ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Ahad, 27 Februari 2011
Simple analogy
Sabtu, 26 Februari 2011
Mata ada cuba tengok hey TV3
Kata Datok Nikah Kawin.
Hukum itu dia yang buatnya.Saturday, February 26, 2011
Najib kalung bunga di makam Bapa Sekular Dunia, betui ka Zul Kulim pun ada ?
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]
Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki
Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]
Qardhawi tahun lalu dianugerahkan Tokoh oleh Agong
Tahun ini najib menuduh pengganas?. Sedangkan darah altantuya yang terpalit padanya belum dibersihkan.
|
TV3 tak pandai kira
Sekitar hari penamaan calon PRK N27 Merlimau, N28 Kerdau |
Harakahdaily |
Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka dan dun Kerdau, Pahang. 11.30 am: KERDAU - Pegawai pengurus pilihan raya memaklumkan dua calon yang sah bertanding, Syed Ibrahim Syed (BN) dan Hassanuddin Salim (PAS). 9.40 am: MERLIMAU - Suasana di luar pusat penamaan gamat dengan suara para penyokong kedua-dua belah pihak yang berbalas sorakan. Penyokong Pakatan Rakyat turut membawa sepanduk dalam pelbagai bahasa yang menyatakan sokongan terhadap calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat. 9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak. Turut kedengaran laungan 'Reformasi'. Sehingga kini keadaan terkawal dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. 8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini. 8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan. 8.08 am: KERDAU - Bacaan doa oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. 8.00 am: KERDAU - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi tiba di tempat permulaan perarakan.
7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk. 6.30 am: KERDAU - Para penyokong PR mula di tempat perakan dimulakan |
Rabu, 23 Februari 2011
KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????
Selasa, Februari 22, 2011
Setelah tamat perkhidamatan di Mesir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai seorang senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegang jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
DUTA KE ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar, mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. Orang-orang lama di Grik dan Lenggong masih bersosek2 kisah nie....
Selasa, 22 Februari 2011
Bob Lokman sertai PAS- ada yang tidak diketahui
Beliau hanya dikenali di layar TV tetapi beliau seorang yang berjiwa murni. Tahniah kepadanya. Syukur kepada Allah atas rahmatan kepada manusia. Kunjungi blog Lokman atau klik
http://boblokman.blogspot.com/
Semasa solat hajat memohon pertolongan Allah di selangor wajahnya telah kelihatan. Sebagai Penyokong PAS PR kita semua perlu doakan semoga Allah berikan kekuatan kepadanya.
Tahniah Bob Lokman kerana menyertai PAS sebagai wadah membentuk diri dan bersama-sama jemaah PAS untuk mengubah masyarakat Malaysia secara umumnya. Sebenarnya Wak ada sedikit cerita peristiwa yang berlaku pada tahun 1998.. Wak dulu pernah dimarahi Bob Lokman tengah buat setting bunyi semasa sukan komangwell sedang berlangsung tika itu. Mungkin kerana sifat ingin tahu Wak semasa itu, terlupa sudah masuk kat ruangan kerja saudara Bob Lokman nih..
Takperlah, kisah lama tuh... Sekarang nih, Bob Lokman sedang cuba-cuba buat blog untuk garapan mindanya pula. Wak lihat, ramai sudah yang menziarah blog beliau dan sempat gak sebutir dua komen dari Wak di sana. Penulisan beliau lebih berbentuk peribadi dan membentuk masyarakat juga. Wak harap, beliau teruskan berkarya selalu untuk membentuk golongan muda dan tua seperti Wak jugak..hehehehehe
Wak sebenarnya meminati karya Bob Lokman dari dulu lagi. Bila beliau berhijrah ke dunia milik Allah SWT ( cebisan dari ucapan beliau di youtube.. ), Wak bertambah suka lagi.. Nampak kejujuran dalam penulisannya disana dan kekesalan beliau jalani sebelum ini.. Wak harap beliau sentiasa maju jaya dan dipermudahkan perjalanan hidupnya. Harap-harap, lepas ni, ramai lagi selebriti mengikut jejaknya.. Jangan artis masuk UMNO udah ler..hehehehehe.. Teringat Wak, Erra Fazira jadi Puteri UMNO..hehehehehe.. Uih kisah lama jugak nih.. hahahahaha.. Wak nih bising jer lebih, masuk parti politik pun idak.. ~ngee~ngee~
Okaylah, sebagai penutup entri ini... Wak harap pembaca pun jenguk-jenguklah blog beliau disana.. Walaupun baru 3 entri disana.. Dah ramai pembaca disana.. Korang pakat-pakat sokonglah beliau disana.. Tak sokong blog Wak pun takperlah..hahahaha.. Itu sahaja merapu Wak kali ini.. Sekian terima kasih sudi membaca entri Wak nih...
Isnin, 21 Februari 2011
Bob Lokman sertai PAS
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin. Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS. Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal. Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu. Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah. Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS? Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak. Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu. Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS? Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul. Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti. Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara. Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka. Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan. Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat |
Pak Lah digunakan untuk menyerang PR Pulau pinang
Mahathir yang dah lupa digunakan untuk menyerang PAS dan Tok Guru. Sebabnya si mahathir orang yang sekular tak ada pendidikan agama secara formal. Bila dia cakap dia merapu. Dulu dia mengaku dia ulama juga. Bukan sahaja orang PAS sahaja yang gelak kat dia malah orang umno pun ketawa berdekah-dekah kat dia.
Sekarang yang gambar tidur sebelahni digunakan untuk menyerang LGE di pulau pinang. Selepas My Balik pulau dah nak senyap orang sebelahni berkukuk pula.
Pilihanraya Universiti - Calon hilang?
Dulu kita dengar calon PAS kena colek.
ADUN PKR di Perak dicolek.
sekarang calon MPP boleh hilang? apalah agaknya.
Calon Hilang: Pro-M mahu pentadbiran UM bertanggungjawab
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) hari ini menuntut pihak pentadbiran universiti bertanggungjawab di atas kehilangan seorang calon kerusi umum Pro-M, Masturah Abu Bakar. |
Ahad, 20 Februari 2011
Jumaat, 18 Februari 2011
Nasib seorang yang digulingkan.
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com |
Ramai orang ingin mengetahui nasib bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang telah digulingkan baru-baru ini yang bermula dari laman sosial, facebook dan twitter. |
Khamis, 17 Februari 2011
Nik Aziz - Dr. Mahathir Gagal
Nik Aziz: Allah Maha Besar, bukan Melayu, Cina, India
Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.
"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.
"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).
Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.
Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.
Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.
Sambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.
"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.
Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.
"Kenapaa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.
Antara kalimat dalam sumpah itu
WATALLAHI
WABILLAHI
SUK: Khusrin angkat sumpah simpan rahsia hari ini
SHAH ALAM, 16 Feb — Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, enam minggu selepas dilantik ke jawatan itu dan di sebalik krisis berhubung pelantikannya.
“Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini... di depan saya dan anggota Exco Kerajaan Negeri yang lain,” kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid mengesahkan bahawa Mohd Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari iniWajib Baca!! Kisah Ustaz Kazim
Dalam isu doa dulu di TV dia menamakan dirinya KAZAM.
5:30 AM with 13 ulasan » Saya menerima maklum balas tentang Ustaz Kazim di posting sebelum ini (klik sini) Ada seorang memberi komen tentang Ustaz Kazim ini. Dan merasakan orang lain perlu mengetahui tentang cerita ini. Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau. Banyak masjid masjid, surau-surau dan tempat pengajian menamatkan khidmatnya dan tidak memanggilnya berceramah.. Ramai sudah tahu siapa beliau.
mari kita baca komen ini..
Assalamualaikum...
Saya dh lama ikut ceramah ustaz kazim ni..kekadang terasa juga bila dia lebihkan soal melayu dari bicara tentang islam dlm ceramahnya..
Tapi baru baru ni..setelah ada 2-3 surau menamatkan khidmatnya..beliau seolah-olah sangat tidak berpuas hati..disana sini ceramah beliau mesti dimasukkan rasa tidak puas hati beliau kerana ditamatkan khidmatnya..ahli politik dan ajk surau diperkatakan guna kuasa dan tentang ajaran Allah..saya jadi pelik..kenapa begini ustaz yg saya puji dahulu bertukar perwatakannya sekarang..bukan kah menuduh AJK surau menggunakan kuasa utk menamatkan khidmat beliau itu juga berunsur fitnah??menuduh org lain tentang ajaran allah itu juga fitnah jika tidak terbukti??dahulu beliau marah jika org lain menabur fitnah...
Apakah beliau rasa hanya beliau saja kah yg layak untuk memberi kuliah diMalaysia ini...sepengetahuan saya..khidmat beliau ditamatkan dan khidmat ustaz lain pula digunakan untuk menyambung kuliah beliau..jadi..saya rasa, kuliah agama islam ini tidak terhenti...memberi pelajaran tentang AGAMA ISLAM tidak akan terhenti..mereka BEBAS dan BERHAK utk memilih siapa saja ahli agama yg mereka rasa sesuai utk memberi kuliah kepada mereka...ramai lagi ustaz-ustaz yg berkelayakan selain dari beliau..
Didalam kuliah beliau selalu menegur supaya kita redha dgn apa yg Allah beri..kalau tidak redha maka kita tolak hukum Allah..tolak rukun iman..dia kata orang yg redha akan disayangi Allah..tinggi peluang utk ke syurga..
Tapi bila terkena pada beliau..lain pula jadinya..apakah benar beliau ini punya agenda lain dlm kuliah beliau??
katanya beliau bukan ahli politik..
kalau bukan politik..maka tujuan kuliah adalah tentang agama..kami ni kurang agama..ingin tambah ilmu agama..bukan ilmu sejarah melayu..kalau nk cerita tentang melayu..naiklah pentas politik..bukan di KULIAH AGAMA..lupakah beliau ada pendengar ceramah beliau bukan saja dari keturunan melayu..cina muslim..india muslim..islam tidak akan bersatu kerana melayu...islam cuma akan bersatu jika semua umat islam bersatu...
Bila kita yakin pada Allah dan agamanya..bila semua umat bersatu kerana allah dan agamanya..maka itu lebih kuat dari ketuanan melayu..apakah beliau tidak tahu perkara ini??apakah mesti disebutkan melayu mesti bersatu baru islam itu bersatu??
Ya Allah ya tuhan kami..kami mohon agar kamu beri petunjuk kepada kami dan beliau...kerana kami masih lagi memerlukan khidmat beliau..yg baik kami ambil dan laksanakan..yg kurang kami tinggalkan..kami mahukan islam..bukan melayu..bantulah kami Ya Allah....
harap beliau atau sesapa saja orang2 beliau baca komen ni..tk tau nk komen kt mana tentang beliau ni..Wallahu alam..
Takziah kepada Hj Mohammad Sabu
Mohd Sabri Said |
TASEK GELUGOR, 17 Feb: Ibu kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Halijah Mat, 91, meninggal dunia pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai. Menurut Mohamad, ibunya meninggal kerana sakit tua dan pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali sebelum ini. Kali terakhir serangan angin ahmar ialah pada minggu lalu dan dimasukkan ke hospital swasta di Bukit Mertajam. Allahyarhamuha meninggalkan tujuh orang anak iaitu Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Mohamad, Kasim dan Zaleha. Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Padang Menora dan dikebumikan selepas Zohor nanti di Tanah Perkuburan Islam di tempat yang sama. Sementara itu Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man ketika dihubungi berharap Haji Mohamad dan keluarganya bersabar terhadap dugaan yang diterimanya. Semoga rohnya tambah beliau, senantiasa dilimpahi rahmat dan diletakan bersama orang-orang yang beriman. |
Antara dua watak
Mahathir bekas PM meneruskan kata-kata kejinya terhadap Tok Guru. Kata-kata tersebut ditulis dalam blognya dan disiarkan pula oleh utusan dan akhbar lain. tak cukup dengan itu berita tv juga menyiarkan cemuhan mahathir terhadap tok guru. Sekurang-kurangnya cemuhan mahathir terhadap Tok Guru di semburkan oleh 3 media. Bagaimana pula kalau di antarabangsa kalau wikileak pun sambung juga maka benang yang basah pastinya boleh ditegakkan.
Tok Guru hanya ada dua media sahaja itupun tersembunyi. iaitu media elektronik dan cetak media cetak hanya terhad kepada harakah. Namun mulianya hati Tok Guru beliau terus mendoakan semoga mahathir yang dah lanjut umur itu mendapat hidayah. Dan Tok Guru menjawab segala tohmahan itu dengan fakta dan nas. Beranikah mahathir berhujah dengan Tok Guru serta membawa nas-nas ?
Kalau mahathir juga orang yang baik akhlaknya pastinya dia akan berhujjahdengan tok guru berpandukan nas. Tetapi kalau sekadar membawa loyar buruk nyatalah bahawa mahathir itu dalam kepalanya ialah hujjah jahiliah. dan sememangnya dia dari puak jahiliah. Kembalilah kepada islam hei mahathir.
Rabu, 16 Februari 2011
Selamat hari jadi YDP PAS Lenggong.
Mahkamah Di Kuala Lumpur Bekalan lektrik Putus?
Bagaimanapun bekalan elektrik pulih pada 11.10 pagi dan perbicaraan disambung semula pada jam 2 petang.
Bekalan elektrik terputus kira-kira jam 11 pagi sejurus selepas saksi kelima pihak pendakwa, Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia mengangkat sumpah.
Terdahulu, Pakar Penjagaan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan semasa memberikan keterangan berkata beliau tidak mengisi beberapa maklumat perubatan penting dalam borang "pro-forma" (laporan protokol perubatan) semasa beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau bersetuju dengan cadangan peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh bahawa antara maklumat yang tidak diisi ialah mengenai sejarah seksual pengadu, pemeriksaan fizikal, keadaan yang membawa kepada insiden itu dan sama ada mangsa telah membasuh mulutnya selepas dakwaan "seks oral".
Semasa laporan pro-forma itu dirujuk kepadanya oleh Karpal, Dr Khairul bersetuju bahawa tiada paksaan digunakan semasa perbuatan itu.
Bagaimanapun, katanya pesakit (Mohd Saiful) telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah cuba melawan.
Anwar, 63, anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 6 Jun, 2008.
Kepada soalan Karpal seterusnya, Dr Khairul menjelaskan borang laporan itu hanya sebagai panudan dalam merekodkan sejarah daripada pesakit dan menurutnya dalam kes itu, Mohd Saiful dengan jelas memberitahunya yang dirinya telah diliwat dan diminta melakukan seks oral oleh seorang tokoh berprofil tinggi.
Kepada soalan lain Karpal, Dr Khairul mengakui sebelum menyediakan laporannya itu pada 13 Julai, 2008, beliau sudah membaca laporan kimia yang diterima jabatannya dua hari sebelum itu.
Bagaimanapun, katanya pada masa itu beliau tidak tahu tempat sebenar empat spesimen itu diambil.
"Hanya selepas dimaklumkan mengenai kehadiran air mani pada palitan B5, B7, B7 dan B9 dan lokasi sebenarnya semasa pemeriksaan utama, ketika itu saya mengesahkan ada berlaku kemasukan," jelas Dr Khairul.
Pakar HKL itu menafikan berlaku percanggahan dalam keterangan beliau di mahkamah berbanding dengan apa yang dicatatkannya dalam laporan yang disediakannya bersama-sama dengan dua lagi pakar HKL iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.
Doktor berkenaan dalam laporan mereka menyatakan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai kemasukan pada dubur dan tidak terdapat kesan luka yang ketara pada badan pesakit.
- Bernama
Dari Dun Perak lama dah
Khalil bertegas bomoh masuk Dun Perak |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Feb: “Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa Dun Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri Perak telah dijampi oleh bomoh tersebut,” tegas Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim. Beliau telah menerima surat rasmi daripada Setiausaha Dun Perak bertarikh 7 Februari lalu dan diminta hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari, jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak aras 2, Bangunan SUK Ipoh. “Saya dikhendaki memberi keterangan dalam sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan berhubung dengan isu bomoh yang saya bangkitkan pada persidangan ketiga mesyuarat ketiga pada penggal ketiga Dewan Negeri Perak yang kedua belas pada 2 Disember 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut standing order di bawah fasal 36(3)(b) ke atasnya kerana sewaktu berbahas di Dun Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh ke dalam Dun Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi Speaker Sivakumar dirampas. Dalam sidang tersebut, beliau menyebut terdapat seorang Adun yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan. “Apabila saya enggan mendedahkan nama Adun berkenaan lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan,” jelasnya. Beliau akan mengadakan sidang media khusus berkenaan surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi mengenai surat itu |