Kerana itu apakah mesti yang mahathir kata wajib?
Sebenarnya membaca doa dengan menyebut nama hanyalah Harus. Yang penting atau yang wajib ialah membaca doa untuk sekelian muslimin. Misalnya " ALLAHUMMA GHFIGHLIL MUSLIMIM"
kALAU TAK BACA YANG ITU, SEBUTLAH NAMA SESIAPAPUN YANG BESAR-BESAR DAN TINGGI MELANGIT SEKALIPUN TAK JADI, MALAH AKAN BATAL KHUTBAH JUMAAT ITU!
Kalau khutbah batal dan tak sah sembahyang jumaat jadi macam-mana.
Kita berbicara dalam hal khutbah ini hendaklah berdasar kepada oeratutan yangtelah ditetapkan oleh syarak itu sendiri. Tak boleh pakai akai sahaja.
Jadi mahathir hanya pakai akai sahaja sehingga dia mengatakan doa kepada ketua negara itu mesti. Isu khutbah sebenarnya memberi suatu terjemahan akan kejahilan sebahagian para pengkritik
Khutbah: Nama ketua negara Islam mesti disebut | ||
|
![]() |
"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa.
"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.
![]() |
Katanya walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.
"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.
"Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya.
![]() |
Justeru katanya kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.
"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentng persaudaraan ini," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan