ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 4 Ogos 2010

ESQ Natijah dari kebisuan ulama'

ESQ kembali lagi dalam kebisuan ulama besar kita termasuk yang tua seperti Harussani. Mengapakah persoalan itu tidak dikemukakan kepada ulama muda yang dikatakan 40 yang telah menyertai umno? Dikatakan Alasan terlalu umum? Mengapa seorang yang dikatakan ulama sanggup berkata begitu?
Satu ketika dulu ada pembesar negara kita mengatakan tak mahu melaksanakan hudud kerana hudud dalam qur an hanya 1% sahaja. Kenyataan begitu terlalu amat buruk dan menghina. Dengan meletakkan kata alasan umum untuk menolak pewartaan mufti wilayah amat tidak ilmiah.
Fatwa meletakkan kalungan bunga di tugu negara telah diwartakan. Mufti Wilayah ketika itu sanggup di tamatkan kontrak padahal apa sangat. Sedangkan meletakkan kalungan bukan untuk sembahan malah untuk memperingati sahaja demikian sebagai hujah orang besar dalam tentera. Namun fatwa dah sebut begitu begitulah.
Arak tu berapa % alcohol dalamnya sedangkan dalam tapai kandongan alcohol lagi tinggi. kenapa arak haram dan tapai halal. Soalan jangan pertikai perkara hukum.
banyak lagi perkara kekadang orang yang besar dalam agama merosakkan ummat. Harussani tidak terasa terpanggil dalam kes ESQ tetapi terpanggil sungguh dalam menyatukan umno dan PAS. Soalan bunuh saban hari, Buang bayi setiap hari, rompak samun yang berleluasa dan semalam bekas Adun dengan pembantu wanita mati tertembak yang dalam pencarian siapa yang menembak atau mereka bunuh diri telah terlepas jauh dari concern para ilmuan agama.
Lantas dengan warta mufti wilayah bergegas ulama indonesia untuk membetulkan konon pula.
Tanggung jawab kita hanya kepada Allah.

Ulama Indonesia: Alasan haram ESQ terlalu umum
Salhan K Ahmad
Ogos 3, 10
7:44pm

Kongsi 12
Dua kumpulan Islam terbesar di Indonesia hari ini tampil menyatakan sokongan kepada kaedah latihan yang dijalankan ESQ Leadership Center Sdn Bhd sebagai program yang tidak menyimpang daripada ajaran Islam.

Pandangan itu dinyatakan demikian ketua umum Muhammadiyah Prof Din Shamsuddin dan pemimpin Nahdhatul Ulama Drs Amidon Shabirah yang hadir ke satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.

azlanKetika menjawab satu soalan, Din berkata beliau mengalu-alukan pertemuan dan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi yang mewartakan fatwa bahawa latihan ESQ Leadership Training sebagai haram.

"Kita boleh bincang semua masalah untuk jernihkan hubungan antara kita... Kami sangat terbuka (untuk bertemu) tambahan lagi kami sudah datang ke (Malaysia)," katanya.

Difahamkan, usaha untuk mengatur pertemuan di antara pengurusan ESQ Leadership Center di Malaysia telahpun dijalankan melalui Jabatan Perdana Menteri.

NONEDalam pada itu, Din juga menyifatkan alasan yang diberikan Mufti Wilayah Persekutuan dalam memfatwakan ESQ sebagai haram merupakan alasan umum.

"Saya menilai kenyataan itu terlalu umum dan tidak mendasari hujah yang luas," katanya yang telah meneliti sepuluh alasan yang dikemukakan dalam pewartaan pengharaman tersebut.

"Dalam Islam kita diminta berhati-hati untuk menilai orang Islam sebagai sesat atau keluar akidah.

"Tidak semudah itu untuk menuduh seseorang sebagai sesat. Kalau saya ditanya, saya bertanggungjawab untuk memberikan pandangan (sebagai mufti)," katanya lagi.

Katanya, MUI mempunyai beberapa biro, termasuk biro fatwa dan biro kajian yang akan menjalankan penelitian terhadap aktiviti mazhab tertentu yang 'disangsikan' seperti gerakan Ahmadiah.

Jelasnya, persidangan MUI terakhir bagaimanapun tidak membincangkan perkara itu kerana ia dianggap bukan satu isu besar.

"Di Indonesia, isu ini dianggap sudah selesai," kata Din lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan