Lihat sejarah perang arab -israel
Berbaik dengan mesir dan serang serta hambat yaser arafat.
Percaturan Umno untuk pecahbelahkan PR Tok Pepijat |
Melihat kepada Kronologi berita dan isu terkini negara, beberapa perkara boleh dirumuskan. Antaranya isu permit Suara Keadilan, Harakah dan terbaru Roket.
Dalam masa yang sama Anwar dilabelkan "agen Yahudi" berdasarkan penulisan seorang blogger di Amerika dan juga wawancara dengan CNN. Juga tidak ketinggalan dengan kisah Zaid belanja ais kacang kepada Raja Petra dan Bala dan "ketakutan" SPRM menyoal secara langsung Bala di London.
Terkini TPM Muhyiddin pelawa PAS bertemu untuk perpaduan Melayu.
Kesemua kronologi di atas saling berkait. Ini semua percaturan UMNO. Target utamanya adalah Anwar Ibrahim. Dan memecah belahkan Pakatan Rakyat terutama antara PAS dengan PKR.
Lihat, ada seperti tawar menawar dalam isu permit Harakah. Tetapi tidak kepada Suara Keadilan. Seolah UMNO melalui KDN sedang tawar menawar dengan PAS. Jika mahu permit Harakah, anda (PAS) perlu setuju berdialog dengan UMNO.
Skrip ini sama seperti isu JI di war-warkan. Akhirnya berbondong-bondong "ulamak muda" dalam "ketakutan" sujud kepada UMNO! Semuanya takut jadi warga Kamunting!
Kita melihat begitu "ganas" Umno menyerang PKR. Dua manusia yang paling ditakuti UMNO terkini. Keduanya anak Ibrahim. Anwar dan Zaid.
Tuduhan terhadap Anwar saling bertukar label. Dulu sebagai petualang, agen asing, agen Yahudi, agen Amerika dan pengkhianat Melayu. Segala yang "jahat" hanyalah milik Anwar Permit penerbitan Harakah diperbaharui Harakahdaily | PUTRAJAYA, 15 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berpuashati dengan penjelasan terhadap surat tunjuk sebab memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dengan diberikan ‘amaran keras’ supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. 1. Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa pihak penerbitan HARAKAH telah memberikan perhatian yang serius terhadap Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh Kementerian ini dan telah menunjukkan kerjasama yang baik kepada Kementerian. 2. Pengerusi Jemaah Pengarah HARAKAH, Dato’ Mustafa bin Ali dan Pengarah Urusan HARAKAH, Dato’ Kamarudin bin Jaffar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 12 JULAI 2010 (ISNIN) untuk memberikan penjelasan. 3. Pihak penerbitan HARAKAH juga telah menjawab Surat Tunjuk Sebab Kementerian pada 13 JULAI 2010 (SELASA) dengan mengemukakan penjelasan serta beberapa akujanji seperti berikut:- i. Akan mematuhi semua syarat-syarat permit penerbitan, garis panduan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984; ii. Akan mencetak perkataan “UNTUK AHLI SAHAJA” di muka hadapan setiap keluaran dan naskhah penerbitan HARAKAH sebagai peringatan kepada pembeli; dan iii. Akan menghantar lapan (8) naskhah setiap keluaran penerbitan HARAKAH ke Kementerian sebaik sahaja ianya dicetak. 4. Dengan mengambil kira kerjasama, penjelasan serta janji pihak penerbitan HARAKAH untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Kementerian Dalam Negeri dengan ini berpuashati dan memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan HARAKAH dengan diberikan AMARAN KERAS supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja. 5. Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan HARAKAH untuk memastikan pemantuhan. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan