ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 2 Julai 2010

Barangkali kena panggil pulak

SK keluar berita felda kena panggil dan kena saman.
kelau keluar pulak berita petronas berikut barangkali kena pulak agaknya.

Petronas Catat Kemerosotan Keuntungan Pracukai 24 Peratus Kepada RM67.3 Bilion

KUALA LUMPUR 1 Julai - Petronas mencatatkan kemerosotan keuntungan pracukai 24.5 peratus kepada RM67.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac, 2010, daripada RM89.1 bilion pada 2009.Perolehan turun 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion daripada RM264.2 bilion, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas Khamis.

Katanya keuntungan bersih Petronas turut merosot 23.2 peratus kepada RM40.3 bilion daripada RM52.5 bilion.

Katanya penurunan keuntungan bersih dan perolehan itu adalah berikutan kelembapan permintaan mendapatkan minyak mentah.

"Tahun yang dikaji itu terbukti agak sukar luar biasa dan mencabar bagi kumpulan Petronas di dalam keadaan kemelesetan yang memberi kesan kepada industri minyak dan gas, kata Shamsul Azhar pada taklimat media di sini.

Katanya permintaan mendapatkan minyak dunia merosot bagi tahun kedua berturut-turut kepada 84.4 juta tong sehari berikutan wujud pertumbuhan permintaan di ekonomi baharu muncul utama yang mengatasi kemerosotan permintaan di pasaran lain.

Sementara itu, kapasiti pengeluaran meningkat lagi kepada 89.4 juta tong sehari berikutan selesainya dan pelaksanaan pembangunan minyak utama di anggota Negara Pengeksport Petroleum (Opec) utama serta dari pengeluaran yang lebih tinggi dari negara bukan anggota Opec, katanya.

"Pembangunan itu yang disatukan menolak lebihan kapasiti pengeluaran minyak mentah yang kini cukup signifikan pada awal tahun kepada lebih tinggi, ke tahap yang besar yang pernah dialami," katanya.

Bagi tahun yang dikaji, katanya purata harga penanda aras minyak mentah West Texas Intermediate turun 20 peratus kepada US$70.59, manakala harga minyak mentah Malaysia turut turun kepada US$72.69.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya harga minyak yang lebih rendah turut dicerminkan dalam kemerosotan harga komoditi tenaga yang lain, yang termasuk gas asli dan gas cecair asli (LNG) serta produk petrokimia serta sama juga kapasiti lebihan yang besar yang muncul bersama-sama rantaian nilai minyak dan gas.

Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas Datuk George Ratilal berkata, "Perolehan RM47.8 bilion itu akan memnyebabkan kemerosotan 53.6 peratus keuntungan, apabila perkara lain tetap sama."

Bagaimana pun, katanya kerugian keseluruhan sebahagiannya diimbangi oleh kos pengeluaran yang lebih rendah yang mengurangkan kesan kemerosotan sebanyak 30 peratus, pengagihan hasil dan pembayaran petroleum yang lebih rendah sebanyak 2.4 peratus serta caj pelunasan, susut nilai dan kelainan sebanyak 1.4 peratus.

Mengenai dividen kepada kerajaan, Shamsul Azhar berkata Petronas mengekalkan pembayaran kepada kerajaan pada paras tahun lepas sebanyak RM30 bilion walau pun mencatatkan keuntungan yang lebih rendah.

Bagaimana pun, keuntungan yang tinggal selepas pembayaran dividen 54.2 peratus kepada RM10.3 bilion dan menyediakan cabaran kepada kumpulan itu untuk mengekalkan lajakan baru-baru ini terhadap perniagaannya.

"Pelaburan semula yang mencukupi diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan akan datang," kata Shamsul Azhar.

Bagi tahun kewangan 2010, pembayaran keseluruhan kepada kerajaan berjumlah RM57.6 bilion, yang turun RM16.4 bilion berikutan cukai lebih rendah sebanyak RM10.7 bilion kerana keuntungan yang dicatatkan lebih rendah itu.

Katanya hasil petroleum yang diraih yang dibayar kepada kerajaan merosot sejajar dengan pengeluaran domestik serta harga yang lebih rendah.

Sehingga ini, Petronas telah membayar RM529 bilion kepada kerajaan. Sejak kerajaan mengawal atur harga gas pada 1997, kumpulan itu telah menanggung subsidi pada kumulatif RM116 bilion.

Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan