Semuanya kerana umno mengambil yahudi sebagai penasihat.dan tiada seorang ulama umno berani menegur dan mengharamkan tindakan itu. Tidak ada seorang yang berani menyergah zahid hamidi yang berjumpa dengan bekas perdana menteri israel. Israel tu yahudi. malah kata si zahid kita sama saja. secara dalaman menyebutkan bahawa seolah si zahid mengaku dia juga yahudi.
SHAH ALAM 28 Ogos - Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah melahirkan rasa kesal di atas tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi amaran kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berhubung lawatannya ke Surau Al Huda Ahad lalu serta menggantung jawatankuasa surau tersebut.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ean yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram beliau menyeru Mais supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.
"Saya tidak mahu lihat isu ini dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, Umno dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakkan keharmonian masyarakat kita," kata Ean.
Ean berkata beliau difahamkan Nie Ching hanya berkunjung ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu untuk menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.
"Pada ketika itu, beliau hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir. Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau.
"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramandhan yang suci. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," jelas Ean lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan