- 1 LAGI RUANG MASIH KOSONG -
Kini sah, DAP lebih hormat Islam dari UMNO..... Posted on Saturday, August 28 @ 18:11:37 PDT Dilulus untuk paparan oleh kerissakti |
Oleh: notan
"Assalamualikum,,
Meneliti semula beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang Ramadan ini, aku mula merasa mual dan muak dengan gelagat pemimpin dan pencacai UMNO yang terus menerus dengan agenda bathil mereka.
UMNO sudah nyata sudah hilang deria untuk mendengar dan mentaati, sudah tidak gerun lagi dengan amaran ALLAH, sudah tidak merasa keperitan seksaan mati walaupun baru berlaku kes bunuh dan bunuh diri di kalangan mereka dan sudah hilang keyakinan dengan janji tawaran istimewa Ramadan.
Pencacai UMNO menuduh MP DAP yang memasuki surau untuk menyampaikan bantuan sempena Ramadan tempah hari bertelanjang sedangkan hampir setiap hari wanita dan puteri UMNO kelihatan bertelanjang di sana sini termasuk juga di dalam masjid.
Sebelum itu, dihebohkan kisah seorang khatib bedoa kepada orang kafir di dalam khutbah jumaat yang kemudiannya dihukum haram oleh UMNO kerana melanggar etika khutbah.kebetulan yang didoakan itu adalah pemimpin DAP seperti mana MP yang masuk surau.
Makin pelik kejadian di Ramadan kali ini, DAP semakin hampir dengan Islam pada ketika pemimpin veteran mereka terus menerus membantah negara Islam dan hudud tetapi UMNO pula mula menjauhi diri mereka dengan agama.Malang kerana perbuatan UMNO ini berlaku di bulan Ramadan yang penuh barakah.perbuatan menukar fatwa dan hukum agama sesuka hati mereka, perbuatan meyebarkan pembohongan demi pembohongan dilakukan UMNO di bulan Ramadan sedangkan di bulan Ramadan ini jugalah sambutan merdeka negara akan diadakan.Malang bagi UMNO kerana tidak menyedari bahawa di bulan Ramadanlah terdapatnya peluang untuk mendapat kemerdekaan yang sejati tetapi walaupun mereka beriya iya untuk membuat persediaan menyambut merdeka, mereka juga meneruskan agenda menyebarkan kebahtilan yang bakal mengundang kemurkaan ALLAH(jauh lebih dasyat dari kemurkaan Sultan).
ALLAH maha berkuasa menentukan segalanya.Siapa sangka pada ketika UMNO memilih untuk menjauhkan diri dan agama, tiba tiba DAP yang sebelum ini dikenali sebagai anti Islam mula mendekatkan diri mereka dengan Islam.Tidak ada pemimpin politik hatta dari PAS yang pernah didoakan dalam mana mana khutbah jumaat sebelum ini.TGNA menjadi MB Kelantan lebih 20 tahunpun tidak pernah didoakan dalam khutbah.begitu juga Mahadir yang hebat menjadi PM Malaysia begitu lama juga tidak pernah didoakan oleh khatib.Tetapi LGE, pemimpin DAP yang juga KM Penang mendapat penghormatan itu sejak dua tahun yang lalu, satu tempoh yang hampir sama dengan tempoh beliau menjadi KM.
Begitu juga dengan masjid dan surau mula dikunjungi oleh pemimpin DAP untuk menyampai bantuan (bukan untuk berkempen seperti Rosmah dan lain lain pemimpin UMNO) serta untuk sama sama menyertai majlis berbuka puasa bersama sama orang Islam.Tetapi sekali lagi UMNO memilih untuk menjauhkan diri dari agama apabila menuduh pemimpin DAP yang bukan Islam dilarang dari memasuki ruang solat utama masjid dan surau kerana alasan junub atau wanita didatangi haid.Begitu cepat mereka mengubah fatwa kerana baru tahun lepas, jakim mengatakan harus bagi orang bukan Islam memasuki ruang utama solat masjid.Begitu juga tuduhan pencacai mereka bahawa yang masuk surau itu bertelanjang turut mengandungi unsur mengubah hukum sama seperti permintaan Noh Omar agar kerajaan PR Selangor mengharamkan rumah urut sepanjang Ramadan ini.Cepat benar UMNO dalam soal mengubah hukum tanpa mereka sedar bahawa mereka semakin jauh dari agama dan DAP yang mereka dakwa anti Islam itu semakin hampir pula dengan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan