ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 8 Julai 2010

kena tipu dan tertipu

Serupa macam sms tipu janji menang apa-apa. banyak kita dengr cerita ini. tetapi nak mengadu kepada siapa. Kepada siapa yang boleh kita menumpang harap? Bolehkah kita mengharap kepada polis? Kepada KDN ? sebut saja tiada siapa dan kita terdedah kepada penipuan.
Kerana itu sebarang judi merupakan anak kepada ketamakan kata tok guru. siapa yang percaya kata tok guru insya Allah selamat. Tapi sinajib pulak marah kepada orang yang percaya kepada Tok Guru. Habis semua orang yang percaya Tok Guru kena marah. Orang percaya kepada DSAI kena marah. Orang percaya Ust Hadi juga kena marah, Orang Percaya YB Lim Kit Siang juga kena marah. Orang percaya kepada YB Karpal singh juga kena marah sampai orang percaya RPK juga kena marah. Orang percaya kepada kertas juga kena marah. Percaya kepada SK kena marah sehingga tak boleh terbitkan sk. Habis kilang cetak kena selongkar.
Selagi dengar dan ikut perangai buruk najib umno bn selagi itu jadi haru.
Jangan percaya kepada najib umno bn, beri sokongan kepada PR.



Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket Judi
Posted on Wednesday, July 07 @ 07:14:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: amkns

"Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan air mata seorang lelaki warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an.

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah.

“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini," katanya.

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.

“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000.

“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya.

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan telah diubahsuai.

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan, didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit. "Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini. "Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak RM130,000," katanya. Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan