Allah jadikan setiap kejadian ada hikmahnya. Memangpun doa tok guru kepada si zahid tak nampak jadinya. tapi kalau dilihat betul-betul pastinya nampak.
Masa zahid ketua pemuda umno dulu dia sokong DSAI tapi bila mahathir balun dia memonyeh dia. dan sekarang kita tengok dia begitu berani menghina orang orang ada bersamanya. Pastinya orang umno yang bersama menerima hamper itu juga terasa hati.
dia akan menerima laknat Allah seperti mana yang diterima oleh yahudi dalamasa hidup lagi dan lebih lagi di akhirat kelak. Semoga Allah segerakan laknatnya kepada zahid hamidi.
Sombongnya Zahid |
Dalam majlis penyampaian hamper sempena Ramadhan di Rungkup Bagan Datoh baru-baru ini, dilaporkan oleh beberapa penerima yang Zahid ada berkata "...pembangkang kalau muka tak malu, ambil lah ". Itulah lebih kurang bunyinya kata-kata yang keluar dari mulut Zahid. Sinis dan cukup menyakitkan hati mana-mana yang mendengarnya.
Saya sifatkan kenyataan ini sekiranya benar adalah kenyataan yang sombong dan angkuh. Tidak sesuai dikeluarkan oleh orang yang bergelar wakil rakyat, apatah lagi seorang Menteri. Kalaupun Zahid orang UMNO BN, beliau tetap sebagai wakil kepada semua rakyat dan juga menteri semua rakyat tidak kira apa fahaman dan agama.
Saya percaya dana yang digunakan untuk membeli hamper adalah dana rakyat & kerajaan yang semua rakyat berhak menikmatinya bukan sahaja untuk UMNO BN. Inikah pemimpin yang berjiwa rakyat ?, di mana slogan 1 Malaysia yang dilaungkan selama ini ?
Sepanjang PR memerintah di Perak selama 11 bulan, PR juga ada memberi hamper kepada rakyat miskin, kita bagi pada semua yang berhak tanpa mengira fahaman politik dan agama. PAS Bagan Datoh sebelum ini sehingga sekarang setiap tahun memberi bantuan hamper hari raya kepada ratusan rakyat miskin di Bagan Datoh, juga tidak mengira fahaman politik, orang Ciba juga menerima hamper Tahun Baru Cina, begitu juga orang India.
Saya diberitahu nilai hamper yang diberi pula tidaklah banyak mana, hanya sekampit beras (5kg) gula 1kg dan kopi 1 paket. Semuanya bernilai RM 15.00. Pada Zahid sumbangan sebanyak itu sudah dianggap besar dan sangat berjasa kepada rakyat, sehingga penyokong pembangkang yang tidak malu sahaja yang boleh ambil.
Kalaulah penyokong pembangkang yang hadir hari itu mahu malukan Zahid dalam majlis tersebut, mereka boleh terus bangun dan berkata "Kami ni penyokong pembangkang, malu nak ambil' lalu keluar beramai-ramai, atau tindakan yang lebih agresif, sewaktu bersalam ambil beras tu kemudian hempas depan Zahid. Siapa yang dapat malu waktu itu ?, penyokong pembangkang memang pun sudah dimalukan oleh Zahid sebelum itu. Jadi yang hanya akan dapat malu ialah Zahid.
Tapi penyokong pembangkang yang hadir hari itu masih waras dan rasional, hanya Zahid yang membuat kenyataan yang tidak waras dan rasional. Rakyat Bagan Datoh wajar malu punya seorang wakil rakyat dan menteri yang sombong, mentalitinya serendah orang yang tidak berpelajaran bahkan lebih teruk dari itu. Dia anggap semua harta kerajaan dan kekayaan negara ini milik UMNO. Seolah-olah Allah mengurniakan nikmat di atas muka dunia ini hanya untuk UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan