Beliau menyebutkan hadis Nabi yang menyuruhkan mengusap kepala anak yatim. Tapi kalau kepala rais yatim wajib kena luku. pasal banyak cakapnya yang menyimpang dari agama.
dan lagi seperti yang berikut ini.
"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.
Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.
"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?
"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?
"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi. Bekas duta us.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan