Seorang Lagi ADUN Wanita DAP Masuk Masjid!!
Posted on Monday, August 30 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: dperbatasan
"
Apa  yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita  UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung  Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk  bersama rakyat disitu.
Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching  dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang  solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama  sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah  akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam  masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan  sekarang ini.
Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih  Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya  mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak  UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk  mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah  itu.
Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat  apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau  dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?
YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir
Sesungguhnya  apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak  lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa  pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah  sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati  kesucian agama Islam itu sendiri.
Melihat aksi YB Hannah ini,  terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat  Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan  yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana  mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat  perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah  yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada  masalah dengan Islam.
Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan