sebab itu dia masih menentang arus sebanar islam.
Adun Lompat: Mudarat Banyak Sebab
Posted on Wednesday, October 20 @ 04:57:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh Drs Raja Ahmad Al-Hiss
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak bersetuju penjelasan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria yang masih mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti tidak bersalah dan merasakan perjelasan tersebut tidak mengambil kira pelbagai kemudaratan yang menyeluruh.
Sudah tentu Agama Islam melarang umatnya melakukan pecah amanah yang telah dikhianati oleh ADUN tersebut. Sudah tentu rakyat yang telah memberikan undi kepada ADUN tersebut kerana faktor partinya dan bukan individu tersebut. Oleh kerana yang menang tersebut membawa amanah partinya, maka yang pecah amanah tersebut telah menafikan hak partinya dan rakyat yang memilih di atas kemenangannya.
Sekarang ini, pencapaian ekonomi menerusi FDI di Negeri Perak setelah kemelut dahulu masih memberikan tekanan kepada pelabur asing yang tidak yakin akan pelaburan mereka di Perak. Mana mungkin keselamatan pelaburan mereka di atas sebuah kerajaan negeri yang berkuasa oleh ‘kuasa ketiga’. Faktor ini jelas menunjukkan bahawa ADUN tersebut adalah punca utama menyebabkan krisis keyakinan sehingga sekarang.
Pentadbiran ‘di hujung tanduk’ kerajaan negeri juga menjadi persoalan yang masih tidak terjawab disebabkan wujud blok ‘kuasa ketiga’ kerana kebergantungan daripada ADUN Bebas tersebut. Persoalan masih tidak terjawab, kenapa ADUN Bebas tersebut tidak menyertai mana-mana parti di dalam Kompenan Barisan Nasional (BN) bagi mengakis keyakinan perubahan semasa Persidangan DUN di dalam usaha ‘undi tidak percaya’ nanti.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan