Kalau orang BN buat laporan polis tindakan pastinya cepat dan pantas.
semua orang tahu hal itu.
Contoh
1. Laporan polis terhadap blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor begitu cepat dan pantas siasatan. tetapi
2. Laporan polis terhadap orang yang nak bunuh Tok Guru senyap dan sengap.
kesimpulan mudah ialah kalau laporan dari umno BN tak kira betul atau salah tindakan adalah pantas. Tapi kalau laporan dari PR pastinya lambat. Tapi kalau tak betul kes naya lah pelapur itu.
Sekarang heboh pasal curi pasir diselangor.
Soalan kenapa lapor pada utusan dan tv? kenapa tak buat laporan polis?
Kalau laporan dari umno-bn pastinya tindakan dari polis pantas. Sebaliknya keluar dalam tv yang kononnya diekori oleh tonto.
Kesimpulan penyudahnya ialah pembohongan semata-mata. semuanya main wayang.
Aktiviti angkut pasir masih rancak di Dengkil | ||
|
Tinjauan Bernama hari ini mendapati banyak lori pasir keluar masuk ke kawasan berkenaan menggunakan laluan di Kampung Olak Lempit di Kuala Langat.
Malah Jalan Meranti yang dijadikan laluan keluar masuk itu didapati amat sibuk dengan kehadiran lori dengan kekerapan kira-kira 20 buah bagi tempoh setengah jam.
Katanya jalan yang telah ditar sebelum ini, rosak dan berlubang ekoran kerja-kerja mengangkut pasir oleh lori yang turut membawa muatan lebih.
"Keadaan juga menjadi bising, berdebu dan membahayakan keselamatan orang yang lalu lalang, terutamanya kanak-kanak.
"Ramai ibu bapa juga tidak membenarkan anak-anak mereka menaiki basikal untuk ke sekolah seperti sebelumnya, dengan menghantar mereka sendiri berikutan bimbang tentang keselamatan mereka," katanya kepada Bernama hari ini.
Surirumah itu berkata aktiviti mengangkut pasir itu turut dijalankan sehingga lewat malam dan menganggu ketenteraman kampung tersebut.
Katanya walaupun aduan telah dibuat namum aktiviti masih berjalan seperti biasa.
Semalam, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan aktiviti mengorek pasir di kawasan berkenaan yang dikhuatiri menjejaskan alam sekitar serta struktur tanah pada masa depan.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri Selangor menghentikan sebarang aktiviti mengorek pasir bagi mengelakkan Selangor menjadi "negeri berlubang".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan