Dia kata mufti tak bohong tapi harussani berbohong.
Mufti tidak mencerca orang tapi harussani mencerca ustaz Ahmad Awang dalam negeri dan juga diluar negara.
Sekarang dia kata haram doa tapi dia suruh doa untuk kamalanathan.
Yang paling dahsyat yang dia kata haram tu. bila dia kata haram maknanya solat jumaat semua orang disitu tidak sah dek kerana khutbah taksah. macammana diani?
Dulu dia jadi imam solat hajat dan baca yasin minta doa semoga perampas kerajaan negeri perak menang kes mahkamah. Mencuri itu haram tapi harussani berdoa semoga yang mencuri dan merompak menang.
Orang seperti ini dilantik menjadi mufti ?
Monday, August 23, 2010
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau musnahkanlah mereka yang membuat fitnah ....

Hanya salah faham - Imam
TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.
Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.
Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.
''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.
"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.
Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.
Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya.
Sunday, August 22, 2010
2 comments:
-
Kalau doa untuk Kamalanathan tak pa pasal dewa Murujib dah kawtim.. Dewa yang bawa besi serampang tu pun takut kalau tengok Dewa Murujib.. Cuma Dewa Sammy je berani. Besar pahala puak-puak Ameno ni dapat, sampai malaikat lenguh nak tulis... Kah..kah..kah..
Harussani apalagi..harus la...
Kah..kah..kah..
Janggut sejemput....kah..kah..
Jangan degil woi...puak-puak Ameno
dengar cakap pemimpin korang...
Kalau pemimpin cakap hangpa musti dengar,..angguk je... jangan bantah
Nanti Harussani tak rekomen masyuk surga...kah..kah..kah...
Woi balek potong la..janggut sejempur tu...kah..kah... -
Firdaus,
Kita kena cakap berterus teranglah, Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak DR) ini sebenarnya adalah ahli UMNO dan akan menjadi jurucakap mereka kepada isu2 berkaitan agama dan kaum (nak glamour mcm CT Nurhaliza) walau pun tanpa meneliti dan menyiasat kesahihan berita tersebut, maka Tuan Mufti ini akan memberi ulasan (dari sudut hukum kununya) yang sentiasa memihak dan berat sebelah.
Tidak mengambarkan langsung yang mufti ini adalah seorang agamawan dan seharusnya berdakwah dan menyeru kepada kebenaran "Ammar Makruf Nahi Mungkar" Bukan semua kehidupan di seantero bumi ini adalah atas kuasa dan milik Nya? Islam, bukan Islam mahu pun tidak beragama (atheis) semuanya adalah makhluk Allah SWT!!!!
Jangan sempitkan fikiran orang2 ISLAM yang sentiasa dibelenggu kesempitan, dari segi ekonomi (pemimpin hanya kayakan kroni dan tembolok sendiri) mahu pun kesempitan dalam pemahaman ilmu agama (dakwah dan tabligh yang kurang berkesan)
Kalau agamawan dan pemimpin yang diamanah telah lari dari tanggungjawabnya jadi ada apa yang tinggal pada rakyat terbanyak dan MARHAEN?
'TEPUK DADA TANYA NAFSU-NAFSI'
Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.
“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan