Baguslah kita harap yang pergi itu bila balik semua ambil borang PAS. Kalau sebelum ini mereka umno atau perkasa atau mereka bebas.
Yang mencadangkan itu patut juga hadir sama. Kita nak tengok apa ayat dia nak mula kata. Waktunya pagi jumaat. Kita minta menantu Tok Guru yang jadi bilal solat subuh pagi itu. Jadi tazkirah itu dalam masjid. Cantik majlis itu nampaknya. Si Pak syed belum jadi Ahli PAS. Dia sendiri tulis dalam blognya semasa sokong DatoZaid Ibrahim.
Lebih 20 Buah Bas Akan Ditazkirah Oleh Nik Aziz ?
Posted on Saturday, July 31 @ 16:37:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh: Mandor
Datanglah berpuluh-pulus bas atau keretapi sekali pun, ia suatu yang amat baik sekali. Mungkin perjumpaan itu nanti, Tuan Guru boleh beri sedikit tazkirah kepada rombongan yang gila kepada penyatuan Umno-PAS itu. InsyaAllah, kalau hati mereka belum ditutup rapat untuk menerima kebenaran, kesemua rombongan yang menemui Tuan Guru akan mendapat hidayah. Mereka akan kembali dan bersatu atas dasar Islam. Sudah tentunya mereka akan bersatu di bawah PAS, bukannya Umno yang sekular itu.
Sebab itu, kita patut alu-alukan rombongan tersebut dan kita minta dibenarkan lebih dari 20 buah bas yang akan menemui Tuan Guru Nik Aziz. Di sana nanti, Tuan Guru boleh beri penjelasan apakah bentuk penyatuan yang wajib di sisi Islam. Mungkin berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Mufti Harussani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan