ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 19 Ogos 2010

Bila syaitan berada dalam wajah manusia

Tiada kegentaran seksa Allah.
Tiada malu di bulan maha berkat.
Tak kira dalam diri sesiapa
Se alim mufti yang berani berkata bohong
sepandai hati yang dilembut bergelar DR
Semaya pemberita yang menghina ulama azhar
juga kepada seadil hakim yang menolak hujah DSAI
sedangkan sekarang dibulan ramadhan
sedangkan sekarang mereka itu berpuasa.
barangkali sekarang ada sedikit kecuakan
lepas ramadhan nanti bagaimana?

DSAI Tabahkanlah.

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bukan dirinya yang dibicarakan dalam kes Fitnah II tetapi badan kehakiman dan sistem perundangan negara ini sebenarnya yang diletakkan dalam kandang orang salah dan sedang 'dibicarakan'.

Anwar menegaskan rakya Malaysia tidak lagi tinggal di dalam 'zaman gelap' di mana undang-undang dan hukuman itu hanya dimilki oleh segelintir kelompok elit sahaja.

Namun, baginya hikmah prosiding kes Fitnah II terhadap beliau sebenarnya tekah berjaya membuka mata dan minda rakyat Malaysia yang mengikuti setiap aspek perbicaraan dengan teliti dan serius dan seterusnya setiap tindakan pihak pendakwaan dan keputusan hakim dijadikan perbincangan, topik perbualan dan perdebatan hangat di kalangan orang awam dan juga pengamal undang-undang berkenaan perjalanan kes tersebut.

"Kebenaran harus ditegakkan, dan hakim tiada pilihan selain daripada menangguhkan perbicaraan ini, apatah lagi dengan niat jahat. Kita kena faham dan realistik dengan sistem yang ada. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah tentu kita mengharapkan keadilan yang hakiki.

"Saya optimis, bukan kerana saya tidak percaya kepada sistem ini, tetapi keadilan akan dapat ditegakkan. InsyaAllah," kata Anwar diperkarangan Mahkamah Tinggi Isnin lalu.

Beliau bercakap kepada media selepas keputusan penangguhan perbicaraan kepada 20 September sementara menunggu keputusan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pasukan pembelaan untuj menggugurkan kes.

Mohamad Zabidin ketik membenarkan penangguhan prosiding berkata walaupun keputusan yang diberikan merupakan prinsip yang terpakai, tetapi keputusan itu merupakan satu contoh tertentu daripada keadaan istimewa.

Dalam kes ini, katanya seandainya rayuan pemohon dibenarkan, tuduhan terhadapnya juga akan gugur.

"Dalam hal yang demikian jika pendengaran masih diteruskan, segala usaha, masa, dan juga perbelanjaan yang membabitkan pihak pendakwa dan pihak yang membela diri atas pertuduhan yang kemudiannya dibatalkan, akan menjadi sia sia.

"Tetapi keputusan harus bererti dalam isu ini, iaitu kuasa dalam mahkamah yang di bawa adalah diasaskan atas dakwaan yang melibatkan integriti perbicaraan itu sendiri. Jadi, adalah lebih adil sekiranya ia diselesaikan terlebih dahulu oleh Mahkamah Rayuan sebelum perbicaraan diteruskan. Ini sebagai suatu keadaan istimewa yang memerlukan prosiding bagi menunggu keputusan rayuan.

"Oleh itu, permohonan penangguhan prosiding bagi menunggu keputusan di Mahkamah Rayuan adalah dibenarkan," kata Mohamad Zabidin ketika membacakan keputusannya.

Peguam Sankara Nair menjelaskan, penghujahan pasukan pembelaan adalah kukuh di mana rayuan bagi permohonan pengguguran pertuduhan masih belum didengar di Mahkamah Rayuan.

"Kita belum tahu lagi bila Mahkamah Rayuan akan memutuskan penghakimannya. Ianya sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam satu atau dua bulan. Sekirannya rayuan dibenarkan, ini (perbicaraan) akan menjadi sia-sia kerana kes ini akan memakan masa dan kos sementara menunggu permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan.

"Keputusan ini agak mengejutkan, namun melegakan. Sebelum ini, tidak pernah sekali pun permohonan kita dibenarkan. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit masa untuk membuat persediaan bagi menghadapi prosiding dalam Mahkamah Rayuan dan kemudiannya prosiding bagi perbicaraan akan disambung semula," kata Sankara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan