Sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah ditempelak oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz merujuk kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Kamalanathan yang tidak beragama Islam telah masuk ke dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek.
Pengerusi Mais dan Pengarah Jais yang sebelum ini mengeluarkan 'fatwa' kononnya orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar' memperlihatkan bahawa mereka telah menggunakan neraca politik dan bukan neraca agama dalam tindakan mereka.
"Apabila mereka bersikap double standard dalam isu Teo dan Kamalanathan, amat jelas mereka melakukan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah Sultan Selangor," kata beliau.
Sebab itulah, kata Mahfuz, beliau berharap Sultan Selangor tidak membiarkan kedua-duanya menjadikan hal-ehwal Islam sebagai mangsa kepentingan politik mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan