Kerap sangat berlaku yang melibatkan polis terutama selepas PRK Hulu selangor. Ujian ini sebenarnya terhadap KP Selangor.
Dalam setengah isu tidak di siasat dengan teliti.
mula dengan adik Nurin yang tiada tangkapan kepada adik Syalini yang tak tahu dimana.
kepala lembu, bakar gereja. Tony Puah dapat peluru, Tian Chua yang dituduh gigit polis. Ada vip raba pekerja hotel jadi senyap (sory itu di KL) dan banyak lagi yang di selangor termasuk juga bekas adun yang dikatakan bunuh diri.
Saiful azlan mengaku diliwat di KL atau juga diselangor. Tapi si Rahimi lapor di klang. Sosilawati kes belum didakwa dah mari pula yang ini. Aminurrasyid baru dakwa semalam dengan kata ada 19 klonsong peluru.
aduh semakin banyak kerajaan PR selangor diserang insya Allah semakin banyak petaka yang akan timbul di Selangor.
KUALA LUMPUR, 13 Okt [9.35 am] - Juara sebanyak 32 kali, Selangor bukan saja gagal mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam, malah saingan di Stadium Shah Alam turut dicemari pergaduhan di antara penyokong Merah Kuning dan Kelantan.
Kekecohan yang dicetuskan penonton kedua-dua pasukan, selain pesta bunga api dari tempat duduk penonton mengganggu kerancakan perlawanan. Paling mengejutkan, belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kekecohan bolasepak hingga membawa kepada kematian. Namun ia berlaku dalam perlawanan semalam. Anehnya, media arus perdana tidak melaporkan perkara ini. Apakah yang mahu disembunyikan agaknya.
Difahamkan, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia akaibat serangan daripada penyokong Selangor selepas perlawanan itu. "Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan.
Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan