Negara, Umno-BN telah merosak ekonomi dan memiskinkan negeri itu.
"Buka mata dan minda serta lihat kegagalan pemerintahan BN di Perak ini, kita tidak boleh membiarkan mereka terus menekan rakyat dengan segala permasalahan. Kita kena tahu rakyat di negeri ini akan lebih selamat berada di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak mahu Perak menjadi negeri yang miskin disebabkan kegagalan Umno-BN memerintah.
"Saya katakan perjuangan Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan Umno amat jauh bezanya, sehinggakan dasar yang kita laksanakan hanya meletak kepentingan rakyat bukannya kepentingan siapa yang memegang tampuk pemerintahan. Kita patut lihat negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, adakah Menteri Besar mahupun Ketua Menteri mempunyai kepentingan individu atau mengambil saham serta tanah rakyat?" tanya Anwar kepada penyokong pada ceramah perdana di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala kangsar Jumaat lalu.
Anwar menegaskan Pakatan Rakyat berkonsepkan kepelbagaian kaum serta menjaga hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau warna kulit.
"Ini sahaja yang boleh membezakan Pakatan Rakyat dengan Umno, kita berjuang untuk semua rakyat tidak kira kaum atau agama. Kita tidak pernah meletakkan kaum itu untuk sesebuah parti, dalam KEADILAN, DAP dan PAS semua kaum boleh menyertainya. PAS dengan kelab bukan Islam, tetapi Umno hanya untuk orang Melayu maka masalah Melayu Umno yang urus manakala MIC dan juga MCA untuk kaum Cina serta India, jadi hanya parti mereka sahaja boleh uruskan masalah mereka.
"Pemerintahan yang dilakukan oleh Umno jelas bersikap kuku besi, mereka akan melakukan apa sahaja jika mendapati tindakan yang kita lakukan mengugat kedudukan mereka. Sekarang lihat kebebasan media serta maklumat, sepatutnya BN tampil untuk beri penjelasan tentang isu Felda bukannya menutup kepincangan dengan membatalkan permit penerbitan Suara Keadilan serta mengambil tindakan saman.
"Umno takut untuk tampil berikan penjelasan kerana kita cukup bukti mengesahkan apa yang disiarkan itu dan kerana terlalu takutlah mereka bertindak sedemikian," jelas beliau lagi.
Menyentuh mengenai kenaikan barangan keperluan dan penarikan subsidi, Ketua Pembangkang berkata langkah menaikkan harga adalah disebabkan kesilapan Umno mengurus tadbir negara ini.
Justeru mereka hanya tahu mengurangkan subsidi rakyat tanpa mengambil langkah pertama meneliti terlebih dahulu subsidi yang telah diberikan kepada syarikat kroni yang kaya raya.
"Umno-BN bila terdesak dengan soal kewangan negara, mereka hanya tahu mengambil duit rakyat dengan alasan mengurangkan subsidi. Rakyat sepatutnya sedar bahawa subsidi itu adalah milik rakyat dan duit rakyat. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan Umno-BN mengambil duit kita.
"Sepatutnya Umno-BN mengambil langkah pertama mengkaji subsidi yang diberikan kepada syarikat besar seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP). Sepatutnya subsidi mereka dikurangkan terlebih dahulu, ini tidak untuk melindungi orang kaya dan kroni maka rakyat menjadi mangsa.
"Negara ini bukannya miskin, kita memiliki telaga minyak yang banyak dan bernilai untuk menampung pembangunan negara tetapi sikap bodoh pemimpin Umno menyebabkan kita kehilangan dua telaga minyak yang bernilai tinggi, apa yang pasti pemberian dua telaga blok L dan M tersebut kepada Brunei tanpa kita mendapat keuntungan mahupun konsep kerjasama.
"Kejadian yang sama berlaku di Singapura apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melawat Singapura hanya satu hari dapat menyerahkan tanah milik kita di Tanjung Pagar kepada Singapura. Ini apa punya Perdana Menteri yang tidak tahu menilai aset negara serta dengan mudah menyerahkan tanah tersebut.
"Saya ingin jelaskan perjanjian yang dibuat dengan Singapura dahulu menjelaskan selagi keretapi hak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjalan di atas landasannya hingga ke Tanjung Pagar maka tanah itu akan menjadi milik Malaysia. Umno tidak tahu berniaga mereka hentikan perkhidmatan atas sebab rugi kerana tiada penumpang tetapi mereka tidak tahu berapakah nilai tanah tersebut pada masa sekarang," kata Anwar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan