adakah kecekapan itu (kalau cekap memberikan berita gembira kepada mangsa atau keluarga mangsa?) Kita merasakan kecekan polis malaysia bertempat. Mereka hanya cekap dan teliti bila berhadapan dengan ahli dan penyokong PR. baca berita dibawah.
KUALA LUMPUR 15 Sept - Tujuh anggota polis didakwa mencabul kehormatan seorang Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan tiga anggota parti dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan membuka baju dan seluar serta meraba alat sulit mereka.
MS Arjunan yang mengetuai Ranting Taman Ehsan Tasek, Ipoh berkata polis menahan keretanya ketika beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh padam 7 September lalu.
Ketika polis menahan keretanya, Arjunan berkata salah seorang daripada tujuh anggota polis tersebut telah memarahi beliau dengan mengatakan belau tersalah jalan dan menggunakan ungkapan 'India mabuk'.
"Seorang anggota polis kemudian mengetuk cermin tingkap kereta saya seolah-olah mahu memecahnya. Mereka kata polis mempunyai kuasa untuk periksa semua barang dalam kereta.
"Mereka juga menyeluk poket kami dan mengambil talipon bimbit dan membuat pemeriksaan badan sambil meramas alat sulit saya dan juga rakan-rakan saya," kata Arjunan dalam satu sidang akhbar disebuah restoran di Jalan Ipoh tengahari tadi.
Beliau berkata perbuatan anggota terbabit telah memalukan beliau dan tiga rakannya kerana perbuatan itu dilakukan ditepi jakan sambil diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain.
Salah seorang rakan beliau, A Kalaimughilan lalu menegur perbuatan anggota polis tersebut tetapi disambut dengan ugutan untuk membogelkan mereka atas alasan polis berkuasa berbuat demikian.
"Apabila kami mahu mengambil nama dan nombor anggota mereka menutup dengan tangan mereka tetapi seorang anggota polis dengan berlagak seperti samseng membuka bajunya dan mencabar kami mencatit nama beliau," jelas Arjunan lagi.
Tidak berpuas hati terhadap layanan kasar yang dianggap melangkaui bidang kuasa polis, Arjunan dan tiga rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentosa pada hari yang sama.
Mereka juga bercadang menyerahkan bertemu dan kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak mereka mengambil tindakan tegas ke atas tujuh anggota polis terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan