Bunyi bukan main kuat. Begitulah jadi kepada perkasa yang diperkasakan oleh media. Media yang memperkasakan perkasa ialah milik umno-bn. Media perkasa sendiri tak laku. Perkasaan perkasa oleh media sekadar menjadi meriam kabard. Tetapi biarpun begitu ia juga menggerunkan umno seperti berita dibawah.
Hishamuin hunus keris mca marah.
brahim ali hunus keris berani pulak dia mencabar Soi Lek.
kalau lah berani brahim ali pergi bertanding di DUN galas macammana?
tentu seronok kan?
PERKASA jadi 'raksasa' kerana mediaPosted on Wednesday, October 06 @ 20:14:33 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu Oleh Salhan K Ahmad & Regina Lee
Media yang memberi liputan terlalu luas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sehingga NGO tersebut kini menjadi begitu popular dan ditakuti masyarakat, kata setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau menyifatkan PERKASA sebagai satu makhluk raksasa yang mengerikan (monster), dan menyalahkan media kerana menyebabkan pertubuhan berkenaan dipandang sedemikian.
Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, beliau cuba mententeramkan keadaan dengan mengatakan, PERKASA juga sama seperti pertubuhan lain yang memperjuangkan hak kaum masing-masing di negara ini seperti Dong Jiao Zong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan