ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 18 Ogos 2010

Masalah sosial kerana kebisuan ulama su'

Akibat dari kebisuan para ulama saban hari kita mendengar
1. Pembunuhan
2. Buang bayi
3. Keganasan
4. Pelbagai gejala dan persundalan.

Tiada seorang dari mufti yang bersuara.
kemana perginya mereka itu?
Barangkali mereka terlalu enak berada di empukan kerusi pejabat.
Tidak mengira dalam bulan ramadhan.
Gejala tersebut timbul
Mereka melakukan juga

Ketahuilah bahawa Iblis dan syaitan itu dua nama dan dua wajah.
Iblis mewikili wajah takabur dan kufur terhadap Allah. Iblis dalam nama iblis ini bersifat kufur engkar dan berusaha menyesatkan manusia. Dalam qur an " ABA WASTAK BARA WAKANA MINAL KAFIRUN"
Syaitan dalam wajah ini mendatangkan kezaliman kepada manusia. Syaitan boleh dilihat dalam wajah manusia. Ulama yang jahat atau ulama su' dikenali sebagai syaitan bisu.
Jadi manusia boleh melihat syaitan dalam wajah manusia iaitu seperti
1. Kalau dia ulama maka dia ulama yang jahat (ulama su')
2. Kalau orang lain maka dia sebagai orang yang zalim.
3. Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang menipu
4. Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang tamak
5.Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang kedekut
6.Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang jahat
7.Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang berbohong
8.Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang buat fitnah
9. Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang tidak berperikemanusiaan
10. Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang sombong
11. Dalam bentuk manusia juga sebagai orang yang degil
12. dan banyak lagi.
Jadi berpandu kepada sekurang-kurang 11 itu kita boleh buat andaian sendiri apakah ada syaitan dalam diri kita.
Jika kita ulama' tapi takut untuk menyatakan kebenaran maka bertapaklah dalam diri kita syaitan yang bisu.
Jika kita hakin yang takut yntuk melaksanakan keadilan maka jadilah syaitan bagi diri kita itu.
Jika perdana menteri melakukakan fitnah mehnah dan bersubahat atau membunuh maka perdana menteri juga menjadi syaitan.
Satu perkara yang perlu sangat di ingat ialah syaitan tidak akan insaf. Jadi orang yang telah bertapak dalam dirinya syaitan maka ia tidak akan insaf. malah akan sentiasa lazat dengan syaitan. tiada kebimbangan bagi diri mereka. mereka boleh senyum dan riang. kelihatan mereka riang. kerana syaitan berada dalam diri mereka.
sesungguhnya azab akan menenti mereka.
tak kiralah mereka siapa.
Samada mereka Raja, menteri, Hakim atau orang biasa.
Baca seterusnya
Intervensi - kes buang bayi
Posted on Monday, August 16 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: albangi

"Kes buang anak atau buang bayi ini adalah manifestasi kegagalan manusia mentadbir alam dan manusia. Kes buang bayi yang semakin tinggi mengajak kita berfikir bahawa punca dan sebabnya saling kait-mengait dan sokong menyokong. Apakah punca dan sebab? Kita boleh bincang puncanya tetapi ia akan mengambil masa yang panjang, dan kita bincang di lain masa. Apa yang sama penting sekarang ialah bagaimana kita membuat intervensi atau pencelahan untuk membendung hal ini buat sementara.

Saya ingin cadangkan beberapa langkah seperti di bawah

  • Tubuhkan satu JK Bertindak Buang Bayi (JK BBB) di peringkat negeri di bawah satu EXCO kerajaan negeri (ini adalah langkah no. 2 hingga no. 5)
  • JK BBB ini boleh terdiri dari Polis Negeri, JKM, Jab. Kesihatan, JPendidikan Negeri, Jab. Pendaftaran Negeri, Persatuan Klinik, Persatuan Doktor, JAIS, Pesatuan Kaunseling Negeri, Rumah Pemulihan, dan Jab. Penjara Negeri.
  • Derafkan satu peraturan khas diperingkat negeri supaya semua klinik dan semua doktor di negeri mengambil maklumat biodata demografik ke atas semua perempuan (samada sudah kahwin atau belum) serta menyimpan sampel darah mereka yang datang menguji air kencing untuk ujian samaada mengandung atau tidak mengandung di peringkat awal; dan menyimpan sampel darah mereka yang sah mengandung. (ini melibatkan langkah no. 2 dan no. 3)
  • Jalankan ujian DNA ke atas sampel darah atau tisu atau air liur klien dan simpan maklumat klien dalam pangkalan data khas sulit itu.
  • Serahkan pangkalan data sulit khas sulit ke satu pusat pangkalan data peringkat negeri dan boleh juga diakses di peringkat kebangsaan.
  • Apabila berlaku kes buang bayi, samada bayi masih hidup atau sudah mati, pihak hospital boleh jalankan ujian DNA ke atas bayi dan kemudian menyemak pangkalan data khas supaya boleh dipadankan DNA bayi dengan DNA si “ibu”
  • Dengan demikian, perempuan berkenaan tidak boleh terlepas dan akan dipertanggungjawabkan di atas bayi yang dibuang, dan secara tidak langsung, kes buang bayi dapat dibendung, untuk jangka panjang.

Langkah intervensi ini adalah langkah sementara sahaja. Terdapat persoalan lain yang perlu diselesaikan. Misalnya:

  • Setelah perempuan itu ditahan, apakah satu pihak sahaja iaitu perempuan itu sahaja bersalah? Apakah ia akan dikenakan hukuman mati seperti yang dicadangkan sekarang? Apakah ia berniat membunuh bayi atau tidak berniat membunuh bayi? (ini melibatkan langkah no. 2: penguatkuasaan/enforcement)
  • Bagaimana dengan si lelaki yang menyebabkan perempuan itu mengandung? Bagaimana dengan orang yang bersubahat membuang bayi yang tidak berdosa itu? Apakah tidak ada hukuman ke atas mereka sama? (ini melibatkan langkah no. 2: penguatkuasaan/enforcement)
  • Bagaimana kalau perempuan yang mengandung itu adalah hasil dari perkosaan yang berlaku ke atasnya?

JK BBB ini juga perlu menyediakan satu pakej perkhidmatan kepada perempuan yang mengandung luar nikah dan berpotensi akan buang anak ini. Pakej ini termasuk:

  • Peluang untuk perempuan itu terus menyimpan kandungan sehingga melahirkan anak (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah) (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Anak itu disahkan di sisi undang-undang diambil dan diuruskan oleh JKM samada untuk dijadikan anak angkat yang sah (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah)
  • Tempat bagi perempuan itu bernaung untuk tempoh mengandung sehingga melahirkan anak (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah) (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Hukuman dikenakan ke atas perempuan dan pasangannya yang membawa kepada kandungan itu; hukuman berat atau ringan boleh ditentukan oleh pihak mahkamah, samada mahkamah sivil atau mahkamah syariah). Hukuman ke atas perempuan boleh dikenakan selepas ia selamat bersalin dan selesai pantang. (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Peluang untuk pasangan itu berkahwin diberikan seluasnya selepas perempuan itu bersalin, serta boleh mengambil “anak angkat: tadi jika tidak berikan kepada orang lain. (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Sesi kaunseling dan pemulihan akhlak diberikan kepada perempuan itu dan pasangannya sekiranya pasangan itu dapat dikenalpasti. (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)

Ini bermakna walaupun perempuan yang mengandung luar nikah ini diberi ruang ‘selamat’ kerana untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya, ia tetap akan dikenakan hukuman, dan begitu juga pasangannya jika si lelaki durjana itu dapat dikenalpasti.

Mungkin langkah intervensi ini boleh membendung gejala buang anak-anak yang tidak minta dilahirkan dan tidak berdosa ini.

Di dalam sosiologi Islam, ada 5 asas kehidupan manusia yang harus dijaga dan dipulihara, samada oleh individu, keluarga agtau kerajaan . 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa

Apabila agama disia-siakan, maka no. 2-5 tidak akan terjaga, tidak terjamin, dan tidak selamat. Natijahnya ialah manifestasi gejala buruk manusia yang ada pada hari ini, berlaku secara 1 Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan