Boleh jadi brahim ali juga begitu
Alamak malunya ada pemimpin tak mengerti bahasa sedangkan dia lulusan ITM macammana tu ha.
Masa Mat Taib pelari duit pakai kilo dulu semasa bicara dia kata dia tak tahu bahasa inggeris. macammana dia pergi kenegeri yang dia tak reti bahasa?
nak tipu mahkamah agaknya?
Pelajaran bahasa Inggeris untuk Ibrahim Ali | |||
|
Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.
Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.
Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.
Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.
Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.
Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.
Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung “kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.
Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.
Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.
[Baca berita penuh]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan