Polis perlu telus jika tidak semakin ramai yang tidak akan mempercayai kepada polis dan kehakiman.
Orang ramai kata polis malaysia cekap benarkah begitu. Persoalannya kalau cekap tentu dapat diselamat dalam hidup-hidup tetapi apa yang terjadi? Mustakhizah dadapati mati, Narita mayat ditemui mati. Nurin Jazlin mayat dalam beg. Altantuya mayat berkecai dan sosilawati mayat tinggal habu. namun ramai orang yang diwar warkan mengatakan polis malaysia cekap. Benarkah? Kejadian demi kejadian seolah-olah menafikan kecekapan polis.
Sememangnya polis malaysia amat cekap dalam kes polis. Bila polis malaysia bergabung dengan perundangan malaysia dalam hal politik PR ternyata amat utuh.
Lihat sahaja Kes rampasan kerajaan perak. Speaker yang sah diusung dan dikurung polis tak dapat tangkap pelaku. Tapi bila mesyuarat dun dengan speaker ganison penuh polis.
Lihat bagaimana kes DSAI dan banyak lagi.
Rakyat menderita dengan kelemahan polis. Benar juga apa yang dikatakan oleh bekas IGP tan sri musa hasan ada tangan ketiga.
Pembunuhan kejam di Morib : soalan bocor
Posted on Monday, September 13 @ 09:10:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,..
PAS mengganggap pembunuhan yang baru terjadi di 1Malaysia sebagai pembunuhan kedua kejam selepas pembunuhan Altantuya @ Aminah bt Abdullah.Pembunuhan ini juga merupakan pembunuhan 1Malaysia di mana yang membunuh adalah orang India dipercayai beragama Hindu yang mahir dengan pembakaran mayat dan yang dibunuh semuanya orang melayu Islam yang sedang berpuasa Ramadhan.Di samping itu,
kelibat VIP yang dikaitkan dengan pembunuhan masih belum diketahui namun soalan sudahpun bocor berkaitan keputusan akhir penyiasatan dan pendakwaan.Rata rata rakyat 1Malaysia meramalkan akan berlaku plot perbicaraan dan keputusan akhir perbicaraan yang sama dengan Altantuya, Norita dan wakil rakyat UMNO di Sabah dulu.Inilah soalan bocor yang sudah diketahui jawapannya oleh rakyat.
Keluhan agar PDRM bersikap telus dan adil dalam penyiasatan dan pendakwaan hanya ditertawakan oleh rakyat.Hasrat untuk melihat kebenaran dan keadilan ditegakkan hanya mimpi bagi kebanyakan rakyat.
Sebaliknya, rakyat cukup yakin dengan kambing hitam yang akan disembelih untuk menyelamatkan VIP yang terlibat.Itulah sifir dan cakap cakap yang boleh didengar di sana sini termasuk di beranda beranda masjid.
Soalan sudah bocor tetapi ALLAH maha berkuasa menentukan segalanya.Tak siapa tahu apa yang bakal berlaku esok tetapi semuanya tetap di dalam Ilmu ALLAH, jadi sama samalah berdoa agar kezaliman dan kebathilan dihapuskan ALLAH dan kebenaran ditunjukkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan