Macam-macam cara orang tidak menghormati ramadhan. Ada pekedai menjual makanan dibulan ramadhan itu dikira menghina ramadhan. Bukan salah menjual tetapi waktu penjualan itu. Kalau waktu pagi dah menjual makanan pastinya yang dijual itu kepada orang yang tidak berpuasa.
Dalam bab yang lain pula bila dijual dibenarkan pula pembeli makan dalam kedai atau restorent itu. Bila ditangkap pekedai itu dikenakan denda RM300. Demikian seperti yang dilaporkan dalam berita TV semalam. Pembeli yang membeli makanan jika tertangkap juga akan didenda RM300.00 seorang. Masalah kalau tak tertangkap Pekedai akan mengaut keuntungan yang berlipat ganda yang katanya boleh untuk makan setahun. ribuan malah mencecah kepada puluhan ribu. Mungkin orang tak percaya. Bayangkan seperti kedai makan di lenggong pun boleh dapat harian sekitar RM3,000.00 di bukan bulan puasa dan jika dalam bulam puasa harga akan berganda maka keuntungan akan berganda juga. Keadaan ini yang menyebabkan pekedai akan terpengaruh untuk menjalankan perniagaan juga dalam bulan ramadhan. Tapi jika ditangkap dan didenda dengan berat misalnya 10x ganda orang yang membeli iaitu RM3,000.00 bagaimana? jika tiap-tiap hari kena tangkap pastinya pekedai akan serik.
Dalam menghadapi karenah orang yang tak berpuasa ini peranan penguasa amat penting. Di zaman-zaman terdahulu. Sultan berperanan dengan baik. Orang yang tidak berpuasa dan tidak bersolat jumaat akan ada denda tersendiri. Pernah orang lenggong melihat orang yang didenda kerana tak berpuasa dan makan dikhalayak ramai dan juga tidak bersolat jumaat sebanyak 3 kali berturut tanpa uzur. Itu cerita tindakan di zaman Sultan-Sultan terdahulu yang memerintah negeri Perak. Kerana itu dari dulu lagi masyarakat islam menghormati orang islam Negeri Perak.
Kini Penguasa peringkat daerah terpaksa bertegas dalam menhadapi ada segelintir peniaga yang sengaja bersikap degil ingin menjalankan perniagaan di awal pagi. Alasan peniaga mereka perlu menjual makanan kepada pemandu-pemandu lori yang bukan islam dan pemandu lori yang tidak berpuasa kerana perjalanan yang lebih 2 marhalah. hebat juga hujah mereka.
ii
Pasal makan dibulan ramadhan ternyata menghina ramadhan. Dalam hal lain yang menghina ramadhan tidak diperkatakan orang. Cakap bohong dan berdusta merupaka satu perkara buruk yang sering dilakukan oleh segelintir. Apakah atas rasa tanggungjawab mufti berkata dan memfitnah kepada pemimpin PR dengan isu terbaru perlembagaan baru?
Apakah tidak menjadi fitnah bagi manusia yang bernama Ridhuan Tee Abdullah yang memegang gelaran Dr bergamak dan dengan gah mengatakan pemimpin PAS selalu mengkafirkan orang. Dia berkata begitu atas dia sebagai apa? Adakah dia fikir dia berhak untuk berkata begitu?
Orang kenal orang itu dia muncul dalam forum perdana ehwal islam yang disiarkan di tv. Dia muncul setelah golongan seperti Dr Haron Din. Dr Hasan Ali, Dato Ishak Baharom dan lain yang terkemukakan digam dan tidak dibenarkan dalam forum ehwal islam. Selepas itu baru muncul orang ini yang bernama Redhuan Tee Abdullah. Kenapa dia terus ada kerana dia buta terhadap kebejatan umno. Dia juga bisu terhadap kebejadtan umno.
Dia tidak berani untuk menyalahkan umno.
Tahniah kepadanya kerana Allah memberi hidayah kepadanya. Dr Ridhuan seharusnya muhasabah dalam diri untuk mencari keredhaan hakiki disisi Allah. Memfitnah orang yang beriman itu amat berat. Bacalah "Alfitnatu Asyaddu Minal Qatlu"
Hidayah kepada kamu itu amat berharga. Kamu berkata bapihak yang celaka itu sesuatu yang membinasakan amanah yang Allah berikan kepada kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan