ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 5 Ogos 2010

Benar itu sifat wajib Bagi Rasul

Harussani kata dia tak bohong. Mustahil mufti bohong. Jadi sekarang adakah Datuk Zaitun bohong atau Dzulkarnain yang tak cakap betul.
Beranikah mereka itu bersumpah?
saja kita tanya mana tahu kalau mereka berani.
masing-masing pakat pergi mesjid belaka.
siapa y6ang kena pergi dulu?
Dalam kes pertama Harussani kena buat dahulu
Dalam kes SKeadilan Datuk Zaitun kena bersumpah kerana dia yang mendakwa dia belum terima. Barangkali benar dia belum terima kerana telah di letakkan dibawah kepada bawah fail. Jadi dia boleh kalau dia nak bersumpah.
Ternyata semuanya dalih nak sembunyi tangan jadi kerana Datuk itu seorang wanita barangkali ini peluang untuk mencantaskannya. Kalau dato tu sememang berniat tidak baik maka dia sebenarnya mengundang sumpah seranah dan doa laknat dari rakyat ramai. Tertanggung atau tidak dia sendiri yang boleh menjawabnya.

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 5 Ogos - Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad didakwa tidak bercakap benar berhubung isu surat jawapan daripada Suara Keadilan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Menurut laporan media semalam Zaitun berkata pihak KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan kali pertama dan pihaknya tidak lagi menerima penjelasan daripada lidah rasmi KEADILAN itu walaupun diminta berbuat demikian.

Katanya lagi, KDN belum membuat keputusan sama ada akan menggantung terus akhbar tersebut atau membiarkan sahaja permit penerbitannya tidak diperbaharui.

Mengulas perkara ini Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib menjelaskan komen Zaitun tersebut tidak bersandarkan fakta dan dianggap satu pembohongan.

"Pada 28 Jun pihak Suara Keadilan dipanggil bertemu dengan Ketua Setiusaha KDN dan selepas sahaja tamat perbincangan, saya telah diserahkan surat tunjuk sebab berhubung artikel 'Felda Bankrap'.

"Surat bertarikh 29 Jun tersebut telah kami jawab dan diserahkan kepada pejabat KSU pada 30 Jun, iaitu sebelum mesyuarat yang membincangkan permohonan memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan.

"Pada 2 Julai pula kami menerima satu lagi surat daripada KDN yang menyatakan pihak kementerian tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung surat tunjuk sebab," jelas Dzulkarnain.

Tambah beliau surat tersebut tidak memerlukan jawapan kerana ia dianggap sekadar makluman bahawa KDN tidak menerima penjelasan Suara Keadilan disamping menyatakan pihak akhbar juga tidak menjawab tiga surat peringatan yang dihantar sebelum ini.

"Selepas itu KDN menghantar surat yang ketiga bertarikh 9 Julai meminta pihak kami menjawab surat mereka bertarikh 2 Julai.

"Itu pun kami telah menghantar surat jawapan dengan tangan pada 12 Julai kepada pejabat KSU juga. kami ada salinan yang mempunyai cop serta tarikh penerimaan daripada pejabat KSU. Jadi saya musykil apabila Zaitun memberi penjelasan yang berbeza kepada pihak media mengenai isu ini.

"Bagi Suara Keadilan, kami telah jawab kesemua surat KDN. Hanya KDN sahaja yang sehingga kini masih tidak memberikan salinan tiga surat peringakatan yang kononnya mereka hantar kepada kami sebelum ini," ujar beliau lagi.Dzulkarnain berkata sehingga kini KDN masih membisu dan tidak memberi sebarang maklum balas berkaitan surat jawapan Suara Keadilan bertarikh 12 Julai tersebut.

"Kami masih menunggu kalau-kalau KDN masih tidak berpuas hati terhadap penjelasan lanjut kami berhubung isu Felda. Kalau tidak berpuas hati beritahu kami. Kami akan berikan lagi penjelasan lanjut. Sementara menunggu keputusan muktamad daripada KDN pihak KEADILAN akan terus menerbitan akhbar tidak berkala setiap minggu.

"Saya harap KDN telus dalam hal ini dan tidak bermain politik dan idak tunduk kepada tekanan politik. Jalankan tugas secara profesional kerana rakyat memerhati segala tindak tanduk KDN," tegas Dzulkarnain.

Permit penerbitan Suara Keadilan tidak diperbaharui pihak KDN setelah ia tamat tempoh sahlaku pada 30 Jun lalu walaupun permohonan telah dikemukakan oleh KEADILAN sejak 11 Mac 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan