Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com |
Resolusi tiga Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, Shah Alam dan di Putik Kota Bharu baru-baru ini yang mempertegaskan lagi komitmennya bersama Pakatan Rakyat sudah cukup untuk memberitahu rakyat bahawa ia sama sekali tidak berhajat untuk melayan sebarang lambaian perkauman yang terus menerus disuarakan oleh pelbagai pihak.
Kinipun suara mengajak PAS ‘bekerjasama’ dengan Umno kononnya demi untuk perpaduan Melayu/Islam terus dilakukan oleh segolongan kecil tokoh agama dan orang perseorangan yang tidak pernah menghayati sejarah dan perjuangan PAS. Seruan ini juga dibuat pada ketika Umno dan parti dalam komponan BN sendiri berpecah belah. Oleh itu dapat difahami mengapa seruan perpaduan Melayu/Islam ini terus menerus dilakukan oleh pihak tertentu itu. Sebagai parti Islam yang teguh dengan prinsip perjuangannya dan setia dengan komitmennya bersama Pakatan Rakyat, PAS tentunya tidak akan mengkhianati setiakawannya dalam Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kedudukannya kini sangat selesa dalam Pakatan itu.
Dengan penyertaan lebih 20,000 orang bukan Islam dalam entiti baru ‘Dewan Himpunan Penyokong PAS’ memperkukuh bukti bahawa kalangan bukan Islam telah menerima baik gagasan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Ini menunjukkan PAS telah memperlihatkan kematangan politiknya. Ramai berpendapat, Umno tidak akan begitu ghairah untuk mengajak PAS bekerjasama jika parti itu tidak merasa terdesak, lemah dan berada dalam dilema untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Oleh itu jika PAS menyahut seruan Umno ini untuk berkerjasama nescaya parti sekular itu akan kukuh kembali dan ketika itu PAS tidak akan diperlukan lagi. Ini akan mengulangi sejarah masa lampau bagaimana PAS disingkirkan dengan penuh kehinaan. Pengalaman getir inilah yang juga menyebabkan Mursyidul ‘Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran PAS yang lain tidak dapat menerima sebarang idea kerjasama dua parti itu. Ada pihak berhujah kononnya PAS perlu melupakan apa yang berlaku di masa lalu dan berusaha membuka era baru kerjasama Umno dan PAS konon demi untuk perpaduan Melayu/Islam, Tetapi pihak ini lupa akan kata-kata Sayidina Abu Bakar r.a. bahawa “umat Islam jangan termasuk dua kali dalam satu lubang yang sama.” Bahkan hingga kinipun Umno melakukan pelbagai usaha untuk melumpuhkan PAS. Masalah paling besar menghalang apa yang dikatakan usaha kerjasama Umno-PAS ialah seperti yang ditekankan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz iaitu dasar kebangsaan Umno yang sama sekali tidak dapat diterima oleh PAS yang memperjuangkan dasar Islam. Bagi PAS, Islamlah yang boleh menyelamatkan Melayu, bukan sebaliknya, sama juga yang terjadi kepada bangsa Arab di mana Islamlah yang menyelamat dan mengangkat martabat bangsa Arab menyebabkan Sayidina Umar Al-Khattab berkata, bahawa bangsa Arab hanya mulia dengan Islam. Oleh itu bangsa Melayu hanya mulia dan bermartabat dengan bersatu di bawah dasar Islam, bukan dasar perkauman yang sekular. Ramai yang bertanya, kalau benar Umno sayangkan Melayu mengapa Kerajaan BN yang berteraskan Umno menyekat pemberian royalti minyak kepada Kelantan yang sembilan puluh peratus penduduknya adalah Melayu. Belum lagi diskriminasi lain yang dihadapi Kelantan sejak 20 tahun PAS memerintah negeri itu. Ini aneh di tengah riuh rendah Umno kononnya hendak menolong Melayu. Banyak lagi hujah yang tidak memungkinkan PAS bekerjasama dengan Umno dalam apa bentukpun seperti yang telah dihuraikan banyak kali oleh pihak PAS. Namun kerana kepentingan politik pilihan raya dan survival Umno itu sendiri, Umno dan simpatisannya terus mempelawa PAS bekerjasama dengan Umno konon demi untuk perpaduan Melayu. Tetapi PAS mengambil langkah tepat dengan tidak melayan pelawaan itu. Sudah tiga kali Muktamar Tahunan PAS membuat keputusan tepat yang mempertegaskan bahawa PAS penuh komited dengan Pakatan Rakyat walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dasar ini ditegaskan lagi dalam pelbagai persidangan dan pertemuan PAS - terkini ketika berlangsung perkampungan PAS di Port Dickson baru-baru ini di mana PAS menyusun strategi untuk memenangi PRU Ke-13 bersama Pakatan Rakyat PAS sudah berada di lebuh raya yang betul dalam perjuangannya membina politik baru Malaysia tanpa perkauman bersama Pakatan Rakyat. Inilah uniknya politik Islam yang amat sesuai dengan suasana masyarakat majmuk di Malaysia dan ini adalah sebuah kebijaksanaan. Tidak syak lagi, PAS telah menunjukkan kematangan politiknya menyerlahkan pemikiran dinamik pemimpin dan pendukungnya. Negeri Kelantan yang telah diperintah oleh PAS sejak 20 tahun lalu menjadi contoh terbaik bukan saja di rantau ini bahkan di dunia, di mana pelaksanaan Islam dilakukan dengan cara yang amat harmonis sesuai dengan slogannya ‘Membangun Bersama Islam’ Sementara itu Kerajaan Kedah yang terajui oleh PAS dengan kerjasama PKR dan DAP telah menunjukkan kejayaan walaupun baru berumur tidak sampai tiga tahun. Di bawah kepimpinan Menteri Besarnya yang adil, Datuk Seri Azizan Abd Razak dan saf exconya telah menyerlahkan kemajuan bagi negeri Kedah di pelbagai segi. Memancarkan keadilan untuk semua kaum dan sangat mesra rakyat. Hal yang sama berlaku di Pulau Pinang di mana walaupun Ketua Menterinya bernama Lim Guan Eng, tetapi berusaha untuk berlaku adil kepada semua kaum. Bahkan menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh kepimpinan yang cuba diterapkannya. Ini bukan sebuah lawak jenaka, tetapi suatu. Sementara itu, di Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, negeri yang terkaya di Malaysia itu berjaya melakukan pelbagai perubahan untuk kepentingan rakyatnya. Sumbangan air percuma, walaupun dalam jumlah sedikit, mengadakan skim pemberian wang kepada warga emas, bantuan kepada kanak-kanak yang lahir di Selangor, prihatin dengan pendidikan remaja di bawah skim SPIES yang sangat berjaya, membaik pulih projek rumah terbengkalai dan pelbagai lagi menunjukkan kejayaan kerajaan Pakatan di Selangor walaupun tidak henti-hentinya menerima tantangan dan cabaran dari musuh politik Pakatan. Oleh itu, bagi mereka yang masih menyokong Umno/BN sewajarnya menerima hakikat kejayaan Pakatan Rakyat ini dengan fikiran terbuka, membebaskan diri dari kongkongan perkauman sempit yang sama sekali tidak menguntungkan. Pakatan Rakyat adalah jalur politik masa depan Malaysia |
ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan